CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Suami Isteri Durjana Rogol, Rakam Dan Sebar Video Porno Kanak-kanak Termasuk Bayi

26-4-2019 01:35 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3959| Komen: 12

Description: Suami isteri dipenjara 60 tahun selepas didapati bersalah melakukan penderaan seksual terhadap 25 kanak-kanak termasuk bayi berusia lapan bulan di Texas.
Suami isteri dipenjara 60 tahun selepas didapati bersalah melakukan penderaan seksual terhadap 25 kanak-kanak termasuk bayi berusia lapan bulan di Texas.

Memetik METRO, mahkamah menjatukan hukuman itu terhadap Christopher Almaguer dan isteri, Sarah, kedua-duanya berusia 27 tahun pada Rabu.


Difahamkan, pasangan yang memiliki lima cahaya mata itu menyasarkan ahli keluarga sendiri, anak jagaan, dan kanak-kanak yang dikenali dari gereja serta anak jiran mereka di Killeen, Texas.


Kredit foto:METRO

Pendakwa John F Bash berkata, mereka bukan sahaja dirogol, malah semua serangan yang dilakukan ke atas mangsa dirakam suspek dan disebarkan di laman sosial.

Perbuatan jijik suspek terbongkar pada Februari 2018 apabila Pusat Kanak-kanak Hilang dan Dieksploitasi Kebangsaan memaklumkan pejabat peguam negara berhubung klip video terbabit.


Dikatakan, pihak Facebook telah membuat laporan mengenai salah seorang penggunanya yang memuat naik video porno kanak-kanak.

Siasatan mendapati pemilik akaun berkenaan merupakan seorang wanita bernama Sarah Almaguer yang telah memuat naik 15 klip video serangan seksual terhadap kanak-kanak termasuk bayi.

Serbuan yang dilakukan di rumah suspek juga menemui banyak video porno disimpan di dalam telefon pintar Sarah.

Lebih menjijikkan, wanita itu mengakui sudah lama menjalin hubungan dengan adik iparnya, Paul Perez, 25.

Katanya, adik kepada suaminya itu menghasutnya supaya mencabul mangsa dan meminta dia mengirimkan gambar serta video perlakuannya itu menerusi  Facebook Messenger.

Sarah juga menyimpan salah satu video di dalam salah satu akaunnya sendiri, yang mana kata laluannya diketahui Perez.

Sementara itu, Perez mengaku menerima klip berkenaan dan mahkamah memutuskan untuk menjatuhkan hukuman penjara 20 tahun terhadapnya. - CARI

Bagus
5

Marah

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (8 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote helicornia 26-4-2019 01:36 PM
27 tahun anak dah 5?
Quote shernazz 26-4-2019 02:16 PM
Ape yg dia buat kat baby 8bulan tu?
X tercapai dek akal la paedo ni buat..
Kesiannya baby n bebudak tu..
Quote umbut 26-4-2019 02:21 PM
Muka pun cam setan
Quote kroit92 26-4-2019 02:23 PM
celaka punye pedo

pedofilia, makhluk no 1 yang kena bunuh cepat2, sickos
Quote ikanmasin 26-4-2019 02:47 PM
sangat2 l*h*n*t diaorg..ptt bye2 jer
Quote Artemesiaa 26-4-2019 03:18 PM
Dasar mental hidup sendiri dah tonggang langang gigih nak rosakan kehidupan orang lain juga elok dihumban dalam kandang singa je
Quote Mamidingdong 26-4-2019 03:19 PM
selayaknya disulah je 2 ekor setan ni
Quote r_innalif 26-4-2019 03:22 PM
Ni la bila nafsu biasa dh x rs apa. Setan dn nfsu cr bnda bkn bkn. Ksian nsib bbudak dn bby tu.. sial
Quote prettyuglybabe 26-4-2019 03:27 PM
ummah sanjungan forum ni..
Quote arm_band 26-4-2019 04:10 PM
waras ke tidak, 2 ekor ni?
Quote Chairman 29-5-2019 02:30 PM
ni laki bini setan ni
Quote edakenot 29-5-2019 02:32 PM
gila ke apa 2 ekor ni? jahat nak mampus

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 09:00 AM GMT+8 , Processed in 0.056121 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top