CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Sekitar Majlis Perkahwinan YTM Kelantan, Dr Tengku Muhammad Dan Che Puan Sofie Disambut Meriah!

27-4-2019 09:57 AM| Diterbitkan: bawangkecik| Dilihat: 4042| Komen: 0|Original author: Oleh: intan

Description: Baru-baru ini, berlangsungnya perkahwinan diraja antara YTM Tengku Mahkota Kelantan, Dr Tengku Muhammad Fa-Iz Petra Ibni Sultan Ismail Petra bersama isteri tercinta Che Puan Sofie Louise Johansson yan ...
Baru-baru ini, berlangsungnya perkahwinan diraja antara YTM Tengku Mahkota Kelantan, Dr Tengku Muhammad Fa-Iz Petra Ibni Sultan Ismail Petra bersama isteri tercinta Che Puan Sofie Louise Johansson yang disambut meriah dan penuh kesyukuran.






Walaupun disambut serba sederhana tidak seperti bekas Agong terdahulu, Sultan Muhammad ke-V, ianya diraikan dengan penuh meriah dan telah berlangsung di Istana Balai Besar, Kota Bharu pada 19 April lalu.



Ianya diserikan lagi dengan keberangkatan DYMM Sultan Ismail Petra serta YMM Raja Perempuan Tungku Anis, YAM Tengku Amalin Aishah Putri serta kerabat lainnya.



Selain itu dif-dif kehormat lain yang dilihat hadir di majlis keramaian tersebut antaranya ialah Menteri Besar Kelantan, timbalan menteri besar serta exco kerajaan negeri.

Pasangan diraja itu cantik berseri dengan persalinan serba putih suci untuk upacara akad nikah dan selamat diijab kabulkan oleh YB Dato' Seri Paduka Raja Ketua Hakim Syarie, Dato' Aria Diraja Haji Daud Mohamad.




Kemudian, untuk istiadat menyarung cincin, kedua-dua mempelai menggayakan persalinan coklat muda. Untuk upacara bersanding hanya 300 ahli kerabat terdekat dan kenalan rapat dijemput untuk memeriahkan majlis. 



Sedikit info mengenai Cik Puan Sofie yang berusia 33 tahun berasal dari Sweden merupakan kenalan lama Tengku Muhammad Fa-Iz. Semoga berbahagia hendaknya. - CARI
2

Bagus

Marah
3

Terkejut
3

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (8 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-5-2024 10:44 PM GMT+8 , Processed in 0.103385 second(s), 22 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top