CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Hiburan Gosip Socmed Lihat artikel

'Misteri Pinggan Kedua' Terjawab Lepas Michael Ang Kongsi Figura Anak Lelaki

19-3-2020 09:51 AM| Diterbitkan: natrahn| Dilihat: 16668| Komen: 68|Original author: Oleh: natrahn

Description: Sebelum ini, pengarah dan pelakon Michael Ang mengejutkan ramai apabila berkongsi satu posting keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) milik anaknya, Ryan Ang.


Sebelum ini, pengarah dan pelakon Michael Ang mengejutkan ramai apabila berkongsi satu posting keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) milik anaknya, Ryan Ang.

Terbaru, Michael berkongsi figura anak lelakinya buat pertama kali bersama-sama menu masakan beliau di Instagramnya. 

Ini kerana dalam entri beliau sebelum ini ada yang bertanyakan mengenai kenapa sering kali ada dua pinggan di atas meja? 

Dia akhirnya mengakui pinggan tersebut adalah untuk anaknya. Terlerai sudah misteri pinggan kedua itu.



"Gambar nombor 3, selalu kau orang tanya kenapa ada dua pinggan. Untuk anak I la! Hari ni makan awal sebab anak I ada buat kerja sambilan sebagai guru tuisyen kepada pelajar Tahun 9," tulisnya di ruang kapsyen.

Mike juga berkongsi gambar anaknya itu walaupun bahagian wajahnya ditutup. Berahsia sangat! Mana tahu, mungkin anaknya yang tidak mahu wajah didedahkan kepada umum.


Kredit foto: Instagram Michael Ang

Walaupun muka dirahsiakan, para pengikut Mike menyambut baik perkongsian tersebut.

Kredit foto: Instagram Michael Ang

Selain figura anaknya, yang menarik perhatian ramai adalah menu yang dikongsikan umpama hidangan makanan di restoran ternama. 

"Tak boleh ke restoran, kita buka restoran di rumah," jawab Mike di ruang komen.


Kredit foto: Instagram Michael Ang






Untuk rekod, Michael Ang memang ada bakat memasak dan pernah menyertai Masterchef Selebriti Malaysia Musim Kedua sebuah rancangan realiti Malaysia bertemakan permainan dan masakan pada tahun 2013.

Jadi, tidak hairanlah kalau Michael mampu membuat hidangan sedemikian, kan? - CARI
2

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
2

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (8 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Tinot7 19-3-2020 10:00 AM
Tuisyen utk pelajar tahun 9??? Iols is konpius... bebudak skolah silibus antarabangsa ke?
Quote Kurex 19-3-2020 10:10 AM
Untuk artis malaysia, kalau taknak tunjuk anak atau pasangan, jgn ambik gambar full lepas tu letak sticker atau conteng muka dia dalam gambar!!! Faham?!!!!!!!
Quote kaoru44 19-3-2020 10:10 AM
Sedap plak makanan tu...pg2 hari ni dh la tgh puasa..
Quote imransulaiman 19-3-2020 10:12 AM
Anak biologi ke atau anak angkat?
Quote fadz84 19-3-2020 10:13 AM
Kurex replied at 19-3-2020 10:10 AM
Untuk artis malaysia, kalau taknak tunjuk anak atau pasangan, jgn ambik gambar full lepas tu letak s ...

Kurex bengang la tu x dpt tgk muka anak MA.. hehehe
Quote Themilo 19-3-2020 10:14 AM
Kurex replied at 19-3-2020 02:10 AM
Untuk artis malaysia, kalau taknak tunjuk anak atau pasangan, jgn ambik gambar full lepas tu letak s ...

anak ke anak ikan uols?
Quote chicozinn 19-3-2020 10:19 AM
Tahun 9????????tingginye level study dorang ni...{:laugh{:laugh{:laugh{:laugh
Quote apedehal 19-3-2020 10:21 AM
Mike bukak restoran pls..terliur plak aku tgk kau punya makanan
Quote Aai2 19-3-2020 10:23 AM
Tinot7 replied at 19-3-2020 10:00 AM
Tuisyen utk pelajar tahun 9??? Iols is konpius... bebudak skolah silibus antarabangsa ke?

Entalah... ke budak umur 9 thn
Quote Tinot7 19-3-2020 10:28 AM
Aai2 replied at 19-3-2020 10:23 AM
Entalah... ke budak umur 9 thn

Hmm.. tu pun lojik jugak...
Quote little_sis 19-3-2020 10:31 AM
telan air liur aku tgk.. cam sedap je..
Quote otai_g 19-3-2020 10:58 AM
da kawen rupanya michael ang ni. Ingtkn blm..
Quote duri_durians 19-3-2020 11:02 AM
makanan kau lagi menggiurkan la michael ang, aku tak kisah pun pasal anak tu
Quote epuepy 19-3-2020 11:07 AM
Dia suruh anak dia keje part time ngajo bdk tuition. Bgus Mike ni. Suh anak blaja berdikari walaupun harta apak nye bertimbun.
Quote epuepy 19-3-2020 11:09 AM
Sedap nye gambar makanan tu.. Nmpk healthy
Quote pinksarah 19-3-2020 11:11 AM
Tinot7 replied at 19-3-2020 02:00 AM
Tuisyen utk pelajar tahun 9??? Iols is konpius... bebudak skolah silibus antarabangsa ke?

Ye la tu..

Year 9..

Unless dia guna word 'darjah' or 'tingkatan'

Quote kucingitam 19-3-2020 11:29 AM
eh cantiknya kerusi mike ang tu...berminat la pulak..
Quote bloodyamuk 19-3-2020 11:35 AM
wehhh sedapnya duck...ngan salad tu...aduh...
Quote Boomibulat 19-3-2020 11:37 AM
Kuarantin mkn mcm tu best la

Lihat semua komen(68)




Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

2-7-2022 03:27 AM GMT+8 , Processed in 0.079261 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top