CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pengeboman Di Sri Lanka, Giliran Muslim Malaysia Pula Tunjuk Solidariti Lawat Gereja, Kuil

2-5-2019 12:50 PM| Diterbitkan: Sang_Pencinta| Dilihat: 2899| Komen: 11|Original author: Oleh: Sang_Pencinta

Description: Beberapa minggu lalu dunia dikejutkan dengan beberapa kejadian pengeboman gereja dan hotel di Sri Langka yang mengakibatkan banyak kehilangan nyawa.

Beberapa minggu lalu dunia dikejutkan dengan beberapa kejadian pengeboman gereja dan hotel di Sri Lanka yang mengakibatkan banyak kehilangan nyawa. Susulan itu pelbagai pihak telah mengeluarkan kenyataan memberikan sokongan dan semangat kepada mangsa pengeboman.


Sebagai satu tanda solidariti, sekumpulan warga Muslim Malaysia telah mengadakan kunjungan ke beberapa buah tempat ibadah agama lain di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor, lapor The Star.


Kredit foto: The Star

Seramai 22 orang anggota NGO, Global Unity Network tlah melawat Kuil Sri Maha Kaliamman Temple, Kg Kasipillay, Gereja St Joseph dan Kuil Buddha Sri Jayanti , Sentul sebagai respon mereka terhadap pengeboman itu.


Kredit foto: The Star

"Semasa tragedi di Christchurch, ramai golongan bukan muslim telah memberikan sokongan kepada orang Muslim jadi susulan tragedi di Colombo, Sri Langka yang mengorbankan ramai orang Kristian, ini adalah tanda solidariti kami," kata Shah Kirit Kakulal Govindji, Persiden NGO tersebut.


Kredit foto: The Sun

Selain mengunjungi beberapa buah rumah ibadat, rombongan itu juga telah mengadakan dialog dengan Rev George Packiasamy, paderi di Gereja St Joseph. Menurut Presidennya lagi, ini adalah kali keempat beliau mengunjungi jgereja itu dan NGO mereka mempunyai hubungan yang baik dengan pemimpin-pemimpin agama lain setempat.


Anggota rombongan NGO itu kemudiannya dihidangkan makanan halal untuk sarapan di gereja dan makan tengahari di kuil Buddha.

Kredit foto: The Star

Semestinya ini satu usaha murni yang dapat mewujudkan keharmonian antara kaum dan agama di negara kita. Semoga toleransi Global Unity Network ini menjadi ikutan ramai lagi pihak yang lain. -CARI

2

Bagus
2

Marah
2

Terkejut
2

Sedih
2

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (13 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sham143


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote munchkin 2-5-2019 12:47 PM
Baguslah. Show empati simpati compassion towards others.
Quote LautBiru52 2-5-2019 12:50 PM
Tak salah pun kalau nak tunjuk simpati dan tunjum rasa hormat
Quote Dwdrum 2-5-2019 12:51 PM
i tidak pula nampak ummah christian di sini seperti hilang akal di banding kan dengan NZ ..

takziah ...... lebih 350 nyawa terkorban sebagai believer nuts percaya perlu bunuh penganut lain dan non believers .....
Quote top5complete 2-5-2019 12:59 PM
memang sial pengebom mati tu celaka la seluruh keturunannya .
Quote Dwdrum 2-5-2019 01:05 PM
isis masih wujud sudah spread di asia ..... mereka claimed pembunuhan di sri lanka tindakan mereka..... warga israel di minta terus keluar dari sri lanka oleh kedutaan mereka ....
Quote gigahertz 2-5-2019 02:55 PM
Nanti lagi 5 taun ada makhluk akan gunakan gambar2 ni katanya melayu masuk kristian bla.bla bla  tu penting gambar kena watermark
Quote Sham143 2-5-2019 04:48 PM
Edited by Sham143 at 2-5-2019 11:35 PM

Bagus la mcm tu..Tunjukkanlah ajaran islam yg sebenarnya.. Hormat menghormati, bersikap toleransi, bersimpati dn membantu mereka yg didalam kesusahan.. Walaupun dgn berlainan agama.. Agama islam itu indah dan agama kedamaian.. Bukan agama penganas seperti yg di war2kan oleh media barat..
Quote iloveselangor 2-5-2019 07:23 PM
Yahweh Yireh. Halelluyah
Quote Sang_Pencinta 3-5-2019 12:03 AM
Perlu dipuji ni
Quote ArnabAtasBulan 3-5-2019 01:00 AM
gigahertz replied at 2-5-2019 02:55 PM
Nanti lagi 5 taun ada makhluk akan gunakan gambar2 ni katanya melayu masuk kristian bla.bla bla  tu  ...

Ughh...betul jugak tuh.
Quote cmf_shalom 4-5-2019 10:20 AM
Edited by cmf_shalom at 4-5-2019 10:23 AM

Berhati2 umat xtian Malaysia..Ambil langkah keselamatan yang sewajarnya di setiap gereja..
Bahagian Kuching..2,3 bulan ini ada beberapa serbuan dan tangkapan telah dibuat thadap sarang yg disyaki terlibat dengan aktiviti keganasan



Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 06:37 AM GMT+8 , Processed in 0.184559 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top