CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Senator DAP Cadang Malaysia Buka Kedutaan Di Israel, Gugur Identiti Kaum

29-4-2019 05:33 PM| Diterbitkan: hussaini4675| Dilihat: 7363| Komen: 67|Original author: Oleh: Tukang Tulis

Description: Ahli Dewan Negara dari DAP, Senator Nga Hock Cheh mencetuskan kemarahan umat Islam di Malaysia apabila mencadangkan supaya kerajaan membuka kedutaan di Israel.
Umat Islam di Malaysia bersolidariti dengan rakyat Palestin menentang Israel. 

Kredit foto: Carian Google

Ahli Dewan Negara dari DAP, Senator Nga Hock Cheh mencetuskan kemarahan umat Islam di Malaysia apabila mencadangkan supaya kerajaan membuka kedutaan di Israel.

Cadangan itu dikemukakan beliau ketika membahaskan usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong dalam sidang Dewan Negara pada 24 April lalu.


Nga Hock Cheh. 
Kredit foto: Carian Google

Hock Cheh memberi alasan langkah membuka kedutaan di Israel dan Palestin akan membantu usaha Malaysia merintis kedamaian di wilayah yang bergolak itu.


Beliau juga menyatakan hubungan baik dengan Israel akan membantu Malaysia untuk memajukan industri pertanian berteknologi tinggi. 


Kredit foto: Penyata rasmi Dewan Negara

Kredit foto: Penyata rasmi Dewan Negara

Beliau turut menimbulkan reaksi kurang senang masyarakat pelbagai kaum apabila mencadangkan agar identiti kaum digugurkan daripada sijil kelahiran dan kad pengenalan bayi warga Malaysia yang baru dilahirkan.


Kredit foto: Penyata rasmi Dewan Rakyat

Dua cadangan kontroversi oleh Hock Cheh itu menerima bantahan keras pelbagai pihak termasuk daripada Setiausaha Politik kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak.

Beliau menasihatkan DAP supaya menegur dan mendidik senator yang mewakili parti itu demi perpaduan dan kesejahteraan kaum di negara ini.


Kredit foto: Facebook

Setiap ahli politik sepatutnya memikirkan tentang sensitiviti masyarakat pelbagai kaum dan agama di negara ini sebelum mengeluarkan sebarang cadangan atau kenyataan. - CARI

Bagus

Marah
2

Terkejut

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (4 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rastaf 29-4-2019 05:37 PM
Dap dah mula tunjuk taring.tak sampai setahun dah macam2  nak dirombak
Quote Muntz 29-4-2019 05:37 PM
Ada eloknya jugak dia cakap cmni. Supaya pas ni makin ramai lebih terbuka utk bincang perkara2 yg dianggap sensitif sebelum ni. Takkan nak mcm tu jer sampai bila2.
Quote cmf_shalom 29-4-2019 05:43 PM
Edited by cmf_shalom at 29-4-2019 05:46 PM

Sebenarnya..aku keliru dengan dasar Kerajaan malaysia dalam isu ni...


Pertama..Malaysia katanya menyokong pelan damai

Tapi kedua...Malaysia nampak sangat anti-israel..


So aku tak nampak apa fungsi Malaysia untuk menjayakan pelan damai kalau awal2 mcm berdendam jak

Dan sebetulnya, selama ini kt Malaysia..sentimen pasal krisis Palestine-Israel didominasikan oleh orang melayu...aku bukan cakap Islam..tapi melayu..sebab apa yang peratikan..gol mualaf eg cina..tidak berbawa2 sangat sentimen melayu ni

Quote arnauld 29-4-2019 05:53 PM
Kita setuju sngt2 tepat dgn konsep rahmatanlilalamin hehehe hehehe hehehe hehehe hehehe
Quote Buritan 29-4-2019 05:55 PM
Ko duduk ajelaa kat israel tui.. korang suke pd israel.. israel baik kat hampa.. pi la bwk bundut pi sana..
Quote Buritan 29-4-2019 05:56 PM
rastaf replied at 29-4-2019 05:37 PM
Dap dah mula tunjuk taring.tak sampai setahun dah macam2  nak dirombak

Ape kata pi je duk kat yisrael tuu..hampa suke pd israel..
Quote keds 29-4-2019 06:20 PM
Wow wow wow
Quote tobby 29-4-2019 06:22 PM
rastaf replied at 29-4-2019 05:37 PM
Dap dah mula tunjuk taring.tak sampai setahun dah macam2  nak dirombak

berapa lama dorg nak simpan true color dorg.   msian msia....lgbt, islam liberal semua tu
Quote tobby 29-4-2019 06:23 PM
lagi satu true color dorg ialah nakkan negara ni jadi republic.  tgk saja komen2 penyokong mrk di msiakini & the star.
Quote hitam_manis 29-4-2019 06:46 PM
Sepet DAPee sial.
Quote dess402 29-4-2019 06:51 PM
tapi puas aku cari dalil hukum maupun sunnah yg kata Islam perlu perangi yahudi .  perang tu konsep lain .  dulu zaman rasuallah saw pun depa aman2 jerk berdagang .
Quote saripdolmat 29-4-2019 06:53 PM
X perlulah sembah ratu sampai nak buka kedutaan. Buat biashe2 sudah. Jgn cari gadoh sudah
Quote Bedah.Cun 29-4-2019 07:35 PM
Bolehlah impot si pulautedel dengan set2 hangit kuil tue duk kat Israel sana makan kebab. Semak jer duk bukak kuil ke hulu ke hilir. Pegi bantai Yahudi monotheist pulak, bukak kuil kat dalam sinagog deme toh. Toh pon kalaw kaw hader telo lah. Berani ngn org Melayu jer dasar sampah masyarakat benua
Quote kelapaparut 29-4-2019 07:49 PM
Tp jordan n egypt ade hubungan politik gak kan dgn israel, turkey pun same..so i xtaulah bende ni jd issue ke x, kalu nak bukak boleh kot tp taraf wakil diplomatik je kot, ye la kdg2 org kite nak pi jerusalem jugak al aqsa kne lalu israel kan
Quote kelapaparut 29-4-2019 07:52 PM
Dlm alquran pun kate bangse nasrani pun xleh dipercayai gak mcm ummah christian, tp kite ok2 je dgn negare2 kapir nasrani ni, boleh je ade kedutaan segale mcm kat us uk italy, ke i salah konsep mmm ntahla
Quote Catpaw 30-4-2019 09:50 AM
Dah nak mereput duk Malaysia pun tak tahu lagi isu sensitif kat sini, eh org Malaysia ke ni
Quote Simunggu 30-4-2019 10:05 AM
satu persatu...selamat menyambut malaysia baru maaf dzahir & bathin..
Quote RatuDunia94 30-4-2019 11:02 AM
Why not kan??
Mohon lps ni kerajaan PH menghapuskan fatwa perempuan muslim x boleh join ratu cantik.
Quote gujiwa 30-4-2019 11:07 AM
why not.. dulu mahathir yang tak bagi.. skrg biar la dia yang bukak pulak..

Lihat semua komen(67)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 06:16 AM GMT+8 , Processed in 0.067551 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top