CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Simbah Petrol, Bakar Bini Angkara Cemburu Buta

30-4-2019 03:51 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2416| Komen: 9

Description: Lelaki berusia 45 tahun tergamak menyimbah petrol sebelum membakar isterinya angkara cemburu buta.
Lelaki berusia 45 tahun tergamak menyimbah petrol sebelum membakar isterinya angkara cemburu buta.

Harian Metro melaporkan, kejadian jam 7 pagi di Taman Krubong Permai, Melaka, semalam menyebabkan mangsa terbakar kira-kira 70 peratus.


Difahamkan, minyak petro yang digunakan dalam kejadian diambil dari tangki motosikal milik isterinya.


Gambar Hiasan

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri Asisten Komisioner Mohd Nor Yhazid Idris mengesahkan kejadian berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian daripada hospital jam 7.45 pagi.

Menurutnya, mereka dimaklumkan terdapat wanita berusia 39 tahun di zon merah Hospital Melaka, disyaki dibakar suaminya.

Ekoran itu, sepasukan polis Cawangan Jabatan Siasatan Jenayah (D9) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah dikerahkan bagi mengesan suspek.

Lelaki itu kemudian ditahan di tepi sungai berhampiran bekas tempat pelupusan sampah, kira-kira jam 3 petang.


Suspek yang hanya berseluar pendek dikatakan cuba melarikan diri ke kawasan semak sebaik anggota memperkenalkan diri.

Soal siasat mendapati lelaki itu baru dibebaskan dari Penjara Sungai Udang pada 17 April lalu dan mengaku membakar isterinya kerana menyangka mangsa berhubungan sulit dengan lelaki lain selain berada di bawah pengaruh dadah dan alkohol ketika kejadian.

“Ujian saringan air kencing mendapati suspek positif Methamphetamine dan mempunyai enam rekod lampau,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote batmana 30-4-2019 03:58 PM
apa punya manusia la...
Quote ctaz 30-4-2019 04:05 PM
taik dadah...
memeng dah tak der otak....
Quote jazaa100 30-4-2019 05:35 PM
Kenapa lah kau tak mampuss je dlm penjara.....
Quote LautBiru52 30-4-2019 05:41 PM
Baru je keluar penjara ko pegi bakar isteri pulak. Ape binatang sgt ko ni
Quote matchstick 2-5-2019 01:46 PM
Minyak petrol pun ehsan drpd motosikal bini.. Dasar biawak tahi dadah
Quote gaara_X 2-5-2019 02:41 PM
ermmmm...dah amik dadah..cam nie laa pengakhirannya...
Quote maya_mahsuri 2-5-2019 04:25 PM
Jahatnya sampai bakar isteri. Elok bercerai ja lah si bini tu
Quote lee_sakura 2-5-2019 04:27 PM
kalo dh tahi dadah tu mmg perangai cam setan la
Quote diss69 2-5-2019 04:28 PM
Kenapa bukan dia yg mati terbakar... Kejammmnya..

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 08:52 PM GMT+8 , Processed in 0.366379 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top