CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

6 Lelaki Bergilir-gilir 'Ratah' 2 Pelajar

3-5-2019 02:31 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 14703| Komen: 34

Description: Enam remaja lelaki ditahan selepas disyaki mencabul dan merogol dua pelajar sebuah kolej pada Selasa lalu.
Enam lelaki termasuk remaja ditahan selepas disyaki mencabul dan merogol dua pelajar perempuan pada Selasa lalu.


Gambar Hiasan


Sinar Harian melaporkan, kesemua suspek berusia antara 16 hingga 21 tahun itu ditahan sebaik polis menerima laporan daripada kedua-dua mangsa malam tadi.

Difahamkan, seorang daripada suspek merupakan pelajar, manakala lima lagi adalah penganggur.

Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Haslah Bachok, kedua-dua mangsa dijemput dua lelaki di asrama penginapan mereka sekitar jam 8 malam menaiki dua motosikal kononnya untuk makan malam di sebuah kedai berhampiran.

“Bagaimanapun, suspek membawa mangsa ke rumah sewa mereka di Kampung Sungkak, Juasseh dan apabila sampai di tempat kejadian terdapat empat lelaki yang tidak dikenali menunggu," katanya.

Dalam kejadian, seorang mangsa dibawa ke sebuah bilik dan dipeluk suspek pertama, manakala seorang lagi dibawa suspek kedua masuk ke dalam bilik berasingan sebelum dirogol.


"Setelah selesai, datang lagi empat lelaki masuk ke bilik itu dan merogol mangsa kedua secara bergilir-gilir, sebelum mereka menghantar mangsa pulang ke rumah di Paroi, Seremban," katanya.


Kredit foto: Sinar Harian

Sebaik menerima laporan daripada mangsa malam tadi, kesemua suspek ditahan antara jam 11 malam hingga 2 pagi di sekitar Juasseh dan Kuala Pilah.

Tambah Haslah, seorang suspek akan disiasat di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017, manakala lima lagi akan disiasat mengikut Seksyen 375B Kanun Keseksaan. - CARI 

Bagus
6

Marah
1

Terkejut
1

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (9 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • kroit92

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote spiderman80 3-5-2019 02:39 PM
Baca tajuk saja rasa nak kutuk negara Indi...... tiba-tiba baru perasan berlaku dalam negara tercinta sendiri.
Quote Mulotkoyak 3-5-2019 02:41 PM
Cmne mangsa berani keluar mmlm dgn jantanzz ni?
Quote seri_mawr 3-5-2019 02:43 PM
eeeiii....bongokk la.....

rosak anak dara org....esok2 korang perogol tu ada anak sendiri...
org buat gitu kat anak2 korang baru ada akal...

x pun cuba yang tu kena kat family korang....bongokk lelaki giler seks..nak kawen takde duit..anak dara org korang kerjakan....pi langgan pelacur la....nak menges*e* xde duit....

bongoks punya jantan2 gersang....
Quote encikWawad 3-5-2019 03:24 PM
janji nak main berdua sajoor. skali boifren bersikap shering is caring. plak tu nak main free sajoor topap soploh hinggit pun dinch di beri. maka report polisi sajoor
Quote ArnabAtasBulan 3-5-2019 03:32 PM
encikWawad replied at 3-5-2019 03:24 PM
janji nak main berdua sajoor. skali boifren bersikap shering is caring. plak tu nak main free sajoor ...

Erk, tu la..mungkin jugak macam ni. Tengok2 sorang tu underage. Hah, mendapat la diorang.
Quote dekmieDandy 3-5-2019 03:32 PM
ni mesti spesis nak keluar pon curi duit dari purse mak
Quote dua_chzy 3-5-2019 03:33 PM
Tajuk ko, bila libatkan kes rogol, memang suka guna kata kerja yang bererti makan ke?
Quote ArnabAtasBulan 3-5-2019 03:41 PM
Edited by ArnabAtasBulan at 3-5-2019 04:03 PM

Seram la hai bace cerita ni. Teringat sorang ex boipren dulu pernah ajak saya g rumah dia, dia kate nak amek barang. Saya pon ok je, tak syak ape2. Makin dekat rumah dia makin sunyi tempat tu. Rumah dia jenis bilik atas kedai, tatau camane nak gambarkan. Tapi sangat sunyi walaupon mase tu siang. Dia bawak saya sampai depan pintu rumah dia, saya tunggu je kat luar, tangan dok pegang rail tangga kuat2. Takot dia tarik saya masok memang takde sape boleh tolong mase tu.dalam otak dok pikir nak lari ke tak. Bile dia keluar dari pintu siap ajak saya masok dalam, dia kate dia da hias rumah dia cantik2. Tapi dalam otak saya dok pikir biasenye perogol ni orang yg kite kenal, lagi2 boipren.
Saya cakap takpeplah...nak pegi cepat.
Bile pikir balik kalau ALLAH tak lindung saya mase tu....hisy..seram je. Mau keluar berita pompuan gersang ikut boipren masuk rumah pastu tuduh si pakwe rogol. Nauzubillah.
Saya tak rase dia ade niat2 ape2 mase tu, tapi da denga banyak sangat cerita saya jadi paranoid.

Tldr: err..tolong nasihat kat anak2 pompuan anda, dan adek/kakak2 pompuan anda, jangan senang2 percaya dan masuk rumah lelaki, tak kira rapat macam mane pon. Takot nanti ape2 terjadi pompuan tu pulak kena blame sebab birah sangat.
Quote LostStar 3-5-2019 04:09 PM
ArnabAtasBulan replied at 3-5-2019 03:41 PM
Seram la hai bace cerita ni. Teringat sorang ex boipren dulu pernah ajak saya g rumah dia, dia kate  ...

Eh sama..dlu pn pena ex buat perkara yg mcmni.. nak amek barang bagai alasan dia.. tengahari time tu, sblm zohor.. kite tnggu luar tp dia tarik masok uma, (uma family).. mmg xde sapa time tu.. mcm drama time tu berlarik nak keluar rumah, sbb dia lock grill.. tarik tolak2 berguling tendang bagai laaaa sampai kuyup2 baju dgn nangis dgn berpeluh bagai berlarik dalam rumah tu..  hbs pecah kristal mak dia.. tros dia tergamam masa brg uma dia pecah.. mcm dia baru sedar sikap tibe2 jadi setan.. lepas tu baru dia calm n nak hantar kite balik uma.. elok dia bukak grill pintu umah dia tu.. berlarik keluar kite dengan tak sempat pakai kasut.. nasib baik kebetulan dok berlari tu ada polis peronda kat kawasan tu.. teros mintak tolong tahan motor polis tu.. sampai report polis laaa..  eii xblh lupa, menakotkan..
budak yg kne rogol ni mcmne la perasaan dia.. kesiannya


Quote jebatmaspunyer 3-5-2019 04:16 PM
why?!!!! is sex is everything? can't afford a wife, just marry your own hands LOSERS!!!!!!!
Quote ArnabAtasBulan 3-5-2019 04:22 PM
LostStar replied at 3-5-2019 04:09 PM
Eh sama..dlu pn pena ex buat perkara yg mcmni.. nak amek barang bagai alasan dia.. tengahari time  ...

Uishh..siap kena tarik, siap kena kunci dalam, pastu kejar2 lagi. Bole trauma gitu. Nasib baik dia sedar.
Mungkin jugak 2 girls dalam berita ni pikir sebab diorang berdua jadi selamat la sikit. Hmm...selamat la sangaaat...
Quote hotmak 3-5-2019 04:24 PM
ya allah seramnya, eh tapi duduk asrama budak perempuan tu? camana boleh keluar tu
Quote farlis 3-5-2019 04:47 PM
LostStar replied at 3-5-2019 04:09 PM
Eh sama..dlu pn pena ex buat perkara yg mcmni.. nak amek barang bagai alasan dia.. tengahari time  ...

Syukur la u  selamat..
Quote LostStar 3-5-2019 04:50 PM
ArnabAtasBulan replied at 3-5-2019 04:22 PM
Uishh..siap kena tarik, siap kena kunci dalam, pastu kejar2 lagi. Bole trauma gitu. Nasib baik dia ...

eoo benda tak boleh lupa ooo.. dah jadi bini org pon masih seram kalau dok berdua gan kazen ke apa ke kat uma sedara mara..
yg kes perempuan ni, igt berdua selamat agaknya.. sekali hah koooo.. 6 binatang tak guna buat dorg mcmtu.. tak gune btllll
Quote kroit92 3-5-2019 06:12 PM
potong bibird diorang
Quote arianakhalid 3-5-2019 06:26 PM
Asrama???!! Melayu malaysia ke ni?
Quote Cutedebok 3-5-2019 10:27 PM
Adik2 semua..jangan berani sgt kluar ngan jantan malam2 ye..sayangi diri anda..ingat masa masih panjang ke depan..
Quote hanasensei 3-5-2019 10:30 PM
LostStar replied at 3-5-2019 04:50 PM
eoo benda tak boleh lupa ooo.. dah jadi bini org pon masih seram kalau dok berdua gan kazen ke apa ...

Sbb tu aku kdg2 nyampah dgn ayat porumer yg suka tduh mcm2 dkat mangsa. Sbb ada jer mngsa yg naive, inesen cinta mati dkat boyfren. Dh klau kena rogol mcm ni saper yg x trauma. Lgi2 remaja fasa ni memg geletis( puberty) kan.. Rsa nk ada boyfren, nk ada org sayang.
Kwn aku prnh crita kwan dia trauma smpai telan pill lpas kna rgol dgn kwan baik sndiri. Kawan laki tu budak matrik 1kelas, muka nerd jer..
Quote Nokiaman 3-5-2019 10:51 PM
Mulotkoyak replied at 3-5-2019 02:41 PM
Cmne mangsa berani keluar mmlm dgn jantanzz ni?

Ummah melayu melesis..nk takut apa dibumi pertiwi

Lihat semua komen(34)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 01:02 AM GMT+8 , Processed in 0.051846 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top