CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ucapan Manis Harry Dan Meghan Buat Ulang Tahun Ke-4 Puteri Charlotte Cetus Kemarahan

2-5-2019 06:12 PM| Diterbitkan: Lilrose| Dilihat: 7602| Komen: 17|Original author: Oleh: LilRose

Description: Meghan Markle sekali lagi menerima amukan peminat keluarga Diraja Britain selepas mengabaikan protokol ketika mengucapkan selamat ulang tahun kelahiran ke-4 kepada Puteri Charlotte.
Meghan Markle sekali lagi menerima amukan peminat keluarga Diraja Britain selepas mengabaikan protokol ketika mengucapkan selamat ulang tahun kelahiran ke-4 kepada Puteri Charlotte.


Kredit foto: 1843 Magazine

Sempena hari ulang tahun kelahiran puteri mereka, Duke dan Duchess of Cambridge berkongsi tiga keping gambar Charlotte menerusi Instagram Kensington Royal.





Kredit foto: IG Kensington Royal

Menerusi ruangan komen, Putera Harry dan Meghan tidak terkecuali daripada mengucapkan selamat ulang tahun kelahiran kepada Charlotte menerusi IG rasmi mereka, Sussex Royal.


Kredit foto: IG Kensington Royal

Walaupun ramai peminat Duke dan Duchess of Sussex itu teruja apabila mempamerkan kemesraan dengan anak-anak saudara mereka, sebilangan besar boleh dikatakan agak jengkel apabila mereka tidak menggunakan gelaran 'puteri' di hadapan nama Charlotte.

Tindakan pasangan itu mencetuskan kemarahan orang ramai kerana seolah-olah tidak menghormati pangkat Charlotte yang merupakan pewaris takhta British
keempat berbanding Harry yang hanya pewaris keenam.

Antara komen netizen seperti dipetik Mirror, walaupun Meghan ada hubungan dengan Charlotte menerusi suaminya, Harry, dia sepatutnya menggunakan gelaran Puteri jika ahli keluarga Diraja lain menggunakannya.

"Ia bukan mengenai hubung kait kekeluargaan, ia adalah tanda hormat.

"Kenapa panggil dia (Charlotte) Puteri? Sebab ia menunjukkan rasa hormat! Akaun IG Ratu Elizabeth sendiri menggunakan gelaran berkenaan ketika merujuk kepada cicitnya itu," komen netizen.

Ini bukan kali pertama Meghan dikritik sedemikian. Pada ulang tahun kelahiran Ratu Elizabeth dan adik Charlotte, Putera Louis baru-baru ini, pasangan diraja Sussex itu turut mengucapkan selamat ulang tahun secara santai dan mengenepikan protokol.


Kredit foto: IG Sussex Royal

Kredit foto: IG Kensinton Royal

Ratu Elizabeth menyambut ulang tahun kelahiran ke-93 pada 21 April lalu, manakala Louis menginjak usia setahun pada dua hari kemudian.




Adakah Meghan terlalu terdesak ingin mengubah tradisi monarki Britain hingga berterus-terusan menonjolkan dirinya lain dari yang lain? 

Bak kata pepatah, masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak. - CARI
4

Bagus
2

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
5

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (16 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lattehazelnut 2-5-2019 06:50 PM
Lol mcm drama downton abbey
Quote lotionmilo 2-5-2019 07:44 PM
Sedangman Clarence House iaitu twitter rasmi Prince Charles and wife pon pakai Princess Charlotte

Who r yusss sangat Meggot!!
Quote Fly_over 2-5-2019 07:45 PM
Logo sussex tu huruf M overshadow huruf H. {:question
Quote sharlenetexas 2-5-2019 08:43 PM
Hidup lagi sekelamin ni. Ingatkan kena humban kt aprika sana
Quote 234126 3-5-2019 06:59 AM
A’ah prince charles anak queen of england (utk yang tak tahu la kan)  tu punya twitter account pun address cucu2 dia selayaknya puteri putera. Nutmeg whooo?
Quote azimodin 3-5-2019 08:59 AM
uwekkkk dengan drama mesra dutchess banana. siap nak xoxo bagai padahal haritu ko lahar lottie. dasar talam dua muka
Quote kosukeconan 3-5-2019 09:43 AM
meggot acah2 mesra kat social media, kat real life entah2 langsung x rapat pun ngn anak2 prince william and kate nih
Quote azwanaliori 3-5-2019 09:56 AM
Ucap birthday pun salah. Kang klu dia tulis skema2 korg kata dia berlagak bajet2 pure royal pulak. Korg punya sembah queen tu kalah org brit sndiri dah mcm tahap sembah tuhan dah korg agong kan .
Quote epalsearch 3-5-2019 09:57 AM
nak bwk budaya amareka masuk britain.

go into goat shelter mbek mbek la meghan oiiii
Quote makton 3-5-2019 10:25 AM
berbeza btul meghan dgn kate
Quote watie79 3-5-2019 10:26 AM
tahun bila nak beranak dia neh ?? letih menunggu..
Quote kucingitam 3-5-2019 10:57 AM
alah ngengadanya netizen...
Quote chip92 3-5-2019 11:07 AM
official ig kot, bukannya personal ig, nak tulis macam tu PM tepi laaa
Quote bungarose 3-5-2019 11:47 AM
Biadapnyer megan
Setelah berhabis habisan usaha nak kawin harry.... buat onar lak kat brf
Quote dewi_rina 3-5-2019 12:29 PM
Meghan nie mmg dibenci rakyat jelata yek
Quote ratuiphone 3-5-2019 09:40 PM
tak komen tak boleh ke?
ade je bahan kutukan
Quote newyork 4-5-2019 11:15 AM
dashat gak bawang garlic aa..semua tak kena

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 08:23 AM GMT+8 , Processed in 0.050868 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top