CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Mulut Berbuih, Model Meninggal Dunia Selepas Rebah Atas Pentas Peragaan

29-4-2019 06:08 PM| Diterbitkan: Lilrose| Dilihat: 7994| Komen: 23|Original author: Oleh: LilRose

Description: Model lelaki Brazil meninggal dunia di atas pentas peragaan ketika berlangsungnya Minggu Fesyen Sao Paulo (SPFW).
Model lelaki Brazil meninggal dunia di atas pentas peragaan ketika berlangsungnya Minggu Fesyen Sao Paulo (SPFW).


Kredit foto: IG Tales Soares


BBC melaporkan, Tales Soares, 26, ketika kejadian memperagakan jenama pakaian Ocksa apabila dia tiba-tiba rebah sebelum dikejarkan ke hospital, namun disahkan sudah meninggal dunia.


Kredit foto: ENTERPRISE NEWS AND PICTURES

Difahamkan, penonton pada awalnya menyangka ia hanya gimik persembahan. Bagaimanapun, barisan model lain menunjukkan riak wajah terkejut dan takut ketika pasukan perubatan bergegas untuk membantu mendiang.



Kredit foto: AP


Kredit foto: AP

Pihak penganjur menerusi laman Twitter mengesahkan kematian Soares, namun tidak mendedahkan butiran lengkap mengenai insiden itu.

"Kami mengucapkan takziah kepada keluarga Soares," ujarnya yang menambah mereka bersedia memberi bantuan untuk meringankan beban keluarga mendiang.



Berdasarkan rakaman sekitar persembahan itu, Soares dilihat berjalan ke penghujung pentas sebelum rebah ketika berpusing untuk meninggalkan pentas.

Beberapa jam sebelum kematiannya, Soares sempat memuat naik gambar di Instagram berhubung pertunjukan yang bakal berlangsung.



Sementara itu, Folha Press seperti dipetik News.com.au melaporkan Soares terpijak tali kasutnya sebelum rebah dan kemudiannya kelihatan berbuih di mulut. - CARI
7

Bagus
2

Marah
3

Terkejut
2

Sedih
2

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (19 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • rosasen

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote keds 29-4-2019 06:20 PM
Ajal takkan lambat seminit pun....
Quote buapakperut 29-4-2019 06:21 PM
mungkin diet ekstreme tambah beban keje sampai malnutrisi. kesian model2 nak jaga badan bukan senang
Quote Rainora 29-4-2019 06:30 PM
Kesian... nampak kurus sangat
Quote teloq 29-4-2019 06:40 PM
dadah...next!
Quote DeeHanania 29-4-2019 06:52 PM
Kesian yer
Diet extreme sangat smpai kurus nau
Quote CiliPadiSedap 29-4-2019 07:19 PM
Mungkin dia adq sawan think positive k?
Quote prettyuglybabe 29-4-2019 11:36 PM
overdose? heart attack?
Quote Marsyal Yau 29-4-2019 11:43 PM
dah sampai waktunya. takziah kepada keluarga mendiang.
Quote mamarock 30-4-2019 12:02 AM
Serangan Jantung?
Quote AyaqMeloSuam 30-4-2019 01:29 AM
Tjatuh then sawan mybe...

Or

Dia amik drug.. yalah nk berstamina & stressed...oberdosed
Quote haryatie 30-4-2019 07:39 AM
da smpai ajal nya

Quote Catpaw 30-4-2019 09:46 AM
terlebih kerja tak rehat ke
Quote MissVixen 30-4-2019 10:02 AM
Macam mana model ni semua tangani stress? Hari2 kena kritik fizikal diorang. Kesian.
Quote mieymiey 30-4-2019 10:08 AM
RIP. Ajal datang tanpa diduga
Quote cmf_shalom 30-4-2019 10:12 AM
Edited by cmf_shalom at 30-4-2019 10:17 AM

sisi gelap negara yg dikatakan maju dan bertamadun..

Dalam zaman moden sekarang....jangan lihat hamba abdi dari kaca mata tradisional sahaja..

RIP
kalau x ketemu damai didunia..semoga ketemu di alam sana...


Aku suka membaca kisah2 pengakuan mereka yg pernah tlibat dlm industri pornografi dan modelling....mmg menyedihkan...pada satu tahap..seolah2 mereka x dianggap sebagai manusia pun..
Quote rosasen 30-4-2019 10:46 AM
teringat kendall jenner yang exhausted sebab modelling ni
Quote kikuri 30-4-2019 10:49 AM
RIP...

overdose ke?
Quote missDollie 30-4-2019 10:53 AM
Kalo dah berbuih tu overdose la..
Quote dewi_rina 30-4-2019 10:56 AM
Ya ampun kurus nya
Jatuh tersembam terus mati
RIP

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 04:47 PM GMT+8 , Processed in 0.093554 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top