CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Gosip Socmed Lihat artikel

Susah Nak Puaskan Hati Semua Orang, PU Azman Doakan Ustaz Ebit Lew

23-4-2020 09:48 AM| Diterbitkan: top5complete| Dilihat: 4710| Komen: 18|Original author: Oleh: top5complete

Beberapa hari lalu, ada individu yang memperkecilkan usaha Ustaz Ebit Lew. Ada juga yang memandang serong dan melabelkan amalan Ustaz Ebit sebagai riak dan sengaja membuka aib orang miskin. 


'Kemelut' yang melanda Ustaz Ebit Lew mendapat perhatian ramai netizen dan para ilmuan.


Foto: IG

Sejak hari pertama Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksana, Ustaz Ebit Lew tidak duduk diam dan terus merencana bagaimana mahu menyalurkan bantuan. 

Berbekalkan bantuan daripada sukarelawan, insan mulia ini menggerakkan inisiatif untuk mengumpul dana bagi disumbangkan kepada pelbagai golongan memerlukan.


Foto: IG

Namun, usaha dan ikhtiar Ustaz Ebit Lew untuk terus membantu segenap lapisan masyarakat diuji dengan kecaman. Bukan daripada netizen, tetapi segelintir golongan agamawan sendiri. 


Foto: Facebook

Allahu, tindakannya yang tidak mahu membalas dan memanjangkan isu ini dihormati ramai. Menerusi muat naik status di akaun media sosial, Ebit menegaskan bahawa dia tidak kisah dengan kecaman tersebut.

"Tapi, bila ada ustaz mesej saya atau team saya kata apa saya buat ini tak ikhlas dan boleh jatuh hukum haram sebab rakam dan tunjukkan. Siap lepas tu 'update' status dan kata saya di sana sini. Saya tak kisah pun. Tak rasa apa-apa. Dari kecil saya rasa macam ni. Saya tak rasa sedih bila orang cakap-cakap. Tapi ustaz-ustaz terasa juga sebab saya ni baru belajar Islam," katanya.


Foto: Facebook

Pun begitu, ramai juga ilmuan lain yang memberikan sokongan dan berdiri teguh di belakang Ustaz Ebit, seorang mualaf yang berusaha membantu tak kira siapa demi agama.


Foto: Iluminasi

PU Azman merupakan antara yang menyokong Ustaz Ebit dan berharap supaya dia diberikan kekuatan.

"Moga Allah beri kekuatan kepada Ustaz Ebit Liew.

"Jika kamu menampakkan sedekah(mu), maka itu adalah baik sekali.

"Ayat dalam post di atas ialah ayat 271 Surah Al Baqarah.

"Jika kita melihat seseorang memperlihatkan perbuatan sedekahnya atau sebarang perbuatan baik, pendirian pertama kita ialah bersangka baik," katanya.


Foto: Facebook

Tambah PU Azman, Allah mengendalikan hati seseorang dan pasti ada sebab kukuh dia memperlihatkan sedekahnya.

"Antaranya adalah untuk mendidik masyarakat agar termotivasi untuk turut sama bersedekah dan membantu.

"Sebab kedua ialah sebagai melaksanakan amanah dalam menyalurkan dengan jujur setiap derma yang diterimanya daripada orang ramai," tulisnya.


Foto: Facebook

Kita sepatutnya memberikan bantuan kepada Ustaz Ebit Lew, bukan melontarkan kecaman. Semoga Ustaz sentiasa kuat, dipermudahkan segala urusan dan teruskan perjuangan! - CARI
2

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (7 people)

  • RaginiEHarris

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rospinki 23-4-2020 10:06 AM
yihhhh muka ustad ni manjang tubik kt fb..rensa tgk muka dia atensen seeker. bagus  lagi ustad zonkuliah ustad shamsuri..penuh pengisian ceramah.
Quote KIM.K 23-4-2020 10:13 AM
PU azman yang tak balas pm aku. Bukan ajak kawin ke menggatal, tanya soklan. Go meninggal la ko
Quote Sham143 23-4-2020 10:18 AM
Edited by Sham143 at 23-4-2020 10:20 AM

Basic common sense..Memang la dia kena ambil video dan tunjuk, sebagai bukti dia telah menjalankan amanah dari derma orang ramai.. Lagi segi moral pula, Ini boleh menjadi contoh yg baik kepada muslimin2 lain untuk membantu dgn menderma pd golongan yg memerlukan disaat2 begini.. Kalau kita tk membantu golongan yg memerlukan dimasa PKP ni, at lease kita support la orang2 yg membantu mereka.. Ni dah la tk membantu, mengecam lagi.. Puih..Akal letak kat lutut..
Quote djzara81 23-4-2020 10:52 AM
Malu laaa ustaz jatuh kan ustaz. X phm nape so called agamawan ni tergamak tuduh menuduh. Yg aku nmpk, UEL ni ikhlas buat kebajikan. Bab harta tu, kita jgn sembarangan tuduh ckp dia mkn duit hasil derma org. Boleh jatuh fitnah weyy.
Quote beni_nikaido 23-4-2020 11:18 AM
ni semua tgk pada hati kite sendiri dik non...

kalo ko tengok benda ni dgn negatif, maka ko rasa benda ni negatif lalu ko rasa dia menunjuk dan riak

kalo ko tengok benda ni dgn positif, maka ko akan rasa benda bagus dan akan memberi kesedaran pada org ramai yg ramai lagi org yg susah dari kite. maka ko pun akan tergerak hati ikut menderma mcm ustaz ni

pokok pangkalnye...hati kite sendiri....
Quote belilies 23-4-2020 12:50 PM
Bagus pu azman ni. Muka pun merewcik jua {:run
Quote LadyCarefree 23-4-2020 06:14 PM
Kalau dia faham dia gerak dalam 10km saja la. Selain tu salur je duit kt sesiapa area dia nk bantu. Tp kot nanti orng xtampal pula label ebit lew kt beras.
Quote LadyCarefree 23-4-2020 06:15 PM
beni_nikaido: ni semua tgk pada hati kite sendiri dik non...kalo ko tengok benda ni dgn negatif, maka ko rasa benda ni negatif lalu ko rasa dia menunjuk dan riakkal ...


Tang riak ke x lantakla tp rules r rules maaaan. Mcam nk donate aircond ke hospital, kan boleh kedai hntr direct ke sepital.
Quote tagas 23-4-2020 07:22 PM
cabaran dlm berdakwah

uztaz kasim awal2 dulu pun camni jgk

smpai kena buatan org

tp masih teguh berdiri laa nih
Quote Lailerthee 23-4-2020 08:06 PM
Bgus PU azman ni
Quote CiliPadiSedap 24-4-2020 07:36 AM
KIM.K: PU azman yang tak balas pm aku. Bukan ajak kawin ke menggatal, tanya soklan. Go meninggal la ko

Biarlah tu sis, cuba sis pm sista vokuru confirm dia reply
Quote CiliPadiSedap 24-4-2020 07:37 AM
beni_nikaido: ni semua tgk pada hati kite sendiri dik non...kalo ko tengok benda ni dgn negatif, maka ko rasa benda ni negatif lalu ko rasa dia menunjuk dan riakkal ...

Betul lah kata2 sang pujangga ustaz pun di uji dengan setan besar2 gondol untuk menghasut
Quote Tinot7 24-4-2020 08:40 AM
271 al baqarah:
If you disclose your charitable expenditures, they are good; but if you conceal them and give them to the poor, it is better for you, and He will remove from you some of your misdeeds [thereby]. And Allah, with what you do, is [fully] Acquainted.

PU ckp separuh je...
Quote Groovykid 25-4-2020 01:23 AM
Semoga dipermudahkan segala urusan
Quote Lunalovegood 29-4-2020 12:32 AM
Biasalah orang baik je mesti Ada Yang dengki
Quote LadyCarefree 29-4-2020 12:39 AM
Edited by LadyCarefree at 28-4-2020 11:45 PM

Kalau gang guna "Jika kamu menampakkan sedekah(mu), maka itu adalah baik sekali."

Kalau xgang guna tangan kanan bagi, tangan kiri xtau.

Anyway, ayat tu ada sambungnya.... "Kalau kamu zahirkan sedekah itu (secara terang), maka yang demikian adalah baik (kerana menjadi contoh yang baik). Dan kalau pula kamu sembunyikan sedekah itu serta kamu berikan kepada orang fakir miskin, maka itu adalah baik bagi kamu dan Allah akan menghapuskan dari kamu sebahagian daripada kesalahan kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui secara mendalam akan apa yang kamu lakukan." (Surah al-Baqarah, ayat 271)

Anyway, ayat ni cakap pasal sedekah atau perbuatan sedekah. Bukan tayang muka sifakir untuk satu dunia kenal muka dia dn keadaan daif dia, apatah lagi anak2 kecil.

Quote rainbowrainz 29-4-2020 03:59 AM
Bertabahlah ustaz benda buat baik ni mcm2 dugaan dia dtg dari pelbagai arah wat lek wat pis ajooo..mudahan di permudahkan segala urusan..InsyaAllah ..
Quote EvieWanKenobi 30-4-2020 05:41 AM
semoga lepas ni ostad tak duduk atas tin biskut lagi..

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-11-2024 03:57 PM GMT+8 , Processed in 0.516325 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top