CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Guru Rebah Dan Meninggal Dunia Selepas Bertengkar Di Sekolah

30-4-2019 05:03 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4352| Komen: 10

Description: Seorang guru sekolah rendah di York rebah dan meninggal dunia selepas ditengking bapa salah seorang murid sekolah berkenaan.
Seorang guru sekolah rendah di York rebah dan meninggal dunia selepas ditengking bapa salah seorang murid sekolah berkenaan.

METRO melaporkan, mangsa, Karen Doyle, 56, ditengking Simon Foster yang mengugut akan mencari wanita itu di rumahnya ketika datang dalam keadaan marah-marah dan mula mengamuk di sekolah berkenaan pada 12 November tahun lalu.




Karen dikatakan pitam dan rebah sebelum dikejarkan ke hospital, di mana dia disahkan meninggal dunia beberapa hari kemudian.

Dalam sesi pendengaran, mahkamah diberitahu sebelum mangsa rebah, Foster mengugut akan memecahkan pintu dan tingkap dengan menggunakan kapak dan sebuah kerusi.

Mahkamah memutuskan untuk menjatuhkan hukuman penjara 18 minggu selepas Foster mengaku bersalah membuat ugutan dan berkelakuan agresif terhadap tiga staf sekolah berkenaan.

Pendakwa Martin Butterworth berkata, defendan tampil di Haxby Road Primary Academy di York dan mula menakut-nakuti kakitangan sekolah.



Kredit foto: METRO

Difahamkan, salah seorang staf berjaya menenangkan lelaki itu, namun situasi menjadi lebih tegang sebaik Karen mengarahkan kerani penyambut tetamu menghubungi talian kecemasan 999.

Bagaimanapun, Butterworth menjelaskan tiada bukti menunjukkan kematian Karen bersangkut paut dengan insiden itu.

Sementara itu, peguam Steve Munro memohon supaya hukuman ke atas anak guamnya dikurangkan dengan alasan Foster menyesal dengan tindakannya dan mengaku hilang kawalan akibat gagal mengawal emosi.

Tambahnya, insiden itu tidak membabitkan pergaduhan fizikal selain tiada senjata digunakan. - CARI
1

Bagus
2

Marah
3

Terkejut
5

Sedih
1

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (14 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • natrahn

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote umbut 30-4-2019 05:22 PM
Heart attack mungkin. Dah ko ugut ganas.. berderau jantung
Quote Artemesiaa 30-4-2019 05:25 PM
Ada sakit jantung mungkin terperanjat kena tengking
Quote tri-max 30-4-2019 05:27 PM
boleh la sabit kesalahan kan
mengugut kira jenayah even blom commit pon
kesian teacher nih, mengajar da la stress lagi nak bergaduh ngan parents plak

Quote EvieWanKenobi 30-4-2019 06:17 PM
marah seminit hingga menyebabkan
orang lain hilang nyawa..
Quote moonbug 30-4-2019 06:50 PM
18 minggu je penjara
Quote CiliPadiSedap 30-4-2019 08:26 PM
Dah lah cikgu malaysia stress kena pjj kau pula boleh tengking2 camtu? Kau siapa bro?

-Lan Todak-
-Selamat hari pekerja kepada semua warga cariforum kecuali sis vokuru
Quote DeeHanania 1-5-2019 10:23 PM
Kena serangan jantung nie
Tumpang simpati
Marah x bertempat
Quote natrahn 27-6-2019 03:59 PM
marah sangat nih
Quote Chairman 18-7-2019 09:38 AM
cikgu tu terkejut yg amat kot sbb kene ugut cmtu sekali
Quote sranua 18-7-2019 09:44 AM
Risau aku tgk ibu bapa student yang lebih-lebih mengamuk tak boleh cuit lansung anaknya. Kat Malaysia pun sama je....itu yg agak persatuan guru2 nak mintak pencen awal....stress sampai boleh meninggal.

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 04:47 AM GMT+8 , Processed in 0.105285 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top