CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Hiburan Antarabangsa Lihat artikel

Ucapan Selamat Hari Jadi Sahkan Hubungan Cinta Channing Tatum, Jessie J

29-3-2019 10:19 AM| Diterbitkan: Sang_Pencinta| Dilihat: 5576| Komen: 15|Original author: Oleh: Sang_Pencinta

Description: Nampaknya, seperti baru semalam kita dikejutkan dengan perceraian pelakon Channing Tatum dan isterinya, Jenna Dewan. Kini, kedua-dua mereka telah bertemu dengan orang baru.
Nampaknya, seperti baru semalam kita dikejutkan dengan perceraian pelakon Channing Tatum dan isterinya, Jenna Dewan. Kini, kedua-dua mereka telah bertemu dengan orang baru.


Kredit foto: Carian Google

Jenna dikatakan sedang hangat bercinta dengan pelakon Steve Kazee, manakala Channing pula baru mengesahkan hubungannya dengan Jessie J, penyanyi kelahiran London yang popular dengan lagu 'Flashlight.

Channing dan Jessie bertemu pada Oktober tahun lalu sejurus perceraiannya dan mereka dilihat keluar bersama pada bulan November tahun sama. 

Sejak itu, mereka sering dilihat memberikan sokongan kepada karier masing-masing. Channing menghadiri konsert Jessie di Houston, manakala Jessie memberikan sokongan kepada Channing ketika pembukaan pertunjukan Magic Mike Live di London.



Kredit foto: Carian Google

Hari ini, penyanyi Jessie J menyambut hari jadinya yang ke-31 dan Channing telah memberikan sebuah ucapan romantis untuk teman wanitanya itu.



Channing memuat naik sekeping gambar Jessie di bawah sinaran terang matahari dengan ucapan 'Harapan agar hari-hari mendatang penuh dengan cinta dan cahaya, kamu datang ke dunia ini seperti nyalaan api, memberi kebahagiaan kepada mata, telinga, jiwa dan hidup kami. Terima kasih dan selamat hari jadi,' kata Channing.


Kredit foto: Carian Google

Menurut sumber E! News, walaupun belum ada perancangan untuk mengikat pertunangan, pasangan itu kini sangat bahagia dan tidak mahu berpisah terlalu lama. 

'Channing sudah gila bayang dan mereka sangat sepadan,' kata sumber.

Selamat berbahagia kepada pasangan ini. Semoga kisah pahit Channing dengan bekas isterinya, Jenna tidak berulang lagi. - CARI
1

Bagus
3

Marah
3

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (10 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote miszclassique 29-3-2019 10:47 AM
Macam ada persamaan lak Jenna ngan Jessie J ni based on gambar atas... Pape pun still takleh terima dorang cerai kbyeee {:cryrun
Quote bondeh 29-3-2019 10:57 AM
Suka couple ni tapi jodoh tak panjang. Best battle dorang
Quote Sang_Pencinta 29-3-2019 11:01 AM
miszclassique replied at 29-3-2019 10:47 AM
Macam ada persamaan lak Jenna ngan Jessie J ni based on gambar atas... Pape pun still takleh terima  ...

Macam seiras kan?

Taste Channing memang wajah mcm ni kot
Quote pai.kacang 29-3-2019 12:07 PM
dah macam orang yang sama
Quote nanny_1 29-3-2019 02:44 PM
channing tatum ni memang retis fav iols
tapi badan besor macam buzz light year si jul ripin
cuma berganda2 hemsem dari jul ripin bebird terbang
Quote Adeakukesah11 29-3-2019 02:58 PM
Mcm tak sesuai je si chaning ngn si jessie ni

Quote lattehazelnut 29-3-2019 11:41 PM
Oh wow.. xsangka not working out dgn jenna..
Diorg ade kerja same ke jessie j..
Quote AvengersPanther 17-6-2019 10:21 AM
Hi Channingggggggggggggggg
Quote aammyy 17-6-2019 10:33 AM
Wahh. Wonder how they met...
Quote niena90 20-6-2019 12:47 PM
Channing taste pompuan muka keras
Quote kualibesi 13-8-2019 10:59 AM
handsome CT
Quote berusjamban 21-8-2019 08:40 PM
Jessie ni rupa transgender pastu ketet kecik
mcm bdk darjah 6
Quote dani-rox 22-8-2019 04:23 AM
ai jah kah yg rasa Channing Tatum nih tak hensem langsung. tipikal kokesen berwajah bentuk kentang jah.
Quote monsterwife 23-9-2019 11:39 AM
Aku pun rs mcm tu.aku suka caucasian yg mcm pelakon me before  you
Quote evlinne 21-10-2019 05:33 PM
dani-rox replied at 22-8-2019 04:23 AM
ai jah kah yg rasa Channing Tatum nih tak hensem langsung. tipikal kokesen berwajah bentuk kentang j ...

Setujuuuu. Tak hensem.

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

17-8-2022 06:19 PM GMT+8 , Processed in 10.337052 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top