CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

'Konon Belajar Agama...' - Iqram Dinzly Gesa Pendakwah Muda Henti Suka Hati Jatuh Hukum

24-4-2019 12:32 PM| Diterbitkan: Lilrose| Dilihat: 3300| Komen: 10|Original author: Oleh: LilRose

Description: Tiada manusia yang sempurna dan bebas dari dosa. Pelakon Iqram Dinzly mengkritik tindakan segelintir pendakwah selebriti yang disifatkannya mudah menjatuhkan hukum atas kesilapan orang lain.
Tiada manusia yang sempurna dan bebas dari dosa. Pelakon Iqram Dinzly mengkritik tindakan segelintir pendakwah selebriti yang disifatkannya mudah menjatuhkan hukum atas kesilapan orang lain.


Kredit foto: Gincu Gula

Dalam temu ramah bersama mStar Online, Iqram menegaskan sebagai individu mendalami ilmu agama, mereka sepatutnya memberi penerangan berlandaskan ilmu yang ada, bukan mengadili dengan sesuka hati.

"Pendakwah muda, jangan sesuka hati nak keluarkan dalil dan menjatuhkan hukum atas kesilapan orang lain secara terbuka.

"Anak muda kita banyak belajar daripada media sosial, bukan berguru secara berdepan dan bahaya jika mereka ambil bulat-bulat isinya tanpa mengetahui maksud sebenar yang cuba disampaikan," ujarnya.

Iqram juga meluahkan rasa terkilan terhadap segelintir pendakwah yang suka menghentam orang secara terbuka.



Kredit foto: mStar Online

"Konon belajar agama, tapi buat maksiat tipu orang sana sini. Apa tu?" soalnya.

Dalam masa sama, Iqram menggesa golongan pendakwa mendekati golongan 'pendosa' untuk mengenali mereka secara menyeluruh, bukan hanya menilainya berdasarkan apa yang ditunjukkan di media sosial saja.

"Tiada manusia yang sempurna dan pasti ada buat salah dalam hidup. Sebaiknya, pendakwah muda ini cuba dekati mereka ini terlebih dahulu," katanya. - CARI
1

Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (4 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • kroit92

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nura19 24-4-2019 01:24 PM
Ade betul nye jgk ape yg iqram ckp...
Quote mieymiey 24-4-2019 01:27 PM
Anak muda kita banyak belajar daripada media sosial


Tau pun tapi yang ko sendiri tak senonoh kat ig dah kenapa?
Quote Redhead 24-4-2019 01:28 PM
PU, Dai ustaz segera ni harus di hapus kan.. klau tidak rosak umat agama dan bangsa.. klau betul nak jd ustaz pergi apply betul2 dkt majlis agama duduk exam bagai..
Quote mohdcrow 24-4-2019 02:01 PM
Nasihat tu betul dah...tapi datang dari orang yg salah jugak...so 2X5 jerlah
Quote RatuDunia94 24-4-2019 02:15 PM
X salah nk nasihat org tp kena tengok dulu diri sendiri betul ke tidak.. otherwise simpan utk diri sendiri je lah..
Quote tagas 24-4-2019 02:36 PM
wartawan sampah ni dah takde retis yg suaman sket ke nak di wawancara

gi tanye retis giler isim ni buang karen jer
Quote cikatilia 24-4-2019 02:44 PM
mcm mencari salah org2 agama aje dia ni

dah la mcm xbaper nak centre sejak akhir2 ni

Quote hzln 24-4-2019 02:55 PM
Hek eleh suruh org agama dekati org2 mcm dia secara direct bukan acah2 menilai dan menghukum takat apa yg terpapar di media sosial saja
Weh lahnat, mupti wilayah, diulang MUPTI WILAYAH, bukan golongan setad2 mee segera, bukan tok bilal kampong, bukan lekeh2 punya level ajak jumpa elok2, nak tanya apa masalah ko, apa yg dia bulih tulung....punya org tu prihatin dgn ko
Ko tolak mentah2
Kena jaga mak, kunun mak dlm edah
Tup2 bbrp hari pastuh helok jah munculkan diri kat melodi, takleh tinggal mak dlm edah kununnnn
Poooodahhhh!
Quote anilanil 24-4-2019 04:12 PM
Rasanya iqram ada jumpa jugak mufti dan dapat hadiah arnab..
Quote kenarikelabu 25-4-2019 10:10 AM

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 12:34 AM GMT+8 , Processed in 0.047976 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top