CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Ditegur Tunku Idris Kerana Cincin Lambang Diraja Johor, Wak Doyok Mengaku Cuai

29-4-2020 10:36 AM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 28898| Komen: 150|Original author: Oleh: Cari-Azza

Description: "Boleh jelaskan, Wak Doyok? Ini telah melanggar undang-undang."




"Boleh jelaskan, Wak Doyok? Ini telah melanggar undang-undang."

Riuh-rendah media sosial gara-gara sebentuk cincin yang dikaitkan dengan selebriti, Wak Doyok. Semuanya kerana anakanda Sultan Johor, Tunku Idris memuat naik gambar sebentuk cincin yang mempunyai lambang peribadi Sultan Johor. 

Ia didakwa ditempah khas oleh Wak menerusi kedai permata yang terletak di Indonesia.

Justeru, Tunku Idris meminta penjelasan daripada Wak Doyok mengenai hal tersebut. Sangat mengejutkan apabila laman Instagram pereka fesyen itu pula dikunci menguatkan lagi desas-desus kebenaran dakwaan berkenaan.


Kredit foto : IG


Berdasarkan kapyen pada gambar tersebut, ianya dipercayai ditempah khas oleh Wak atau nama sebenarnya Mohd Azwan Md Nor, 41, dan bersedia untuk dihantar kepada penerimanya. Kelihatan pada hantaran yang sama, Wak Doyok meletakkan emoji terima kasih.


Kredit foto: IG

Rata-rata warganet berpendapat Wak Doyok tidak seharusnya bermain dengan isu sensitif sebegini. Malah, ada juga yang membuat jenaka terhadap isu ini.






Kredit foto: IG

Kredit foto: IG

Ia juga mengingatkan peminat dunia seni tanah air dengan isu penipuannya mengenai koleksi kasut yang dimilikinya. Walhal, kasut tersebut adalah carian dari Google semata-mata. Begitu juga dengan koleksi kereta mewahnya yang juga didakwa ada unsur penipuan.


Kredit foto: IG

Kredit foto: IG

Ketika artikel ini ditulis, Wak Doyok baru sahaja menulis hantaran terbaru di Instagramnya bagi memohon maaf di atas kecuaiannya yang tidak arif mengenali batas protokol diraja. 

Wak juga menyesal atas keterlanjurannya dan berjanji tidak akan melakukannya lagi.


Kredit foto: IG

Untuk info, Negeri Johor mula menguatkuasakan undang-undang terhadap Enakmen Lambang, Gelaran dan Anugerah (mencegah penggunaan tidak wajar) Johor 2017 sejak Julai tahun yang sama.

Oleh itu, jika sabit kesalahan, boleh didenda tidak kurang RM250,000 dan tidak melebihi RM500,000 atau penjara tidak kurang setahun dan tidak melebihi lima tahun.

Semoga isu ini akan berakhir dengan baik, lebih-lebih lagi ia berlaku di bulan Ramadan Kareem. - CARI
1

Bagus
4

Marah
2

Terkejut
1

Sedih
2

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (11 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote epuepy 29-4-2020 10:43 AM
Tajam mata TI ni.
Quote sukacactus 29-4-2020 10:48 AM
Di sebabkan aku nyampah dgn mamat poyo ni, aku cash kan aje
Sapa suruh cari pasal
Quote naina 29-4-2020 10:48 AM
dia pakai smart2 selalu nak prgi mana sangatla..selalu potray life yg lavish..apa bsnes dia ehh selain pomad tu. pomad tu dia punya ke
Quote Xim 29-4-2020 10:49 AM
Nanti ade la yg tu yg x puas hati dgn TI....emmm...
Quote Orix 29-4-2020 10:50 AM
Tak classy sungguh la, but knowing abg dia pun hauk, no wonder pun. DM kan hado
Quote newyork 29-4-2020 10:53 AM
Hahahah perasan dressing ala2 royal pulak..
Quote nanie 29-4-2020 10:55 AM
dua2 pon hurmmmm
DM je lah
Quote KIM.K 29-4-2020 10:56 AM
Wak ni bottom ke

Dia nak buat apa cincin tu, nak kawin dgn kerabat ke
Quote Lailerthee 29-4-2020 10:59 AM
So dia da bg statment minta maaf blum? I xflow wak ni
Quote lifeline 29-4-2020 11:01 AM
cincin lambang K dia tu cam Kingsman pnya logo jah
adui wak asyik nak copy je
buat la logo sndri dah selalu acah2 cool acah2 gentleman
Quote pearl.silver 29-4-2020 11:02 AM
Pereka fesyen whatt?
Tggu sapa tuh desihner yg maki org mcm diva AA dlm loghat utara tu..
Quote cupu 29-4-2020 11:04 AM
Lawa gak cincin dkt carozofficial ni..tp xde dh post cincin doyok ni..dh delete kot
Quote awenda507 29-4-2020 11:05 AM
Hahhaa mendapat la ko wakk
Quote biozipstar 29-4-2020 11:07 AM
pebenda lah benda2 gini nak buat... membazir.. suruh org tu design kan yg baru utk ko doyok x boleh ke? kenapa perlu tiru benda yg dah diwartakan hak milik siapa... kebetulan plak sultan johor punya... emang salah masa lah kau
Quote faraway1 29-4-2020 11:13 AM
sapa dia ni
Quote haruslah 29-4-2020 11:31 AM
dua2 pn hurmmmm
knowing org tu mmg ramai pemuja
Quote boboiyot 29-4-2020 11:32 AM
Teringat mak aku ada loket lambang kerajaan perak....dpt pun sbb g kedai emas tokey tu offer. Ceritanya ada kerabat tempah tapi tak ambik2....tu kira salah gak ke
Quote Kurex 29-4-2020 11:33 AM
Geli aku dgn ponden berjambang ni
Quote toynme 29-4-2020 11:36 AM
eeee seram.....ni yang pakai seluar telor sangkut tu ke

Lihat semua komen(150)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 09:51 PM GMT+8 , Processed in 0.430328 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top