Kredit foto: IG Kensington Royal
Menerusi ruangan komen, Putera Harry dan Meghan tidak terkecuali daripada mengucapkan selamat ulang tahun kelahiran kepada Charlotte menerusi IG rasmi mereka, Sussex Royal.
Kredit foto: IG Kensington Royal
Walaupun ramai peminat Duke dan Duchess of Sussex itu teruja apabila mempamerkan kemesraan dengan anak-anak saudara mereka, sebilangan besar boleh dikatakan agak jengkel apabila mereka tidak menggunakan gelaran 'puteri' di hadapan nama Charlotte.
Tindakan pasangan itu mencetuskan kemarahan orang ramai kerana seolah-olah tidak menghormati pangkat Charlotte yang merupakan pewaris takhta British
keempat berbanding Harry yang hanya pewaris keenam.
Antara komen netizen seperti dipetik Mirror, walaupun Meghan ada hubungan dengan Charlotte menerusi suaminya, Harry, dia sepatutnya menggunakan gelaran Puteri jika ahli keluarga Diraja lain menggunakannya.
"Ia bukan mengenai hubung kait kekeluargaan, ia adalah tanda hormat.
"Kenapa panggil dia (Charlotte) Puteri? Sebab ia menunjukkan rasa hormat! Akaun IG Ratu Elizabeth sendiri menggunakan gelaran berkenaan ketika merujuk kepada cicitnya itu," komen netizen.
Ini bukan kali pertama Meghan dikritik sedemikian. Pada ulang tahun kelahiran Ratu Elizabeth dan adik Charlotte, Putera Louis baru-baru ini, pasangan diraja Sussex itu turut mengucapkan selamat ulang tahun secara santai dan mengenepikan protokol.
Kredit foto: IG Sussex Royal
Kredit foto: IG Kensinton Royal
Ratu Elizabeth menyambut ulang tahun kelahiran ke-93 pada 21 April lalu, manakala Louis menginjak usia setahun pada dua hari kemudian.
Adakah Meghan terlalu terdesak ingin mengubah tradisi monarki Britain hingga berterus-terusan menonjolkan dirinya lain dari yang lain?
Bak kata pepatah, masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak. -
CARI