CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Maut Dikapak Anak Hanya Kerana Terpijak Iphone

24-4-2019 01:43 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 5942| Komen: 27

Description: Seorang lelaki maut ditetak anaknya dengan parang hanya kerana terpijak iPhone suspek pada Jumaat lalu.
Seorang lelaki maut ditetak anaknya dengan parang hanya kerana terpijak iPhone suspek pada Jumaat lalu.



Memetik Khmer Times, jurucakap polis daerah Svay Antor, Kapten Chuon Samnang berkata, kedua-dua beranak yang juga petani itu tinggal bersama di Damrey Poun di wilayah Prey Veng, Kemboja.

Katanya, sekitar jam 7 malam, Leng Huon, 23, bersama tiga rakannya meminum arak dan memasang muzik dengan kuat hingga tengah malam.

Siasatan awal mendapati, suspek yang mabuk terjatuhkan iPhonenya di atas lantai di luar rumah itu sebelum mangsa, Leng Sao, 50, keluar dari biliknya kerana tidak boleh tidur akibat bunyi bising dan terpijak iPhone berkenaan.



Sejurus itu, Huon dikatakan menjerit memarahi bapanya hingga berlaku pertengkaran sebelum mangsa menendang bahagian belakang suspek sebanyak tiga kali.

Berang ditendang dan telefon bimbitnya dipijak, suspek mengambil kapak, lalu menetak mangsa di kepala, leher dan dada menyebabkan mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian akibat pendarahan serius di leher dan dada.


Foto: AsiaWire

Selepas membunuh bapanya, suspek dilaporkan melarikan diri, namun berjaya ditahan polis jam 3 pagi pada Sabtu dan kes masih dalam siasatan.

Pihak berkuasa mengesahkan Huon didakwa atas kesalahan membunuh dan berdepan hukuman penjara hingga 15 tahun, jika sabit kesalahan.  - CARI
1

Bagus
1

Marah
2

Terkejut
1

Sedih
2

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (8 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cupu 24-4-2019 01:46 PM
Sadisnya...dh berita ni mmg tak mustahil jgk utk berlaku di mana mana
Quote dino 24-4-2019 01:47 PM
klau terpijak phone samsung takde la marah sgt bdk tuh
Quote prettyuglybabe 24-4-2019 02:17 PM
betul la.. hanya orang miskin pakai ipong
Quote tumpanglalu74 24-4-2019 02:27 PM
prettyuglybabe replied at 24-4-2019 02:17 PM
betul la.. hanya orang miskin pakai ipong

Tapi tak hingin pon aifon..

Aku heran nape takde orang nak buat brand Uphone saje perli..

Nah OST:

[youtube]E7q_wbbwGyU[/youtube]


Quote moonbug 24-4-2019 02:40 PM
Petani moden mampu pakai iphone
Quote matjerk 24-4-2019 03:20 PM
dino: klau terpijak phone samsung takde la marah sgt bdk tuh

Kalu samsung maybe di ewwww kan je kot?
Quote matjerk 24-4-2019 03:21 PM
prettyuglybabe: betul la.. hanya orang miskin pakai ipong

Setaraf LeMaK je rupanya..
Quote Artemesiaa 24-4-2019 03:24 PM
Bahaya orang mabuk ni membunuh pun dia sanggup
Quote myoujin 24-4-2019 03:29 PM
La.. Ingatkan dino tadi..
Quote dino 24-4-2019 03:30 PM
myoujin replied at 24-4-2019 03:29 PM
La.. Ingatkan dino tadi..

haha... iols tak sebengap ittew
Quote puteribaya 24-4-2019 03:41 PM
dino replied at 24-4-2019 01:47 PM
klau terpijak phone samsung takde la marah sgt bdk tuh

teringat seseorang..samsung?eeeuww
Quote sukacactus 24-4-2019 03:42 PM
1. Sebab mabuk
2. Sebab ipong
Quote EvieWanKenobi 24-4-2019 03:45 PM
hanya kerana iPon..
Quote haryatie 24-4-2019 03:57 PM
kalau da mabuk apa pun x ingat
Quote pavlovachoc 24-4-2019 04:25 PM
kesian nya
Quote HannahMontana 24-4-2019 04:31 PM
U crave for the brand? Poor bloody hell
Quote gujiwa 24-4-2019 04:37 PM
mabuk.. tak sedar diri..
Quote Jorja 24-4-2019 06:48 PM
Orang mabuk ni memang jahanam. Dah la mulut bau busuk perangai mcm setan.
Quote matamata 24-4-2019 07:05 PM
bunuh sbb mabuk ni...bkn sbb iphone sgt pon

Lihat semua komen(27)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 05:47 PM GMT+8 , Processed in 0.426644 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top