CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Doktor Ditangkap Terbabit 22 Kes Pecah Rumah

29-4-2020 12:27 PM| Diterbitkan: top5complete| Dilihat: 7397| Komen: 74|Original author: Oleh: Top5complete

Description: Memetik laporan NST, polis menahan seorang petugas kesihatan di kediamannya pada 23 April lalu dipercayai terbabit beberapa kejadian pecah rumah sejak enam tahun lalu di kondominium tempat dia tinggal ...
Memetik laporan NST, polis menahan seorang doktor di kediamannya pada 23 April lalu selepas disyaki terbabit beberapa kejadian pecah rumah sejak enam tahun lalu di kondominium tempat dia tinggal.



Gambar hiasan

Ketua Polis Daerah Timur Laut Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, suspek berusia 38 tahun itu dipercayai melakukan jenayah ini di sebuah kondominium di Jalan Kalawei, Persiaran Gurney sejak 2014.

"Selepas penangkapannya, siasatan kami menunjukkan terdapat 22 kes pecah rumah di kondominium ini yang melibatkan kerugian berjumlah RM493,615," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dia menambah bahawa barang curi bernilai kira-kira RM160,000 ditemui di ruang tamu dan salah satu bilik di kediaman suspek.



Foto: NST

"Seterusnya pemeriksaan lanjut dalam bilik suspek pula menemui pelbagai barangan antaranya satu set projektor, 30 unit televisyen pelbagai jenama, 67 unit telefon bimbit, 19 unit smart tag, puluhan beg berjenama, 35 rangkai anak kunci dan kamera berjenama," katanya dalam kenyataan yang dipetik BH Online.

Soffian berkata, suspek direman hingga 1 Mei dan akan disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana pecah rumah yang memperuntukkan hukuman penjara hingga 14 tahun, jika sabit kesalahan.

Betullah orang tua kata, sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua. - CARI
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (3 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote adm7 29-4-2020 11:07 AM
Bodoh.
Takda kerja ke?
Harap kerajaan tarik balik lesen diorg. Jangan bagi lagi
Quote insulin 29-4-2020 11:11 AM
Gaji doktor Tak cukup besar ke?
Quote dua_chzy 29-4-2020 11:12 AM
Doktor lulusan Rusia?
Quote KIM.K 29-4-2020 11:24 AM
Huhu doktor holistik ke?
Quote noor2 29-4-2020 11:26 AM
Mcm taraf Dr vida atau doktor bini sapa tu yg cerai bini dia tu ke. .lupala pula nama mamat ala2 alim tu.....
Quote darkness 29-4-2020 11:30 AM
Wahh pangkat doctor dah kebulur rupanya dlm pkp ni
Quote noritake... 29-4-2020 11:35 AM
dua_chzy replied at 29-4-2020 11:12 AM
Doktor lulusan Rusia?

ireland....

Quote sarah82 29-4-2020 11:35 AM
Fuhhh.. Kwsn org have2 ni..
Quote Sazida 29-4-2020 11:37 AM
Yg mana satu kerjaya yg betul?
Quote merrissa 29-4-2020 11:45 AM
kata doktor banyak keje....ni sampai boleh buat part time apa cter ni
Quote underground 29-4-2020 11:53 AM
Doktor Falsafah.

Palsu.

Fake accountant pun boleh jadi Menteri Kewayangan.
Quote mrsamz 29-4-2020 11:56 AM
Maybe dia ada penyakit mental yg ketagih mencuri
Quote Mizlyn 29-4-2020 11:58 AM
Seronok kot mencuri..
Quote Ed_Lyn 29-4-2020 11:59 AM
Sesetengah org mencuri tu hobi..  Kalu x mencuri x senang hidup.. Hidup serba x kena...
Quote dudaberhias 29-4-2020 12:00 PM
doktor apa ni doktor gigi ke?
doktor tu je la yang paling sangkak pun
Quote tri-max 29-4-2020 12:03 PM
boleh tak nak bayangkan Doctor Strange ...
Quote nazzse 29-4-2020 12:05 PM
Dr ummah kiasu ke? Kawasan high class dah tu,masyuk mencuri
Quote top5complete 29-4-2020 12:27 PM
Memetik laporan NST, polis menahan seorang doktor di kediamannya pada 23 April lalu selepas disyaki terbabit beberapa kejadian pecah rumah sejak enam tahun lalu di kondominium tempat dia tinggal.





Gambar hiasan




Ketua Polis Daerah Timur Laut Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, suspek berusia 38 tahun itu dipercayai melakukan jenayah ini di sebuah kondominium di Jalan Kalawei, Persiaran Gurney sejak 2014.

"Selepas penangkapannya, siasatan kami menunjukkan terdapat 22 kes pecah rumah di kondominium ini yang melibatkan kerugian berjumlah RM493,615," katanya dalam satu kenyataan hari ini.


Dia menambah bahawa barang curi bernilai kira-kira RM160,000 ditemui di ruang tamu dan salah satu bilik di kediaman suspek.





Foto: NST


"Seterusnya pemeriksaan lanjut dalam bilik suspek pula menemui pelbagai barangan antaranya satu set projektor, 30 unit televisyen pelbagai jenama, 67 unit telefon bimbit, 19 unit smart tag, puluhan beg berjenama, 35 rangkai anak kunci dan kamera berjenama," katanya dalam kenyataan yang dipetik BH Online.


Soffian berkata, suspek direman hingga 1 Mei dan akan disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana pecah rumah yang memperuntukkan hukuman penjara hingga 14 tahun, jika sabit kesalahan.



Betullah orang tua kata, sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua. - CARI
Quote Kuasaberganda 29-4-2020 12:30 PM
i wonder what kind of doctor he is. doctor falsafah ke doctor medic ke ataw doctor cucuk ke?

Lihat semua komen(74)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

16-4-2024 02:34 PM GMT+8 , Processed in 0.068837 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top