Sungguh menyedihkan apabila membaca berita mengenai penemuan mayat bayi terutama ketika di bulan Ramadan. Memetik Harian Metro, mayat seorang bayi perempuan ditemui di tepi jalan Bulit Dinding, Kuala Lumpur pada Isnin lalu. Difahamkan, sekitar jam 9.40 pagi, seorang lelaki di tempat kejadian terlihat pasangan mencurigakan meninggalkan beg plastik di tepi jalan berkenaan. Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Superintendan Rajab Ahad Ismail berkata, saksi yang berasa curiga kemudian memeriksa beg berkenaan dan terkejut apabila menemui mayat bayi yang sempurna sifat dipercayai baru dilahirkan.
Saksi bagaimanapun gagal untuk mengecam nombor pendaftaran motosikal suspek sebelum memaklumkan kejadian kepada polis. Tambah Rajab, kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dan menyebabkan kematian. Diharap pelaku dikenakan hukuman sepatutnya. - CARI
|
ADVERTISEMENT
Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet
18-4-2024 11:57 AM GMT+8 , Processed in 0.092824 second(s), 48 queries .
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.