CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Hiburan Gosip Socmed Lihat artikel

"Kami Masih Baik, Berhenti Lagakan Saya Dan Menantu" - Bonda Rozita Ibrahim

19-4-2020 10:40 AM| Diterbitkan: Straya| Dilihat: 13658| Komen: 63|Original author: Oleh: Straya

Description: Khabar angin mengenai keretakan rumah tangga usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri dengan Datin Seri Nur Shahida hangat diperkatakan sejak beberapa bulan lepas.


Kredit foto: Instagram

Khabar angin mengenai keretakan rumah tangga usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri dengan Datin Seri Nur Shahida hangat diperkatakan sejak beberapa bulan lepas. 


Ibu Datuk Seri Aliff, bonda Rozita Ibrahim turut terkena tempias apabila beliau tidak lagi mengikuti Instagram menantunya itu.


Lebih panas apabila netizen turut membuat spekulasi nasihat yang sering dimuat naik Rozita di IG seolah-olah ditujukan kepada menantunya.

 

Akhirnya Ibu Aliff Syukri Ulas Isu Unfollow Instagram Datin ...

Kredit foto: Illuminasi


Terbaru, Rozita memuat naik status di laman sosialnya bagi menegaskan yang hubungannya dengan Shahida masih baik. Dia dilihat bengang apabila ada pihak kelihatan cuba melaga-lagakan hubungan mereka.


Jelas Rozita, isu unfollow tidak seharusnya diperbesarkan hingga boleh menjejaskan hubungan kekeluargaan mereka. Pada masa sama, dia pelik mengapa tindakannya unfollow akaun Shahida baru-baru ini, menjadi satu isu besar sehingga diperkatakan ramai.



"Saya bersuara sebab dah tak tahan dan penat lah. Kalau orang lain, tak ada siapa kisah pun. Bercerai dan tak bercerai, tak ada nak tahu sangat. Tapi bab Kri (Aliff Syukri) dan Ida (Shahida) saya pun dipalit sama! Saya tak bersalah dalam hal ini," katanya.


Sehubungan itu, Rozita memohon supaya semua pihak memberi ruang kepada Shahida dan dirinya serta jangan membebankan mereka berdua.


"Suka hati saya nak follow (IG) atau tidak. Saya tak pernah burukkan Ida. Ingat, dia tetap menantu saya hingga akhir hayat dan ibu pada cucu saya. Saya tak follow, tak bermaksud saya bergaduh. Saya penat dihakimi netizen," tulisnya lagi.


Tambahnya, hubungan mereka berdua masih baik dan dia menegaskan tidak pernah memburukkan menantunya itu. 


"Berhentilah, dia sangat baik dengan saya, sampai sekarang! Saya tak follow Yati, Kri tak ada pulak orang nak tanya ke," soalnya.


Rumah tangga Aliff dan Shahida dikatakan berantakan selepas kedua-duanya saling tidak mengikuti akaun IG masing-masing. Tidak lama kemudian, Rozita pula dikatakan turut unfollow menantunya sehingga pelbagai spekulasi timbul berhubung situasi tersebut. - CARI

1

Bagus
3

Marah
2

Terkejut
2

Sedih
3

Lawak
4

Bosan

Friends Rank (15 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sfrnna 19-4-2020 11:37 AM
Apsal muka nenek ni pelik. Bengkak n tegang macam terlebih filler.. nampak macam Islamic takkan buat benda2 gini kan.. {:nose
Quote hazada 19-4-2020 11:45 AM
teruk muka bonda rozita ni.pipi bagai di pam-pam
Quote mizzmimi 19-4-2020 12:23 PM
Pelik gile pipi dia. Tak natural langsung
Quote suatumasa 19-4-2020 12:37 PM
x suke dikecam tp msg2 yg bukak ruang utk dikecam...dok dendiam senyap2 dah la...hhrrmmm
Quote kuzaime 19-4-2020 12:41 PM
Org x bercerita x mengata kalau acik sendiri x bukak peluang & ruang utk org menghencap..penulisan acik sendiri yg buat org berspeku macam2, jd jgn salahkan org bila ada yg bercakap macam2 hal anak menantu acik
Quote belilies 19-4-2020 12:41 PM
Buruknya roper bila org tua bermedia-sosial. {:nose
Quote Buritan 19-4-2020 12:50 PM
suatumasa replied at 19-4-2020 12:37 PM
x suke dikecam tp msg2 yg bukak ruang utk dikecam...dok dendiam senyap2 dah la...hhrrmmm

Duk senyap.. tak best loooo.. bising pas tuu explain bisinh pas tu nafi.. bising lopes tuu salahkan netijen.. hahahaha.. batak nak komen ikan keli belut letrik dgn cacing..
Quote Acikgomen 19-4-2020 01:01 PM
Eh bodo ko dgn anak kelempok ko tuh dah sama taraf skang
Merempan kat socmed mcm takde otak, lepas tu tuduh org dengki nak laga2 kan korang
Perasan tul



Done kecam
Quote slyfynx 19-4-2020 01:05 PM
Bijik ah TT, leh x letak kt thread sedia ade je.
Buat ape la bg publisiti kat keluarga ungka ni.
Bape byk thread daaa....
Bodo gile
Quote umbut 19-4-2020 01:08 PM
sfrnna replied at 19-4-2020 11:37 AM
Apsal muka nenek ni pelik. Bengkak n tegang macam terlebih filler.. nampak macam Islamic takkan buat ...


X ngaku botox.. katanya makan ulam ulaman... eeeww
Quote nordin84 19-4-2020 01:24 PM
adui..brp thread belut ni?
Quote RatuDunia94 19-4-2020 01:27 PM
Muka sheols scream botox sangat.. jadahnya makan jamu bagai kalau sendiri berbotox..
Quote samshik 19-4-2020 02:04 PM
Makcikkk.. Anak makcik yang mental gilo glamer.. Beruntungla ado menantu mkcik yg sabo layan gile die..
Quote Jemahjemah 19-4-2020 02:08 PM
Benci terus aku tgk dia ni. Serius. Dah kena kecam teruk tetibe kata masih baik. Dia punya statement comment semua ingat orang lain xbaca ke. Pastu masih nak acah baik helok lagi. Dasar penunggang agama. Aku terus turn off tgk ig anak beranak ni. Makin nampak busuk buruk perangai masing2. Patut anak camtu. Perangai mak dia sendiri pun buruk.
Quote rogayahtop 19-4-2020 02:19 PM
tak boleh hadam kalau dpt mak mentua posting mcm ni kat soc med.

Quote emera 19-4-2020 02:36 PM
makcik muka kembung... alter muka tak mengaku... obvious sgt kot!
Quote sukacactus 19-4-2020 03:06 PM
Pipi tu nak pergi mana?
Ok tu je nak tya
Quote namieamuro 19-4-2020 03:12 PM
gamba atas tu alep versi pompuan sgt..kesan air 'wudhuk'...eh :
Quote chinta89 19-4-2020 03:29 PM
Diri sdri yg tulis gtu gini mmg la org akan buat buat spekulasi.

X timbul psl dia x follow yati. Sb xde dgr dia ada prob ngn anak dia yati or menantu adi.

But dlm kes alif n shahida, org akan berspekulasi sb both them nk bcerai, ko plk unfollow, pahtu tulis ayat2 yg membuatkan org duk berteka teki.

Jgn salahkan netizen kalau tindakan sendiri yg mengundang pertanyaan org.

Kita bertanggungjawab atas apa yg kita tulis di socmed.

Lihat semua komen(63)




Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

26-5-2022 03:45 AM GMT+8 , Processed in 0.094152 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top