CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Doktor Jadi Hitam Lepas Sedar Dari Koma Akibat Covid-19

22-4-2020 11:57 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 9236| Komen: 52

Dua doktor yang kritikal akibat Covid-19 mendapati kulit mereka telah berubah warna sebaik sedar dari koma akibat jangkitan wabak maut itu.

Memetik Metro, Dr Yi Fan dan Dr Hu Weifeng, masing-masing berusia 42 tahun dikatakan dijangkiti virus berkenaan ketika merawat pesakit di Wuhan Central Hospital pada Januari lalu.



Dr Yi
Kredit foto: CCTV/Metro
Dr Yi
Kredit foto: CCTV/Metro

Doktor yang merawat mereka berkata, kedua-dua doktor itu terpaksa menggunakan alat sokongan hayat dan hasil rawatan yang berjaya memulihkan mereka bagaimanapun menukar warna kulit mereka menjadi gelap.


Menurut laporan media China, keadaan itu berlaku akibat ketidakseimbangan hormon selepas hati mereka rosak akibat virus berkenaan.


Dr Hu
Kredit foto: CCTV/Metro

Dr Hu
Kredit foto: CCTV/Metro

Difahamkan, kedua-dua doktor itu bekerjasama dengan doktor yang mengesan Koronavirus, Li Wen Liang yang meninggal dunia akibat jangkitan wabak maut berkenaan pada 7 Februari.

Pakar kardiologi Yi pulih daripada Covid-19 selepas 39 hari menggunakan alat sokongan hayat.

Manakala, pakar urologi Hu terlantar bertarung dengan jangkitan itu selama 99 hari sebelum disahkan pulih.

Dr Li Shushen yang merawat mereka memaklumkan perubahan warna kulit itu berlaku akibat tindak balas sejenis ubat yang diberi pada peringkat awal rawatan.

Walaupun tidak menyebut nama ubat itu, beliau menjelaskan kulit Dr Yi dan Dr Hu akan kembali normal sebaik hati mereka berfungsi dengan normal.

Difahamkan, mereka masih dipantau di hospital walaupun tidak lagi berada di unit rawatan rapi (ICU). - CARI
1

Bagus
2

Marah
5

Terkejut
2

Sedih
2

Lawak
5

Bosan

Friends Rank (17 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote meteorspeed 22-4-2020 11:58 AM
Aii kedekut nyer cina nama ubat pun tak bagitau. Dah la virus nie dtg dr negara korank
Quote wirazam 22-4-2020 12:00 PM
Kedekutnya..apa yg nak dirahsiakan sgt tu..
Quote hiswife 22-4-2020 12:02 PM
Adoi siannya
Quote hiswife 22-4-2020 12:02 PM
meteorspeed replied at 22-4-2020 11:58 AM
Aii kedekut nyer cina nama ubat pun tak bagitau. Dah la virus nie dtg dr negara korank

Kan.. Virus share dengan satu dunia, ubat apa guna xnak share plak
Quote amyza 22-4-2020 12:12 PM
Lama jugak bertahan sebelum pulih kembali.
Rasanya kes kematian covid19 dekat sini, tak sampai 1bulan rawatan dah meninggal.
Quote lilacomot 22-4-2020 12:20 PM
Dh mcm hakim pao lak kulit hitam
Quote meteorspeed 22-4-2020 12:44 PM
hiswife replied at 22-4-2020 12:02 PM
Kan.. Virus share dengan satu dunia, ubat apa guna xnak share plak

Pas nie harap tutup terus la penerbangan ke china. Jgn allow rakyat deme masuk melancong. Ngeri
Quote krustykrab 22-4-2020 01:48 PM
lilacomot replied at 22-4-2020 12:20 PM
Dh mcm hakim pao lak kulit hitam

Aaaaaa....nak gelak rasa tak patut
Quote zehra2 22-4-2020 01:55 PM
Arwah adik dulu pun gitu..rawatan kanser. Kimoterapi menyebabkn kulit yg putih melepak.. jadi hitam.
Masa aku riba mandikan jasadnya.. yg hitam2 mcm habuk tu luruh bila kita gosok kulitnya.
Quote xtahumenahu 22-4-2020 02:05 PM
Semoga Doktor2 ni, termasuk frontliners seluruh dunia sembuh dr sakit ni..
Quote Tinot7 22-4-2020 02:09 PM
apa nak secret2 dgn nama ubat ni?
Quote JunkMail 22-4-2020 02:37 PM
Rentung mcm terbakar pulak jadinya
Quote Knowlee 22-4-2020 02:43 PM
Ubat apa tu? Chloroquine dan hydroxychloroquine kah? Brazil dan France dah stop guna 2 drug ini sbb adverse effects. Tapi tgk in vitro dan in vivo studies pasal 2 drugs ni pun, risk of bias banyak. Study tak kukuh tapi boleh lepas utk publication pulak.
Quote Covid19 22-4-2020 02:45 PM
Duduk rumai weii..kalau tak nanti jadi hitam..
Quote cicicumel 22-4-2020 02:48 PM
zehra2 replied at 22-4-2020 01:55 PM
Arwah adik dulu pun gitu..rawatan kanser. Kimoterapi menyebabkn kulit yg putih melepak.. jadi hitam. ...

sedihnya..mstu u hiba masa mandikan arwah..
Quote Buritan 22-4-2020 02:50 PM
hiswife replied at 22-4-2020 12:02 PM
Adoi siannya

Hahaha seko seko cam negro.. masa putih boleh laa cari awek.. dah ghitam aiyooo.. doc ipes kulit itam tak masa covid hati tuu
Quote MeghanK 22-4-2020 02:52 PM
dah macam terbakar
Quote siq 22-4-2020 03:06 PM
boleh tukaq nama jadik AhWang Senandung lepas ni
Quote Kurex 22-4-2020 03:07 PM
Kedekut ilmu.....

Lihat semua komen(52)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 07:48 AM GMT+8 , Processed in 0.056141 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top