CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Polis Buru Individu Pecah Masuk Rumah Mayat, Sebar Gambar Mayat Emiliano Sala

29-4-2019 12:44 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3432| Komen: 5

Description: Polis sedang menyiasat bagaimana gambar mayat pemain Cardiff City, Emiliano Sala tersebar di Internet.Kredit foto: CNNMemetik Mirror, kejadian itu berlaku dua hari selepas bapa mendiang bintang Argent ...
Polis sedang menyiasat bagaimana gambar mayat pemain Cardiff City, Emiliano Sala tersebar di Internet.


Kredit foto: CNN


Memetik Mirror, kejadian itu berlaku dua hari selepas bapa mendiang bintang Argentina itu, Horacio, 58, meninggal dunia akibat serangan jantung.

Menurut sumber, kejadian itu menambahkan lagi kedukaan dihadapi keluarga Sala.


Bapa Sala
Kredit foto: Mirror/Getty Images

Penyerang berusia 28 tahun itu menaiki pesawat persendirian dari kelab Perancis ke pasukan barunya di Liga Perdana Inggeris, Cardiff City pada 21 Januari lalu sebelum hilang dari radar.


Mayatnya ditemui lebih dua minggu kemudian pada 6 Februari selepas pasukan mencari dan menyelamat menemui bangkai pesawat ringan berkenaan berhampiran pulau Guernsey.


Kredit foto: Mirror/Getty Images

Mayat mendiang kemudian dibawa ke rumah mayat Holly Tree Lodge di Bournemouth, Dorset sebelum dibedah siasat.

Menurut laporan, pihak polis percaya ada individu memecah masuk ke dalam rumah mayat berkenaan dan mengambil gambar mayat mendiang.

Polis Dorset dalam satu kenyataan berkata, gambar dipercayai mayat Sala telah disebarkan di media sosial dan pihaknya mengecam perbuatan jelik dilakukan individu tidak bermoral terbabit.

"Kami sedang menyiasat kejadian ini dan bekerjasama dengan beberapa agensi untuk menentukan bagaimana gambar itu diambil dan siapa yang bertanggungjawab," kata jurucakap polis.

Gambar berkenaan dimuat naik di Twitter sebelum ia segera dipadam.


Kredit foto: The Guardian

Sebelum ini, seorang penyokong Burnley FC, Gary Kay, 36, didakwa selepas memuat naik kenyataan jelik mengenai Sala di Twitter. - CARI
2

Bagus
2

Marah
5

Terkejut
9

Sedih
6

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (25 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote moonbug 29-4-2019 01:03 PM
Takde sensitiviti langsung yang buat tu
Quote 234126 29-4-2019 01:21 PM
Patah hati betul ayah dia ya. Sedih sangat news ni. Dia baru nak hidup senang tolong family.
Quote missinpiece 29-4-2019 02:28 PM
Pe la jenis manusia mcm ni punya perangai  
Quote MoFirdaus 29-4-2019 02:36 PM
moonbug: Takde sensitiviti langsung yang buat tu

Orang yg buat ni patut minta maaf kt keluarga mendiang Sala...
Quote Artemesiaa 29-4-2019 02:56 PM
Orang yang tak ada perasaan je suka buat benda macam ni

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 03:46 PM GMT+8 , Processed in 0.104260 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top