CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

"Banyaknya J*bur Di Rumah" - Dato LCW Terkejut Orang 'Tapau' Berbondong-Bondong Tisu

19-3-2020 12:45 PM| Diterbitkan: bawangkecik| Dilihat: 7053| Komen: 31|Original author: intan

Description: "Banyaknya 'jubur' di rumah," Dato LCW ternganga tengok orang beli tisu tandas banyak sekaligus!
Gara-gara arahan Perintah Kawalan Pergerakan yang dilaksanakan baru-baru ini, ramai juga di antara kita yang bertindak untuk memenuhi stok makanan di rumah masing-masing.

Kredit foto: Carian Google

Tidak terkecuali juga buat jaguh badminton nombor satu negara, Datuk Lee Chong Wei yang telah memuat naik satu 'posting' di laman instagram beliau di mana beliau menzahirkan perasaan terkejut dan marah terhadap individu yang kurang prihatin dengan orang lain.

"Dua hari lepas, ada khabar angin restriction order berkenaan coronavirus ini.So Mew Choo pun suruh pergi beli apa yang patut untuk 2 minggu ini,"


Dan setibanya beliau ke pasar taya, menurutnya, terlalu ramai orang yang berlumba-lumba seperti ada marathon troli.

"Time i sampai supermarket, aduhai! Ramainyer auntie dan makcik-makcik, macam lumba marathon trolly!,"

"Tapi toilet paper i terlambat. Ternganga I tengok mamat depan I tapao 10 bag tisu jamban! Banyaknyer 'jubur' kat rumah." tulis Chong Wei lagi.

Gaya penulisannya yang berseloroh itu menumbulkan geli hati pengikut Instagram yang membaca nukilannya itu. Dalam luahannya lagi, akibat semakin ramai yang menyerbu, LCW ambil keputusan untuk beredar kerana sedar virus Covid-19 amat mudah merebak.

Kredit foto: Carian Google
Dia turut menitipkan pesanan supaya masyarakat tidak terlalu cemas menghadapi krisis global ini dan meminta semua rakyat untuk mengkuarantinkan diri di rumah dan tidak kemana-mana dalam usaha untuk mengekang pandemik ini.

"Cara paling baik kita membalas budi dan menyumbang kembali adalah dengan #STAYHOME," akhirinya dengan tanda pagar 'Duduk di rumah'.- CARI

1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote djzara81 19-3-2020 12:51 PM
Boleh tahan sense of humour DLCW niee
Quote Ladybird910 19-3-2020 01:16 PM
Tak tahan gelak dari semalam..
And masih gelak lagi hari ni..sebab ayat dia sangat lawak..hihiii

Nway salute you DLWC for your kind reminders and respect..

May God help us all~
Quote Nana_Man 19-3-2020 01:17 PM
Dari 1st time baca smpi skrg aku tergelak tgk ayat dia tu
Quote Kurex 19-3-2020 01:20 PM
Nanti datok boleh praktif basuh punggung dengan ayor..lebih suci
Quote JohnyEnglish 19-3-2020 01:21 PM
LCW kena paham xtvt semburit pn kena pakai tuisu jugak
Quote nazzse 19-3-2020 01:22 PM
Walau legend tahap mana pun, mem kat rumah tetap kena ikut.
Mrs always right {:good
Quote Suchi 19-3-2020 01:34 PM
Dia mmg tulis dlm bahasa melayu ke atau dah translate ni?
Lawak laaa hai
Quote little_sis 19-3-2020 01:57 PM
hahaha tergelak akuuu baca..
Quote Abot 19-3-2020 02:02 PM
hadoi.. iols pun terhibur..  terburai gelak
Quote Cookingholic 19-3-2020 02:56 PM
Suchi: Dia mmg tulis dlm bahasa melayu ke atau dah translate ni?Lawak laaa hai

Mmg dia tulis dlm melayu.
Quote Nes3in1 19-3-2020 03:03 PM
Love LCW
Quote epuepy 19-3-2020 03:07 PM
Baca somewhere, ada org translate. Ayt asal dri Lee dlm english
Quote Cassieopeia 19-3-2020 03:18 PM
bagus LCW ni, harap rakyat kaum dia ikutla nasihat dia..tgk belah pulau slumber lepak minum kedai
Quote sonatalady 19-3-2020 03:18 PM
Memang tergelak masa baca kat ig dia semlm.group wasap antar pn masih gelak.
Apa nak jawap kat mem kalau x de tisu tandas..
Quote dua_chzy 19-3-2020 03:38 PM
Akak tak sangka Chong Wei lucu orangnya.
Quote Artemesiaa 19-3-2020 03:41 PM
Dah angin sangat ler tu sampai tersembur perkataan tu
Quote husna_amal 19-3-2020 04:12 PM
setepek LCW bagi
Quote aderaderker 19-3-2020 04:39 PM
epuepy replied at 19-3-2020 03:07 PM
Baca somewhere, ada org translate. Ayt asal dri Lee dlm english

Dia tulis dlm BM. Tapi campur2 jugak sikit dengan English.
Tapi word jubor tu memang dia tulis terang2...
Quote any42 19-3-2020 04:42 PM
ok ni kelakar. #beconsiderate #stayhome

Lihat semua komen(31)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 09:10 AM GMT+8 , Processed in 0.362783 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top