CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Pereka Indonesia Dikecam Reka Beg Tangan Daripada Tulang Manusia

20-4-2020 10:00 AM| Diterbitkan: Straya| Dilihat: 7736| Komen: 24|Original author: Oleh: Straya


Beg Rekaan Arnold Putra Daripada Tulang Manusia
Kredit foto: Instagram arnoldputragallery

Memetik laporan Insider, pereka fesyen Indonesia, Arnold Putra membuat kerja 'gila' dengan mereka beg tangan yang tangkainya diperbuat daripada tulang belakang manusia. 

Menerusi Instagram yang memaparkan hasil rekaannya, Arnold memperincikan tentang jenis tulang yang digunakan untuk menghasilkan tangkai beg berkenaan iaitu dengan menggunakan tulang kanak-kanak yang mengalami osteoporosis. 




Bukan itu sahaja, Arnold juga mendakwa menggunakan kulit manusia albino dalam koleksi pakaian terbarunya. Katanya, dia mendapatkan bahan (tulang dan kulit manusia) berkenaan secara sah daripada 'lebihan' stok perubatan dari Kanada.


Instastory Arnold Putra Mengatakan Koleksi Begnya Dibuat Dari Tulang Dan Kulit Manusia
Kredit foto: Insider

Beg itu dijual pada harga ASD5,000 (RM21,836) dan ia mula dijual pada 2016. Ketika itu, tiada siapa yang memberi perhatian tetapi kehadiran beg ini mula disedari dan menjadi kecoh apabila seorang pelajar seni memuat naik gambar beg itu di Twitternya ia sebelum menjadi tular.

Insider juga melaporkan bahawa tangkai beg itu telah disahkan sebagai tulang manusia oleh pakar tulang.

Apabila koleksi rekaan begnya ini diketahui, ia bukannya mendapat pujian sebaliknya kecaman yang hebat daripada netizen serta penggemar fesyen tempatan serta antarabangsa. Rata-ratanya menyifatkan tindakan Arnold itu sebagai 'hilang akal'.

Kritikan Netizen Pada Arnold Putra.
Kredit foto: Instagram arnoldputra

Arnold Putra dikenali sebagai seorang yang kaya raya dan menjalani kehidupan serba mewah serta gemar melancong ke destinasi eksotik. 

Pada 2017, dia mendapat gelaran salah seorang 'Rich Kids of Instagram' dan Tatler Indonesia menamakannya sebagai seorang yang mempunyai koleksi kereta paling banyak di Indonesia.

Berapa buah beg ini yang telah berjaya dijual agaknya? Rasanya kalau dapat percuma pun, tidak semua orang bersedia menyimpan beg yang menyeramkan ini. - CARI

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (5 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 20-4-2020 10:04 AM
Lahai... Macam takde material lain... Kau tak reti bereksperimen ke agar material ty boleh dibuat sama macam tulang dgn kulut manusia... Apa punya designer kalau tak reti bereksperimen.. puihhhh
Quote LostStar 20-4-2020 10:29 AM
Eiii seram..
Quote JDT 20-4-2020 10:47 AM
Sickening!! Tak Ade conscience langsung..
Quote Tinot7 20-4-2020 10:49 AM
https://www.insider.com/arnold-putra-instagram-fashion-star-bag-human-spine-2020-4

The legality of buying and selling human bones varies worldwide. The trade is legal in numerous US states,according to National Geographic.

It is also legal in Canada — in 2017 the Global News TV networkprofiled SkullStore, store that sells human remains. Its websiteadvertises a "child shrunken head"for just under 100,000 Canadian dollars.

Its owner, Ben Lovatt, told Insider the spine bag handle "does appear to be a retired medical or teaching specimen," adding that there was a long history of trade in bones for teaching, cultural, and personal purposes.

A representative for The Unconventional, which has advertised the bag as made from an "ethically sourced" human spine since 2016, told Insider: "All I'm going to say is that I do not condone the use of REAL human remains."

The bag, as well as the company's contact number, have been taken off the company website since the Twitter post gained attention.

Quote hazada 20-4-2020 11:17 AM
seram siot.tak ada ke hantu nak kacau mamat nih
Quote umbut 20-4-2020 11:30 AM
Dah ler x cantik , mahal.. menyeramkan.. Sapa yg nak beli tu..
Quote Melur1 20-4-2020 11:32 AM
tengok dari ig budak ni bongkak nak mamps... eeii seram nya
Quote weezerfan 20-4-2020 11:53 AM
Eeeiwwww

Quote Izumieza 20-4-2020 11:57 AM
hudoh je pun beg nye.. mahal & siap pakej seram pulak tu..
Quote hanamunir 20-4-2020 12:02 PM
weyhh seram la..
guna la tulang lembu ke, tulang kambing ke kalau dah nak bertulang2 sangat..
Quote Megikari 20-4-2020 12:45 PM
Dia cuma nak limelight tu je. Memang dia tau pun beg tu akan jadi kontroversi khenn
Quote shop_girl 20-4-2020 01:06 PM
Buat beg jangan guna tulang...guna OTAK!!!
Quote Nes3in1 20-4-2020 01:11 PM
Sick!               
Quote crazybeach 20-4-2020 02:26 PM
tulang betul ke? tak padan dengan muka totok tapi fefeling marina abramovic ke gitu? dah level berapa kat masonati dah kau?
Quote epuepy 20-4-2020 03:13 PM
huii.. apa la perasaaan bile  pakai tulang manusia buat handle beg? time bawak jalan2 , x rasa ke macam ada tgn lain yg pegang tangan ko?
Quote aderaderker 21-4-2020 12:12 AM
Level kejam and ignorance yg bukan beshe beshe.

Anggota badan manusia hanyalah level accessories saja pada dia.
Quote lattehazelnut 21-4-2020 05:45 AM
Omg dah xckup kulit or tulang binatang.. pakai manusia punye pulak..
Quote slipar_jepon 21-4-2020 10:50 AM
it's so sick!! takde rasa simpati ke.
Quote Artemesiaa 21-4-2020 07:10 PM
Saja create isu sensasi untuk tarik perhatian orang akan reakaannya

Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-12-2024 02:24 PM GMT+8 , Processed in 0.057719 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top