CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Parah Ditetak Sebab Tak Bagi Abang Duit

23-4-2019 02:48 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2091| Komen: 3

Description: Lelaki parah ditetak abang dengan parang selepas mengacuhkan suspek yang meminta sejumlah wang daripadanya.
Lelaki parah ditetak abang dengan parang selepas mengacuhkan suspek yang meminta sejumlah wang daripadanya.

Menurut Harian Metro, kejadian berlaku di Kampung Baru Bahagia, Anak Musang, di Jerteh,jam 1.30 petang, kelmarin.


Difahamkan, ketika kejadian mangsa, 26, berada di rumah bersama abangnya berusia 33 tahun sebelum mereka bertengkar.


Gambar Hiasan

Menurut Ketua Polis Daerah Besut Superintendan Mohd Zamri Mohd Rowi, pihaknya percaya kejadian berpunca apabila mangsa mengabaikan permintaan suspek yang mahu sejumlah wang.

Berang permintaannya diacuhkan, suspek mengambil parang dan menetak pergelangan tangan kiri mangsa sebelum melarikan diri.

Bapa mereka berusia 69 tahun yang menyedari kekecohan berlaku membawa mangsa ke Hospital Besut sebelum lelaki itu dipindahkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian.


Tambahnya, bapa mangsa membuat laporan polis berhubung kejadian itu di Balai Polis Jerteh semalam untuk tindakan.

Suspek kini dalam buruan dan kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan cedera parah menggunakan senjata atau lain-lain benda berbahaya. - CARI
1

Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 23-4-2019 02:53 PM
Dadih ke??????
Quote Rainrein 23-4-2019 03:15 PM
Taik dadah lettew
Quote arm_band 24-4-2019 01:58 PM
walapun artikel kat bagitau, tapi mesti dia ambik barang kan. dengan tak malunya mintak duit kat adik pastu diparangnya pulak budak tu. sila mereput

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 06:26 AM GMT+8 , Processed in 0.048642 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top