CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ingkar Perintah Kawalan Pergerakan? Jurunikah Ada Kuasa Tangguh Nikah

19-3-2020 12:18 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1923| Komen: 7

Description: Bukan saja majlis kahwin dibatalkan, malah jurunikah turut diberi kuasa untuk menangguh nikah.
Bukan saja majlis kahwin dibatalkan, malah jurunikah turut diberi kuasa untuk menangguh nikah.

Harian Metro melaporkan, jurunikah di Terengganu diberi kuasa sepenuhnya untuk menangguhkan pernikahan, jika ada pihak gagal mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan.


Pesuruhjaya Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT), Mat Azmi Arshad menegaskan supaya semua urusan pernikahan ditangguhkan sehingga keadaan pulih.


Gambar hiasan

“Pasangan yang mahu meneruskan majlis akad nikah perlu menggunakan premis sendiri dan ia tidak dilangsungkan di masjid, surau atau di tempat awam.

“Majlis akad nikah juga hanya perlu dihadiri seorang jurunikah, pengantin lelaki dan perempuan, seorang wali, empat saksi serta perjalanan akad nikah hendaklah dipendekkan tidak melebihi 20 minit,” katanya.

Selain itu, keluarga kedua-dua mempelai diminta menyediakan penutup mulut dan hidung serta pembersih tangan.


Malah, mereka perlu menyerahkan nama, alamat semasa dan nombor telefon jemputan yang hadir kepada jurunikah.

“Kita juga menasihatkan supaya majlis kenduri ditangguhkan.

“Ahli keluarga pengantin diminta menjarakkan sekurang-kurangnya satu meter dari pesakit yang mempunyai gejala jangkitan saluran pernafasan seperti demam, batuk, selesema dan sakit tekak,” katanya. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote syidasaleh 19-3-2020 12:24 PM
Tak dptla photoshoot bagai. Jimat duit takyah make up sbb kena pakai mask. Ada kawan nak nikah weekend ni. Perempuan dr lahad datu lelaki  kelantan. Dia ckp nikah still on.
Quote CatMiow 19-3-2020 12:38 PM
syidasaleh: Tak dptla photoshoot bagai. Jimat duit takyah make up sbb kena pakai mask. Ada kawan nak nikah weekend ni. Perempuan dr lahad datu lelaki  kelantan. D ...


Tu dia... Nak naik kapal trbng bagai...  Tinggi risiko.

Unless yg dri kelntn tak dtng..
Quote harizs 19-3-2020 12:41 PM
seppppp.... jimat
Quote lipans 19-3-2020 12:55 PM
ala... lambat la nak malam pertama.

hehehe....
Quote SalenaGomez 19-3-2020 01:18 PM
syidasaleh replied at 19-3-2020 12:24 PM
Tak dptla photoshoot bagai. Jimat duit takyah make up sbb kena pakai mask. Ada kawan nak nikah weeke ...

Buat dlm studio je laa kalau nak jugak...tu pon boleh buat lepas corona...tu pon kalau x ter pregnant ...huhuhu
Quote husna_amal 19-3-2020 04:07 PM
kalau nak nikah juga, harap ambil langkah pencegahan yang sepatutnya
Quote munchkin 19-3-2020 05:37 PM
To kadi ugut je siapa yg ramai2 tu. Stop saja pernikahan. Knowing rakyat malaysia maha degil lagi bodoh.

Terengganu dah keluar guideline. Saksi, tok kadi dgn pasangan saja hadir. Enough.

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 08:45 PM GMT+8 , Processed in 0.096465 second(s), 52 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top