CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Elektrik Tak Dipotong Jika Lambat Bayar Bil

19-3-2020 05:47 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3096| Komen: 4

Description: Berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Kementerian Tenaga dan Sumber Asli memaklumkan tiada pemotongan elektrik sekiranya lewat membayar bil.
Berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Kementerian Tenaga dan Sumber Asli memaklumkan tiada pemotongan elektrik sekiranya lewat membayar bil.



MalaysiaKini melaporkan, menterinya, Shamsul Annuar Nasarah mengesahkan bahawa Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Sabah Electricity Sdn Bhd tidak akan membuat pemotongan bekalan elektrik sepanjang tempoh PKP sehingga 31 Mac ini.

"Sebagai industri yang prihatin dengan cabaran besar yang dihadapi oleh rakyat berikutan penularan wabak Covid-19 ini, saya ingin mengumumkan bahawa pihak Tenaga Nasional Berhad dan Sabah Electricity Sdn. Bhd. tidak akan membuat pemotongan bekalan elektrik bagi pengguna-pengguna yang lewat membayar elektrik.


Foto: KKM


"Ia bagi tempoh Perintah Kawalan Pergerakan berkuatkuasa iaitu pada 18 Mac sehingga 31 Mac 2020," katanya dalam satu kenyataan. - CARI



1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote gorjeous 19-3-2020 05:27 PM
Alhamdullilah...
Quote edee_91 19-3-2020 08:28 PM
tapi yang penting tak ada caj lewat bayar kan bila dah bayar lambat tu?
Quote husna_amal 23-3-2020 09:00 AM
elektrik tak potong buat masa ni tapi sampai masa lepas perintah kawalan pergerakan ni pasti kena potong.
Quote EJALTI 23-3-2020 09:31 AM
husna_amal replied at 23-3-2020 01:00 AM
elektrik tak potong buat masa ni tapi sampai masa lepas perintah kawalan pergerakan ni pasti kena po ...

Tak payah nak buruk sangka dulu. Lepas kawalan pergerakan habis, maybe gomen akan cuba come out dgn mechanism yg cuba meminumkan beban rakyat.

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 04:55 PM GMT+8 , Processed in 0.046612 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top