CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pakar Perubatan Korea Selatan 'Bingung' 163 Pesakit Bebas COVID-19 Dijangkiti Semula

23-4-2020 10:58 AM| Diterbitkan: top5complete| Dilihat: 3669| Komen: 19|Original author: Oleh: top5complete

Memetik laporan Astro Awani, pakar perubatan di Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (KCDC) Korea Selatan dilaporkan 'bingung' dengan misteri 163 pesakit yang sebelum ini sembuh dari Covid-19 dijangkiti semula virus itu.



Foto: Gulf News, CNN

Senario sama berlaku di China sebelum ini apabila beberapa pesakit yang telah pulih disahkan kembali positif, malah ada yang meninggal dunia selepas sembuh dan dibenarkan discaj dari hospital.
 
CNN yang memetik Timbalan Pengarah KCDC, Kwon Joon-wook berkata, keadaan ini mencetuskan kebimbangan mengenai kemungkinan virus itu kembali aktif terhadap pesakit yang pulih.

Di saluran YouTube Asian Boss yang menemu ramah seorang pakar COVID-19 dari Korea Selatan menjelaskan pesakit yang berhenti mengambil ubat juga berkemungkinan besar akan dijangkiti semula.




Beliau memaklumkan angka itu menyaksikan kira-kira 2.1 peratus daripada 7,829 pesakit yang telah disahkan pulih dijangkiti semula virus berkenaan.  

"Pun begitu, jumlah pesakit pulih yang melalui proses saringan semula tidak dapat dipastikan dengan jelas," katanya pada Jumaat.

Joon-wook yakin, saringan itu mungkin dilakukan dengan menggunakan kaedah Asid Ribonuklik (RNA) di mana ujian itu sangat sensitif.

Difahamkan, teori yang sama sebelum ini turut dikemukakan oleh pakar terkemuka China, Zhong Nanshan membabitkan isu sama.

Beliau mengandaikan serpihan penyakit itu masih 'terlekat' pada tubuh manusia, namun dia mendakwa tidak bimbang dengan perkara itu.

Antara lain teori mengatakan sama ada ujian yang dilakukan sebelum ini ke atas individu berkenaan wujud sedikit ralat yang besar kemungkinan hasilnya tidak tepat atau virus itu diaktifkan semula.

Joon-wook menambah, setakat ini belum ada indikator menunjukkan individu yang kembali positif menjangkiti individu lain meskipun 44 peratus daripada mereka menunjukkan gejala ringan.

"Sehingga sekarang, para ahli sains juga tidak dapat merungkai 'kekebalan' sebenar virus itu," ujarnya.

Beliau juga mengakui yang virus COVID-19 adalah patogen paling mencabar kepada dunia kesihatan dalam dekad ini.

"Ini adalah musuh yang terlalu mencabar dan sukar untuk kita hadapi," tambahnya. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Simunggu 23-4-2020 10:59 AM
di malaysia pun ada kes mcm ini...virus datang balik..sekejap +ve..sekejap -ve...virus pandai bersembunyi bentuk spora..
Quote Covid19 23-4-2020 11:00 AM
Semua orang bingung..hanya Allah yang Maha Mengetahui...
Quote munchkin 23-4-2020 11:01 AM
Hallo. Benda ni mekanisme macam flu juga. Flu bukan sekali kena tak kena lagi. Berkali akan kena kalau terjangkit dengan org yg kena flu
Quote ninja9 23-4-2020 11:07 AM
Wow kalau pakar pun bingung memang something lah virus ni. Kita tunggu sjalah report apa sebenarnya yg berlaku, kemungkinan ralat teknik atau ralat procedure untuk test atau kah memang virus ini super virus, boleh sembunyi dan keluar semula bila ubat hilang.
Quote Anne.W 23-4-2020 03:00 PM
Jap isu manmade virus dgn natural virus ni dah settle belum?  Apa konklusinya.. Virus Natural terkubur bangkit semula ka..
Quote anony-mous 23-4-2020 03:14 PM
munchkin replied at 23-4-2020 11:01 AM
Hallo. Benda ni mekanisme macam flu juga. Flu bukan sekali kena tak kena lagi. Berkali akan kena kal ...

Rasanya yg jd kebimbangan sbb pesakit yg positive tu tiba2 positive balik without contact dgn kes positive. Bkn sbb mcm flu tu
Quote Artemesiaa 23-4-2020 03:18 PM
Harap2 pakar kesihatan berjaya mengcipta vaksin dan ubat yang betul2 sesuai utk elakan ia terus berulang
Quote munchkin 23-4-2020 03:19 PM
Edited by munchkin at 23-4-2020 03:21 PM
anony-mous replied at 23-4-2020 03:14 PM
Rasanya yg jd kebimbangan sbb pesakit yg positive tu tiba2 positive balik without contact dgn kes  ...


Tak mungkin terjadi unless come in contact with psotive covid patients. Korea biar bebas rakyat mereka tanpa pkp. Dah pulih Masuk balik society yg tidak ada pkp.

Atau

Kit ujian masalah. Masa nak release mereka menunjukkan bacaan negatif.

Kalau mereka ada pkp or lockdown then mereka boleh hairan.

Cara mereka makan pun kena ubah. Still mengamalkan food sharing with their chopstick. So tidak menghairankan di situ kalau kena jangkitan balik.

Atau ada kalangan yg tidak pernah admit hospital (asimptomatik) di society dan kerajaan tidak detect.  
Quote anony-mous 23-4-2020 03:24 PM
munchkin replied at 23-4-2020 03:19 PM
Tak mungkin terjadi unless come in contact with psotive covid patients. Korea biar bebas rakyat  ...

Sbb itu yg menjadi kebingungan. Mcm u ckp xmungkin. What if itu apa yg terjadi? Inpon faham je berita2 sblm ni since covid19 ni x create antibodies , some cases very less antibodies. But based on this article , yg jd kebimbangan sbb tiba2 positif balik. Hopefully test kit salah atau mmg ada contact dgn positif patient yg lain lah. If not, mmg scary covid19 ni
Quote munchkin 23-4-2020 03:33 PM
Edited by munchkin at 23-4-2020 03:36 PM
anony-mous replied at 23-4-2020 03:24 PM
Sbb itu yg menjadi kebingungan. Mcm u ckp xmungkin. What if itu apa yg terjadi? Inpon faham je ber ...


Tak mungkin tetiba muncul tetiba tnaoa sebab seperti mereka kata. Atau ada asimptomatik patient di kalangan mereka yg tak dapat dikesan. Mereka bukan ada pkp still bebas. Kebarangkalian nak kena semula adalah tinggi.
Quote anony-mous 23-4-2020 03:50 PM
munchkin replied at 23-4-2020 03:33 PM
Tak mungkin tetiba muncul tetiba tnaoa sebab seperti mereka kata. Atau ada asimptomatik patient  ...

Based on artikel tu rasanya dah tolak kemungkinan jd positif balik sbb berjangkit dgn org lain. Sbb tu diaorang buat kesimpulan ada serpihan virus atau stop ubat & virus dtg balik
Quote munchkin 23-4-2020 04:00 PM
Edited by munchkin at 23-4-2020 04:06 PM
anony-mous replied at 23-4-2020 03:50 PM
Based on artikel tu rasanya dah tolak kemungkinan jd positif balik sbb berjangkit dgn org lain. Sb ...


Depa tak mention pasal asimptomatik. I dengar dan baca pengalaman asimptomatik. Macam orang biasa je. Orang keliling pun tak tahu. Tahu2 yg keliling kena covid dulu.

Kes sporadik negara kita pun bila trace balik ada contact dgm positif.

Apatah lagi korean tak mahu buat pkp. Masuk balik bercampur dengan asimptomatik akan kena juga balik.

Kalau ada vaksin pun tetap akan terjangkit juga. Tapi sebabkan ada antibodi, maka simptom tu kurang.

Buat pkp utk halang benda mcm ni lah terjadi.
Quote Lailerthee 23-4-2020 08:04 PM
Harap Malaysia bebas covid dengan segera
Quote gbam 23-4-2020 08:19 PM
There are allegedly many mutations, one being referred to as a widow maker. The viruses, for now, are not the true killer. The viruses, except the widow maker mutation, allegedly has HIV receptors, and weakens the immune system, and like AIDS is not the killer per say, but allows other infections or maladies to kill the host due to weakened immune systems. This is why the virus seems to come back, o re-infect. The virus never actually left; the tests do not always pick the viruses up.
Quote anony-mous 28-4-2020 04:55 PM
munchkin replied at 23-4-2020 04:00 PM
Depa tak mention pasal asimptomatik. I dengar dan baca pengalaman asimptomatik. Macam orang bias ...

Uols, i tgk sidang media td dekat johor dah ada 1 kes mcm ni. DG ckp bukan kes re-infection. Katanya virus tu shading. Weak positif
Quote munchkin 28-4-2020 05:42 PM
anony-mous replied at 28-4-2020 04:55 PM
Uols, i tgk sidang media td dekat johor dah ada 1 kes mcm ni. DG ckp bukan kes re-infection. Katan ...


Shedding. Detection kit problem lah tu. Result kit negative (padahal weak positive) pastu discharge.

Kita guna rt pcr. Hopefully,  tak guna detection kit untuk discharge.

Terima kasih ya anonymous sudi share dengan i perihal berita disampaikan dg
Quote anony-mous 28-4-2020 06:10 PM
munchkin replied at 28-4-2020 05:42 PM
Shedding. Detection kit problem lah tu. Result kit negative (padahal weak positive) pastu discha ...

Tp DG nmpk mcm nk cpt2 tutup kes tu. rasanya malaysia xguna lg kan test kit? Then wartawan tu tanya lg psal ni. Rupanya ada 4-5 kes yg sama. DG pon ckp tu lah bahaya virus ni kita xkenal habis lg. Bygkan kalau pesakit ingat dah bebas rupanya ada serpihan (ni ayat dia guna jgk td) lps tu jln2 dkt tmpt awam
Quote arnauld 28-4-2020 06:15 PM
Ker test kit yg tak accurate....
Quote munchkin 28-4-2020 07:11 PM
anony-mous replied at 28-4-2020 06:10 PM
Tp DG nmpk mcm nk cpt2 tutup kes tu. rasanya malaysia xguna lg kan test kit? Then wartawan tu tany ...


Shite!!!  i terlepas pandang. Happening in malaysia???? Omggggg
.

Kalau macam ni jadinya. Yg dah negatif. Kena kuarantin 14 hari balik. Test semula. Baru release balik rumah  

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-12-2024 01:09 AM GMT+8 , Processed in 0.051895 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top