CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

JAIM Benar Semula Majlis Akad Nikah

22-4-2020 04:45 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3020| Komen: 27

Melaka hari ini membenarkan semula majlis akad nikah yang sebelum ini ditangguhkan bagi mengekang penularan Covid-19.

Menurut Bernama, Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) bagaimanapun dalam satu kenyataan berkata, majlis berkenaan perlulah mengikut garis panduan yang disediakan jabatan itu yang berkuat kuasa hari ini sehingga tiga bulan selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ditamatkan.


“JAIM ingin menegaskan keutamaan bernikah hanya diberi kepada pemohon yang mendapat Kebenaran Berkahwin (Borang 4) dan Catatan Daftar Perkahwinan (Borang 5) daripada Pejabat Agama Islam Daerah di negeri Melaka sebelum PKP bermula.

“Pasangan yang mempunyai alasan yang munasabah dan mendesak serta diberi kebenaran khas oleh pihak JAIM,” menurut kenyataan itu.


Kredit foto: shahalam.concordehotelsresorts.com


Terdahulu, JAIM pada 22 Mac mengumumkan majlis akad nikah bermula pada tarikh tersebut hendaklah ditangguhkan hingga 31 Mac atau tarikh lanjutan PKP bagi mengelak risiko penularan wabak maut itu.

Tambah kenyataan itu lagi, kebenaran majlis akad nikah dalam tempoh PKP dan tiga bulan selepas ia tamat merupakan langkah mencegah perkara yang boleh membawa kerosakan dan keburukan.

Bagaimanapun, antara garis panduan untuk mengadakan majlis adalah ia perlu diadakan pada tarikh, hari serta waktu ditetapkan JAIM dan diadakan di premis dibenarkan seperti Pejabat Agama Islam Daerah.

Manakala, hanya Pendaftar Nikah Cerai Rujuk Kanan atau jurunikah ditetapkan; pengantin lelaki dan perempuan; dua saksi pegawai JAIM; seorang wakil pengantin lelaki dan seorang wakil pengantin perempuan dibenarkan hadir ke majlis.

Selain itu, majlis hendaklah diadakan dalam tempoh 20 minit saja termasuk bacaan taklik dan khutbah nikah. - CARI
1

Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote top5complete 22-4-2020 06:08 PM
tidak sabar sangat nak berhenjut ke tu? sabar2 la
Quote Covid19 22-4-2020 06:09 PM
Yey....
Quote lattehazelnut 22-4-2020 07:47 PM
Orang lain pening kepala fikir pasal duit korg gatal bijik.. ntah2 lepas pkp cerai sbb xmampu nak tanggung anak org, sbb gaji kena potong..
Quote nefnefnef 22-4-2020 07:55 PM
“Pasangan yang mempunyai alasan yang munasabah dan mendesak serta diberi kebenaran khas oleh pihak JAIM,” menurut kenyataan itu.

Izinkan iols mengucapkan barakallahu lakuma wa baraka 'alaikuma wa jama'a bainakuma fii khoirrrrrr. Yang nikah musim covid ni dapat jimat banyak duit. Semoga dipermudahkan dan jangan kumpul ramei-ramei yaaa
Quote pellegrinos 22-4-2020 08:16 PM
nefnefnef replied at 22-4-2020 07:55 PM
“Pasangan yang mempunyai alasan yang munasabah dan mendesak serta diberi kebenaran khas oleh pihak  ...


hmmm kriteria ada ruang utk suapan..

.bila agama itu sendiri sengaja diperberatkan oleh pihak yg sepatutnya menjaga  amanah kesucian agama itu sendiri....

Quote Serimolek 22-4-2020 08:21 PM
Lepas nikah balik terus cret
Quote nefnefnef 22-4-2020 08:22 PM
pellegrinos replied at 22-4-2020 08:16 PM
hmmm kriteria ada ruang utk suapan..

.bila agama itu sendiri sengaja diperberatkan oleh pihak ...

Uols nanti nikah kat Melaka ke grose?
Quote pellegrinos 22-4-2020 08:22 PM
Edited by pellegrinos at 22-4-2020 08:24 PM
lattehazelnut replied at 22-4-2020 07:47 PM
Orang lain pening kepala fikir pasal duit korg gatal bijik.. ntah2 lepas pkp cerai sbb xmampu nak ta ...


org yg nak bina masjid dapat doa buruk seumpama ini dari kau?
nauzubillah...
Quote Covid19 22-4-2020 08:25 PM
Kat thread kahwin online tu ramai komen kata best kahwin masa covid..jimat duit tapi i pula rasa sedih! Tak dpt nak buat kenduri meriah ramai org datang   
Quote pellegrinos 22-4-2020 08:27 PM
nefnefnef replied at 22-4-2020 08:22 PM
Uols nanti nikah kat Melaka ke grose?

Tinot7 nak Maldives....but aku prefer Capri Island...

tengok la macam mana nanti

hmmmm
Quote pellegrinos 22-4-2020 08:31 PM
Covid19 replied at 22-4-2020 08:25 PM
Kat thread kahwin online tu ramai komen kata best kahwin masa covid..jimat duit tapi i pula rasa sed ...

new normal, norma baru...kau tak faham faham ke?

Quote nefnefnef 22-4-2020 08:34 PM
pellegrinos replied at 22-4-2020 08:27 PM
Tinot7 nak Maldives....but aku prefer Capri Island...

tengok la macam mana nanti


Hahaha okeh lemme be the first to wish you both barakallahu lakuma wa baraka 'alaikuma wa jama'a bainakuma fii khoirrrr. Jgn suap suap ye grose walau di maldives mahupun capri island
Quote nefnefnef 22-4-2020 08:36 PM
Covid19 replied at 22-4-2020 08:25 PM
Kat thread kahwin online tu ramai komen kata best kahwin masa covid..jimat duit tapi i pula rasa sed ...

Takpe Covid, kekurangan kemeriahan tu akan dicompensate dengan penjimatan beribu riban tu. Ada hikmahnya juga kan...
Quote pellegrinos 22-4-2020 08:36 PM
Serimolek replied at 22-4-2020 08:21 PM
Lepas nikah balik terus cret

Casa Del Rio would be nice...

Quote pellegrinos 22-4-2020 08:39 PM
nefnefnef replied at 22-4-2020 08:34 PM
Hahaha okeh lemme be the first to wish you both barakallahu lakuma wa baraka 'alaikuma wa jama'a ...


jurunikah yg kena datang interview utk nikah kan kami...bukan aku yg kena book depa... giler kau all expenses paid to either maldives or capri utk siapa yg layak utk nikahkan kami...

you see my level?


ok takmo meleret banyak mata yg memerhati....
Quote lattehazelnut 22-4-2020 09:40 PM
pellegrinos replied at 22-4-2020 08:22 PM
org yg nak bina masjid dapat doa buruk seumpama ini dari kau?
nauzubillah...

Ikut la gross..
kalau betul nak jimat duit time lain bole je buat kecik2..
Brp banyak majlis kawin da jd lubuk covid19..
Quote Covid19 22-4-2020 09:47 PM
pellegrinos replied at 22-4-2020 08:31 PM
new normal, norma baru...kau tak faham faham ke?

Taknak faham!
Quote pellegrinos 23-4-2020 07:43 AM
Covid19 replied at 22-4-2020 09:47 PM
Taknak faham!


your loss....kau tergolong dlm kelompok yg disebut dlm kitab, golongan yg rugi....

haaaaaaaaa
Quote pellegrinos 23-4-2020 07:46 AM
lattehazelnut replied at 22-4-2020 09:40 PM
Ikut la gross..
kalau betul nak jimat duit time lain bole je buat kecik2..
Brp banyak majlis ka ...

ini bukan soal duit dear, ini soal urusan yg bersangkutan agama yg baik itu seharusnya dipermudahkan bukan diperberatkan...

Lihat semua komen(27)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 08:20 AM GMT+8 , Processed in 0.042620 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top