View: 2476|Reply: 12
|
Suami Isteri Durjana Rogol, Rakam Dan Sebar Video Porno Kanak-kanak Termasuk Bay
[Copy link]
|
|
Suami isteri dipenjara 60 tahun selepas didapati bersalah melakukan penderaan seksual terhadap 25 kanak-kanak termasuk bayi berusia lapan bulan di Texas.
Memetik METRO, mahkamah menjatukan hukuman itu terhadap Christopher Almaguer dan isteri, Sarah, kedua-duanya berusia 27 tahun pada Rabu.
Difahamkan, pasangan yang memiliki lima cahaya mata itu menyasarkan ahli keluarga sendiri, anak jagaan, dan kanak-kanak yang dikenali dari gereja serta anak jiran mereka di Killeen, Texas.
Kredit foto:METRO
Pendakwa John F Bash berkata, mereka bukan sahaja dirogol, malah semua serangan yang dilakukan ke atas mangsa dirakam suspek dan disebarkan di laman sosial.
Perbuatan jijik suspek terbongkar pada Februari 2018 apabila Pusat Kanak-kanak Hilang dan Dieksploitasi Kebangsaan memaklumkan pejabat peguam negara berhubung klip video terbabit.
Dikatakan, pihak Facebook telah membuat laporan mengenai salah seorang penggunanya yang memuat naik video porno kanak-kanak.
Siasatan mendapati pemilik akaun berkenaan merupakan seorang wanita bernama Sarah Almaguer yang telah memuat naik 15 klip video serangan seksual terhadap kanak-kanak termasuk bayi.
Serbuan yang dilakukan di rumah suspek juga menemui banyak video porno disimpan di dalam telefon pintar Sarah.
Lebih menjijikkan, wanita itu mengakui sudah lama menjalin hubungan dengan adik iparnya, Paul Perez, 25.
Katanya, adik kepada suaminya itu menghasutnya supaya mencabul mangsa dan meminta dia mengirimkan gambar serta video perlakuannya itu menerusi Facebook Messenger.
Sarah juga menyimpan salah satu video di dalam salah satu akaunnya sendiri, yang mana kata laluannya diketahui Perez.
Sementara itu, Perez mengaku menerima klip berkenaan dan mahkamah memutuskan untuk menjatuhkan hukuman penjara 20 tahun terhadapnya. - CARI |
Rate
-
2
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Ape yg dia buat kat baby 8bulan tu?
X tercapai dek akal la paedo ni buat..
Kesiannya baby n bebudak tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
sangat2 l*h*n*t diaorg..ptt bye2 jer |
|
|
|
|
|
|
|
Dasar mental hidup sendiri dah tonggang langang gigih nak rosakan kehidupan orang lain juga elok dihumban dalam kandang singa je |
|
|
|
|
|
|
|
selayaknya disulah je 2 ekor setan ni |
|
|
|
|
|
|
|
Ni la bila nafsu biasa dh x rs apa. Setan dn nfsu cr bnda bkn bkn. Ksian nsib bbudak dn bby tu.. sial |
|
|
|
|
|
|
|
ummah sanjungan forum ni..
|
|
|
|
|
|
|
|
waras ke tidak, 2 ekor ni? |
|
|
|
|
|
|
|
gila ke apa 2 ekor ni? jahat nak mampus |
|
|
|
|
|
|
| |
|