CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pelajar Lari Dari Pusat Tahfiz Sebab Takut Didenda Guna Telefon Bimbit Sudah Ditemui

2-5-2019 11:54 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2538| Komen: 9

Description: Dua daripada tiga pelajar tahfiz yang dilaporkan hilang dari pusat pengajian mereka minggu lalu dilaporkan sudah ditemui di ibu negara awal pagi tadi.
Dua daripada tiga pelajar tahfiz yang dilaporkan hilang dari pusat pengajian mereka minggu lalu dilaporkan sudah ditemui di ibu negara awal pagi tadi.

Utusan melaporkan, bapa salah seorang daripada pelajar terbabit, Mahadhir Mat Lazim, 43, menemui dua daripada mereka kira-kira jam 1 pagi di sebuah pusat komputer di Taman Koperasi Polis Fasa 2, Jinjang, Kuala Lumpur.



Kredit foto: Sinar Harian

Difahamkan, Mahadhir sudah melaporkan mengenai penemuan itu kepada pihak polis.

Tiga pelajar berusia 13 hingga 14 tahun itu dilaporkan hilang dari pusat Tahfiz Al-Quran Darussyira, Tampin sejak 24 April lalu.

Dipercayai, ketiga-tiga mereka melarikan diri dari pusat tahfiz berkenaan kerana takut didenda selepas warden asrama mengetahui mereka menggunakan telefon bimbit di asrama pengajian.

Sementara itu, Harian Metro melaporkan, mereka juga dipercayai mahu mencari kerja di Kuala Lumpur. - CARI


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mamarock 2-5-2019 12:29 PM
Teruk sangat ke denda yang dikenakan kat para pelajar sampai sanggup melarikan diri tu

Guru mendidik, bukan sekadar menghukum. Didik kasi faham, hukuman perlu berpadanan dengan kesalahan. Kalau pelajar dah faham mengapa, kenapa  dibenarkan buat perkara itu ini, dan apa sebab yang tak dibenarkan, kesilapan tak akan berulang lagi. Islam kan ajar mcm tu. Bukan menghukum dengan cara menakutkan anak2x
Quote Kurex 2-5-2019 01:15 PM
Sepupu aku dah berhenti tahfiz dah..
Sebab tak boleh guna phone, ibu bapak cuma boleh melawat sekali sebulan, tu pun dekat pagar.
Cikgu tahfiz pun tak betul jugak.
Quote LadyCarefree 2-5-2019 01:44 PM
Kurex: Sepupu aku dah berhenti tahfiz dah..Sebab tak boleh guna phone, ibu bapak cuma boleh melawat sekali sebulan, tu pun dekat pagar.Cikgu tahfiz pun tak b ...


Gila!
Quote kroit92 2-5-2019 02:34 PM
Kurex replied at 2-5-2019 01:15 PM
Sepupu aku dah berhenti tahfiz dah..
Sebab tak boleh guna phone, ibu bapak cuma boleh melawat sekal ...

wait what? serius la diorang beroperasi macam tu? suspiciousnya, macam dalam penjara
berdaftar ke tak pusat tahfiz tu? bahaya, sumpah bahaya kalau buat macam tu
Quote Kurex 2-5-2019 02:48 PM
kroit92 replied at 2-5-2019 02:34 PM
wait what? serius la diorang beroperasi macam tu? suspiciousnya, macam dalam penjara
berdaftar ke ...

Ye..
Nak berhenti tahfiz pun trrpaksa buat alasan sepupu sakit & kena ada penjagaan.
Kalau letak keburukkan pasal sekolah, tak boleh.
Tak tau nama sekolah tahfiz tu apa. Tapi sekarang dia sekolah biasa dah
Quote kroit92 2-5-2019 02:52 PM
Kurex replied at 2-5-2019 02:48 PM
Ye..
Nak berhenti tahfiz pun trrpaksa buat alasan sepupu sakit & kena ada penjagaan.
Kalau letak ...

lagi la bunyi sesuatu. nak sorok apa sampai macam tu sekali? hari terbuka sekolah macam mana? ke tak buat jugak? macam kena report je sekolah beroperasi macam tu
Quote NURMIMIE 2-5-2019 02:53 PM
mak bapak pun laaa..

kebanyakkan hantar anak ke pusat tahfiz sebab nak lepas tangan.. pas tuh angan2 tinggi nak masyuk syurga sebab anak tuh boleh bawak ke syurga katanya..

tak fikir pun anak2 tuh boleh ke bawak belajar kat situ? selesa tak? jiwa dorang tak?

sian anak2.. umur kecik2 dah kena masuk alam baru yang asing dan menyiksakan mereka..
Quote Kurex 2-5-2019 03:13 PM
kroit92 replied at 2-5-2019 02:52 PM
lagi la bunyi sesuatu. nak sorok apa sampai macam tu sekali? hari terbuka sekolah macam mana? ke t ...

Aku yg dengar dari sepupu aku sendiri pun mula mula macam tak caya, tapi tu hakikat.
Quote Chairman 18-7-2019 09:35 AM
kadang2 mak pak kene dgr jgk suara/keinginan anak2...kot2 la mmg diorg x ngam pn masuk skola tu kan..so jd la benda bukan2 cmni

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 05:19 PM GMT+8 , Processed in 0.050153 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top