CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Backup Arkib Portal Lihat artikel

Nak Tahu Apa Rasanya, Budak 11 Tahun Masukkan 70 Bebola Magnet Dalam Zakar

29-3-2019 12:36 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 6704| Komen: 19

Description: Doktor terpaksa melakukan pembedahan ke atas seorang budak lelaki berusia 11 tahun bagi mengeluarkan 70 biji bebola magnet yang dimasukkan ke dalam zakarnya selepas didorong perasaan ingin tahu.
Doktor terpaksa melakukan pembedahan ke atas seorang budak lelaki berusia 11 tahun bagi mengeluarkan 70 biji bebola magnet yang dimasukkan ke dalam zakarnya selepas didorong perasaan ingin tahu.



Menurut South China Morning Post, media tempatan City Express melaporkan kanak-kanak yang tidak dinamakan itu dikejarkan ke Zhejiang University's School of Medicine Affiliated Children's Hospital pada malam Ahad selepas mengadu sakit perut.

Selepas melakukan imbasan sinar-X, doktor mendapati imej menunjukkan terdapat bayang-bayang objek asing di dalam saluran kencing sebelum mangsa mengakui apa yang sudah dilakukannya.


Kredit foto:



70 bebola magnet berdiameter 5 milimeter dikeluarkan dari saluran kencingnya dalam satu pembedahan yang mengambil masa selama dua jam. 

Menurut pakar bedah Dr Tao Chang, bebola itu melekat antara satu sama lain menyukarkannya untuk dikeluarkan sekali gus.

"Pada awalnya, kami hanya mampu mengeluarkan dua atau tiga biji dalam satu masa.

"Selepas berjaya mengeluarkan lebih kurang 50 biji, baki bebola berkenaan akhirnya membentuk satu barisan memudahkan kami untuk menariknya keluar sekali gus," katanya.


Kredit foto: SCMP/Guancha

Tambah Tao, ia bukan kali pertama hospital itu berdepan situasi sedemikian. Malah, ia berlaku dua atau tiga kali setiap setahun, di mana remaja berusia antara 10 hingga 15 tahun cenderung memasukkan sesuatu ke dalam kemaluan mereka.

Pada Julai tahun lalu, doktor di Zhumadian, wilayah Henan mengeluarkan wayar fonkepala sepanjang 42 sentimeter (sm) dari kemaluan remaja berusia 18 tahun, lapor Dahe Daily.

Dia dikatakan memasukkan objek itu setahun yang lalu dan tidak memaklumkannya kepada keluarga kerana berasa malu walaupun terpaksa menanggung kesakitan.

Sementara itu, remaja berusia 13 tahun di Harbin, Heilongjiang terpaksa menjalani pembedahan untuk mengeluarkan wayar elektrik sepanjang 10 sm yang tersangkut di zakarnya pada tahun lalu. - CARI
1

Bagus
1

Marah
4

Terkejut
1

Sedih
2

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (10 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • kroit92


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote onexox97 29-3-2019 12:43 PM
Pelik nya
Lahai
Buh stent UTK yg sakit batu karang pun bius beradong
Quote nobito 29-3-2019 12:47 PM
PRC no wonder.

Tengok takuk dah tahu China....byk sgt makan anjing ko tu nafsu Naik.
Quote cHimo 29-3-2019 01:23 PM
Calon lgbt...
Quote kroit92 29-3-2019 03:07 PM
why? I cannot brain?

kenapa kenapa kenapa dia buat macam tu???
Quote baghal_bortuqal 29-3-2019 03:09 PM
Ngilunya baca tajuk. Artikel just skip terus je.
Quote niena90 29-3-2019 03:22 PM
Ehhh muat ke masuk kat lubang kencing tu? Ajaib sungguh
Quote puteribaya 29-3-2019 03:24 PM
sekarang baru dia tau rasanya..rasa berat sbb magnet besi
Quote arm_band 29-3-2019 04:03 PM
ooo baru aku tau lubang kencing tu leh masuk benda
Quote grouper 29-3-2019 04:14 PM
So apa rasanya selepas bebola yg ke 70 dimasukkan..
Quote CharlesDera 29-3-2019 04:20 PM
anak sepet....sebab tu depa hantaq anak pi tuisyen...taw...wakakakakakakkaakaaka
Quote Mata.kucing 29-3-2019 04:21 PM
Eh cmner ek lubang tuh besar ker
Quote intan_smsb 29-3-2019 05:17 PM
habis nak kencing mcm mana
Quote mawar_mustika 31-3-2019 03:54 PM
pelik btul rakyat negara china ni...klu yg plik2 mesti dr negara diorg
Quote Jorja 31-3-2019 09:32 PM
Curiousity {:smile
Quote clarizsa 31-3-2019 09:36 PM
Uiks
I pun ada bebola magnet cmni
Lagi halus saiz 3mm je beli kat shopee
Tapi anak i buat main elok2 laa
Xde bangang cm kes budak ni
Quote Bujat 31-3-2019 11:02 PM
Kinky nya kau dekk
Quote clueless_gamer 3-4-2019 06:45 AM
curiosity killed the cat

jangan nak kinky sgt dik oi..
Quote biozipstar 4-6-2019 11:15 AM
geli betol depa ni. xde kije
Quote CikB 24-6-2019 11:23 AM
pelik2 la

Lihat semua komen(19)

Kategori Berkaitan


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 01:22 PM GMT+8 , Processed in 0.262164 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top