CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Wanita Kurang Siuman Cungkil Biji Mata Kakak Yang Terlantar Sakit

2-5-2019 10:31 AM| Diterbitkan: Sang_Pencinta| Dilihat: 3072| Komen: 10|Original author: Oleh: Sang_Pencinta

Description: Selasa lalu, polis Hong Kong menemui seorang wanita dengan biji matanya dicungkil keluar. Mangsa itu yang sedang terlantar sakit didakwa telah diserang adik perempuannya, tetapi motif serangan masih b ...
Selasa lalu, polis Hong Kong menemui seorang wanita dengan biji matanya dicungkil keluar. Mangsa itu yang sedang terlantar sakit didakwa telah diserang adik perempuannya, tetapi motif serangan masih belum diketahui.



Kredit foto: Carian Google

Sekitar jam 3 pagi, jiran adik-beradik itu dikatakan telah mendengar jeritan kuar dari apartmen mereka di Sun Chun, Thai Hang sebelum menghubungi pihak polis. 

Polis yang tiba di kediaman dua beradik itu kemudian mendapati mangsa, 66, dalam keadaan tidak sedarkan diri di atas katil dengan kedua-dua biji matanya dicungkil.

Dipercayai, perbuatan itu dilakukan adik perempuannya berusia 59 tahun dengan hanya menggunakan jarinya.


Kredit foto: Carian Google

The Straits Times melaporkan bahawa identiti kedua-dua wanita itu telah dikenal pasti. Difahamkan, adik perempuan itu menghidap kecacatan mental tahap sederhana dan tinggal di apartmen itu dengan dua kakak perempuannya.

Mangsa pula mengidap ketumbuhan dan penyakit saraf yang mengakibatkanya tidak boleh bergerak dan terlantar di atas katil sepanjang hari. Mereka berdua dikatakan mendapat bantuan daripada kerajaan, manakala seorang lagi yang tidak berada di rumah pada kejadian bekerja sebagai kerani di sebuah syarikat.


Kredit foto: Carian Google

Kes yang sangat menyedihkan dan mengerikan bagi dua beradik ini. - CARI
1

Bagus

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • edmorita79


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Burong_Hantuk 2-5-2019 10:45 AM
haiyoooo...kes mental lagi!
Quote xtahumenahu 2-5-2019 11:09 AM
scarynyaaaaaa...sakittttt
Quote ell768 2-5-2019 11:13 AM
giler laa psiko...
Quote Artemesiaa 2-5-2019 11:15 AM
Risiko tinggal dengan orang yang ada masaalah metal
Quote sfrnna 2-5-2019 11:30 AM
Errr. pakai jari lagi tu. I cannot imagine
Quote Sang_Pencinta 3-5-2019 12:08 AM
Perlu dirawat berasingan dua dua beradik ni
Quote tumpanglalu74 3-5-2019 12:30 AM
Berebut apek ka?
Quote cha-cha 3-5-2019 01:01 AM
Terkejut terkejut aku tengok gambar2 yg di attach TT
Quote ikanmasin 4-5-2019 05:14 PM
kesiannya kakak nya..dah lah tak bole melawan menahan sakit
masa mata kene korek pl.aduhaii

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 02:56 AM GMT+8 , Processed in 0.307749 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top