View: 3936|Reply: 41
|
Nak Pujuk Bini Punya Pasal, 3 Sahabat Dipenjara 3 Hari
[Copy link]
|
|
Seorang lelaki dipenjara tiga hari dan dikenakan denda RM1,000 kerana melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) semata-mata untuk memujuk isteri di rumah mentua.
Gambar hiasan
Memetik Sinar Harian, Mohamad Hafiz Rizal Aziz, 27, ditemani dua rakan iaitu Muhammad Nasriq Alwi, 22, dan Noor Adam Bukhari Mohamad Anuar, 25, ke rumah mentuanya pada Isnin.
Mahkamah Majistret Kuala Terengganu, semalam menjatuhkan hukuman sama terhadap dua rakannya dan ketiga-tiga tertuduh berdepan hukuman penjara tambahan sebulan sekiranya gagal membayar denda.
Tiga sahabat itu mengaku bersalah selepas pertuduhan di bawah Peraturan 3 (1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah di dalam kawasan tempatan jangkitan) 2020 dibacakan secara berasingan.
Mengikut pertuduhan, mereka menaiki sebuah kereta jenis Perodua Myvi di tepi Jalan Losong Haji Mat Shafie dari Kampung Gong Kiat jam 11.50 malam pada 27 April.
Bagi kesalahan itu, mereka boleh didenda sehingga RM1,000 atau penjara sehingga enam bulan atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Difahamkan, Mohamad Hafiz ketika mengaku bersalah memberi alasan hendak memujuk isteri untuk pulang ke rumah selepas berlaku perselisihan faham sebelum ini
Manakala, dua rakannya mengaku melanggar PKP kerana menemani Mohamad Hafiz ke rumah mentuanya. - CARI |
Rate
-
2
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Ko kawen ngan bbnu ke bangg
Sesikit nak merajuk blk umah makpak..
|
|
|
|
|
|
|
|
nak pegi pujuk bini merajuk pon angkut sidekick?
jangan putus sahabat plak lepas kes ni... |
|
|
|
|
|
|
|
Elokla tinggalkan je laki rupa macam ni perangai.
Bingai. Arahan mudah pun tak boleh nak patuh |
|
|
|
|
|
|
|
Ni namanya kwn sehidup, sedenda dan sepenjara |
|
|
|
|
|
|
|
muda lagi la, ntah apa hal sampai bini lari,pujuk pun nak berteman. man up sikit la. |
|
|
|
|
|
|
|
Nak pujuk ke nak gertak? Sbb bawak geng bagai. For what it's worth... Selayaknyalah. |
|
|
|
|
|
|
|
Nak pujuk isteri nak buat apa tu sepanjang pkp? Isteri ko tak larat nak bersedapan dan bosan dengan kau la tu dik. Baik la dia mengangkang kat rumah je tengok tv. |
|
|
|
|
|
|
|
Semoga dipermudahkan urusan. Lengkali jgn langgar pkp. Terima je la hukuman nnt. |
|
|
|
|
|
|
|
bawak kawan nak suruh pujuk bini dia ke?
padan la bini lari |
|
|
|
|
|
|
|
Punyalah nak pujuk isteri kepam, sanggup langgar arahan.. buto |
|
|
|
|
|
|
|
Kurex replied at 29-4-2020 02:55 PM
Punyalah nak pujuk isteri kepam, sanggup langgar arahan.. buto
Kurex xnak ke kawan dia.. darah muda pandai pujuk.. |
|
|
|
|
|
|
|
OK la tu. Ni membe sama2 susah. Sama2 masuk lokap. Bkn senang nk cari. Lallala |
|
|
|
|
|
|
|
Semoga perkara ini menjadi iktibar buat semua |
|
|
|
|
|
|
|
Rugi rm 1000...jangan sampai putus kawan sudahla |
|
|
|
|
|
|
|
untung umah mak ayah dekat ye...
merajuk je balik umah mak....hahahhaha |
|
|
|
|
|
|
|
Rasa2 sejuk tak hati bini laki sampai kena saman nak pujuk dia punya psl. |
|
|
|
|
|
|
|
Si zafar Rohingya yg naik kereta penuh kereta masa PKP tu apa cer...dah kena saman ke...tanya jer.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|