CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Gara-gara Snapchat, Gadis Muda Terkorban Nahas Kemalangan Jalan Raya

3-5-2019 10:54 AM| Diterbitkan: taniabecks92| Dilihat: 5436| Komen: 25|Original author: Oleh: Nia M

Description: Ramai yang lalai dengan telefon bimbit ketika memandu. Kebanyakannya terlalu mengambil mudah akan bahaya yang menanti sekiranya tidak memberikan fokus sepenuhnya sewaktu memandu.
Ramai yang lalai dengan telefon bimbit ketika memandu. Kebanyakannya terlalu mengambil mudah akan bahaya yang menanti sekiranya tidak memberikan fokus sepenuhnya sewaktu memandu.

Seorang gadis berusia 21 tahun dari Queensland, Shania McNeille, sedang menggayakan posisi bergambar apabila tiba-tiba keretanya dirempuh dari arah bertentangan.


Kredit foto: Facebook

Detik-detik sebelum kematiannya sempat dirakamkan melalui perisian Snapchat dan dikongsikan oleh rakannya, Faeda Hunter yang merupakan salah seorang penumpang kereta Suzuki dipandu Shania.

Kemalangan itu telah mengakibatkan Shania terbunuh, manakala lima lagi penumpang mengalami kecederaan. Pihak polis tiba di lokasi kemalangan pada jam 1.15 pagi, namun Shania tidak sempat diselamatkan walaupun setelah bantuan pernafasan (CPR) diberikan. 



Kredit foto:  Snapchat

Dalam rakaman video tersebut, Shania sedang duduk di tempat duduk pemandu dan sedang mengambil swafoto. Namun, tiba-tiba kedengaran bunyi enjin yang sangat kuat dan salah seorang penumpang menjerit nama Shania.

Setelah itu, ekspresi wajah Shania yang gembira bertukar terkejut dan ketakutan sebelum kameranya terlepas dan jatuh ke bawah.

Video yang tersebar di media sosial itu dimuat naik sekitar waktu kemalangan berlaku dan kini berada di bawah siasatan pihak polis. - CARI

Bagus
1

Marah
2

Terkejut
3

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 3-5-2019 10:56 AM
Cantik tak semestinya bijak
Quote tungkai 3-5-2019 11:22 AM
Tengok gambar tu sah2 dia masuk lane bertentangan...
Quote mdhelmi 3-5-2019 11:50 AM
snapchat ni menatang ape plak
Quote mizzmimi 3-5-2019 12:33 PM
Tak pepasal je kawan dia and kereta form the opposite tu pon kena

No RIP for u. Bodoh bengap
Quote Artemesiaa 3-5-2019 12:37 PM
Sendiri yang mengundang bahaya mana tak mendapat
Quote VespaSilbe 3-5-2019 01:33 PM
Adan uke...
Quote EvieWanKenobi 3-5-2019 02:12 PM
mdhelmi replied at 3-5-2019 11:50 AM
snapchat ni menatang ape plak

yang boleh buat hidung anjing,
telinga arnab tu..
Quote moonbug 3-5-2019 02:18 PM
I hope the other driver is okay
Quote kibodwatriuh 3-5-2019 02:18 PM
Hmmm kalau tengok video memang macam orang tak waras memandu atas jalan raya, asik terpekik-pekik.

Bapa Shania ni pula salahkan kengkawan dia.
Quote kibodwatriuh 3-5-2019 02:24 PM
Kawan dia seorang ni dengan muka cedera berbalut masih lagi selfie, tak nampak remorse langsung. Budak-budak jenis apalah ni.
Quote palmolive 3-5-2019 02:28 PM
moonbug replied at 3-5-2019 02:18 PM
I hope the other driver is okay

berapa org drive kete ni sebenarnya???
Quote moonbug 3-5-2019 02:31 PM
palmolive replied at 3-5-2019 02:28 PM
berapa org drive kete ni sebenarnya???

Shania ni drive Suzuki, ada kereta lagi satu yang rempuh dari arah bertentangan tu
Quote palmolive 3-5-2019 02:36 PM
moonbug replied at 3-5-2019 02:31 PM
Shania ni drive Suzuki, ada kereta lagi satu yang rempuh dari arah bertentangan tu

ooo..aku ingat kete yg sama..sory
Quote moonbug 3-5-2019 02:40 PM
Sorang mangsa lelaki from the other car kena put into induced coma due to severe injuries. And Shania died at the scene. Meanwhile, kawan-kawan dia kat hospital dok upload selfies like nothing happened

As they recovered in hospital, Ms Hunter and another passenger in the Suzuki, Hazel Wildman, posted selfies in their hospital beds.
Quote DayangKirana 3-5-2019 03:13 PM
iols belek2 utube, banyak rupenye fatal accident while snapchatting nie..
but still, lesson never learned.
Quote arm_band 3-5-2019 03:50 PM
pentingnya betul laaaaaaa snapchat tu. tak menyempat nak sampai destinasi, ke final destination terus nko. hambekkk
Quote raxief 3-5-2019 05:45 PM
sepatutnya 3 ekor tu semua mampos..
Quote Jorja 4-5-2019 08:33 AM
Mcm budak Russia Tu jgak. Muda lagi lahai
Quote tri-max 4-5-2019 08:56 AM
well takde nyer aku nak kesian kt jenis2 macam ni
mcam bwk keta mainan je siap nak selfie bagai
time funeral nanti campak je handpone dlm keranda, kot2 dia boleh selfie from the other side

Lihat semua komen(25)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 05:31 PM GMT+8 , Processed in 0.187570 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top