CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Disangka Dirasuk, Budak Dua Tahun Kritikal Dicampak Atuk Dalam Ketuhar Panas

25-4-2019 12:44 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4194| Komen: 20

Description: Bahana arak, lelaki tergamak mencampak cucunya berusia dua tahun ke dalam ketuhar panas kerana mendakwa cucunya dirasuk.
Bahana arak, lelaki tergamak mencampak cucunya berusia dua tahun ke dalam ketuhar panas kerana mendakwa cucunya dirasuk.



Memetik Daily Mail, kanak-kanak lelaki dari Omsk, Rusia itu kini dilaporkan kritikal akibat melecur 50 peratus anggota badan.

Mangsa terpaksa dikomakan dan bergantung pada alat bantuan pernafasan di unit rawatan rapi (ICU).



Jurucakap jabatan kesihatan daerah Omsk, Svetlana Ospennikov berkata, ianya terlalu awal untuk membuat sebarang ramalan memandangkan keadaan mangsa masih kritikal.

Menurutnya, keadaan mangsa mungkin boleh menjadi semakin buruk dalam masa empat hari, namun pasukan perubatan sedang berusaha mengurangkan kesengsaraan dihadapi kanak-kanak itu.


Suspek berusia 53 tahun itu dilaporkan berada dalam keadaan mabuk ketika minum arak bersama isterinya sebelum mendakwa melihat iblis di dalam diri mangsa.



Ketika kejadian, pasangan itu dikatakan sedang menjaga cucu mereka sementara ibunya, Irina Andreeva bekerja.

Difahamkan, suspek merampas kanak-kanak berkenaan daripada isterinya dan menghalau wanita itu keluar rumah sebelum menyumbat mangsa ke dalam ketuhar dengan niat membunuhnya.



Menurut laporan, nenek mangsa dan seorang jiran berjaya masuk ke dalam rumah dan mengeluarkan kanak-kanak itu dari ketuhar berkenaan.


Maxim Sagalakov, 11 bulan
Foto: Daily Mail

Ia kejadian kedua berlaku di Rusia dalam masa tiga bulan. Pada Januari, bayi berusia 11 bulan maut dipanggang hidup-hidup oleh datuk dan neneknya hingga rentung. - CARI

Bagus
1

Marah
1

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ms.mango 25-4-2019 01:30 PM
Ya Allah kesiannyaaaaa
Quote allysumc 25-4-2019 01:44 PM
Hanat punya atok. Ko la yg kena rasuk bodoh
Quote nisako 25-4-2019 01:56 PM
adui siannye budak tu....
Quote Burong_Hantuk 25-4-2019 02:00 PM
Mental punya atok
Quote ell768 25-4-2019 02:07 PM
mabuk laa ni..bodoh punya org tua..mati awal2 taknak
Quote moonbug 25-4-2019 02:24 PM
Sebelum baca artikel dah terdetik dalam hati, kat Russia ke? yang kes atuk nenek mabuk panggang cucu dalam oven tu pun Russia jugak kan
Quote kroit92 25-4-2019 03:23 PM
arak, mabuk
Quote Artemesiaa 25-4-2019 03:48 PM
Bahayanya orang tengah mabuk ni sama macam mat pet jugak
Quote manzilla 25-4-2019 04:08 PM
Nanti ada setan-setan cakap, "ini bukan salah arak, bukan salah mabuk. Tidak mengapa minum dan mabuk asalkan tidak bunuh orang. Yang tak minum arak tapi bunuh orang, ada kamu kesah?"
Quote Yorimimiko 25-4-2019 05:38 PM
Kesiannya, kita yg terkena kuali panas sikit pun dah macam apa, lagi la kena campak dalam oven. Terus teringat fairy tale Hansel and Gretel, witch kanibal panggang budak2 dalam oven {:freak
Quote jengkoil 25-4-2019 05:57 PM
benda boleh perosak idup (bukan mengikut turutan)

- Judi
- Arak
- Dadah
- Pompuan
Quote LautBiru52 25-4-2019 06:31 PM
Ya Allah. Azab nya baby tu kena bakar hidup2
Quote arm_band 25-4-2019 06:41 PM
ehhhh atok ni  
Quote sukacactus 25-4-2019 07:11 PM
Elok atok yg masuk sdr dlm oven tu
Mmg xguna!
Quote ikanmasin 25-4-2019 08:01 PM
kerana arak mnm tak ingat dunia.last2 mata tu nampak benda lain
dah sedar baru tau bakar cucu sendiri..kesian 2 kes dr rusia pl tu..
Quote sehirkedi 25-4-2019 08:05 PM
Padah togok vodka..kesian baby tu...
Quote sehirkedi 25-4-2019 08:05 PM
Padah togok vodka..kesian baby tu...
Quote 234126 25-4-2019 09:25 PM
Kita tercelup jari kena air mendidih dlm kettle electric pun dah menggelupur kejap. Ini kan kena humban nak panggang. Pedih tersiat kulit oiiiii. Kejamnyaaaaa
Quote diss69 25-4-2019 09:45 PM
Ya Allah kesiannya..

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 12:26 AM GMT+8 , Processed in 0.072975 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top