CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

'Saya Umpan Dadah, Seks Kemudian Merompak Mereka'- Pengakuan Cardi B Gemparkan Hollywood

28-3-2019 01:09 PM| Diterbitkan: Sang_Pencinta| Dilihat: 7339| Komen: 12|Original author: Oleh: Sang_Pencinta

Description: Penyanyi rap, Cardi B kini terpaksa mempertahankan dirinya apabila sebuah video lama muncul semula yang menunjukkan pengakuannya pernah mengumpan dadah dan seks sebelum merompak pelanggannya ketika be ...
Penyanyi rap, Cardi B kini terpaksa mempertahankan dirinya apabila sebuah video lama muncul semula yang menunjukkan pengakuannya pernah mengumpan dadah dan seks sebelum merompak pelanggannya ketika bekerja sebagai penari bogel suatu ketika dulu.



Kredit foto: Carian Google
Penyanyi itu menerima kritikan hebat di media sosial sejak video yang dirakam tiga tahun dahulu itu mula tersebar semula. 


"Ia adalah perbuatan yang salah, tapi saya melakukannya untuk kelangsungan hidup," tulis Cardi B mempertahankan dirinya. 

"Saya tidak pernah mengatakan saya seorang yang sempurna," tambahnya lagi.

Dalam video itu, Cardi B yang baru menapak dalam industri menjawab tuduhan kononnya kejayaanya datang dengan mudah tanpa usaha.

"Tiada yang datang bergolek, saya mula dari hidup susah sebagai penari bogel malahan saya pernah mengumpan dadah dan seks sebelum merompak pelanggan hanya untuk teruskan hidup," kata Cardi B dalam video tersebut. 


Kredit foto: Instagram
Mengulas lebih mendalam lagi, cardi B mengatakan dia tidak pernah menyembunyikan kisah silamnya. "Saya hidup dalam budaya rap, banyak melakukan kesilapan untuk berjaya," tambahnya. 

Cardi B juga mendedahkan walaupun banyak penyanyi rap lain menyanyikan unsur keganasan, pembunuhan, dadah dan rompakan, beliau menolak dan lebih menekankan cinta dan kemanusiaan walaupun latar hidupnya hitam. 

Kredit foto: Twitter
"Lagipun lelaki yang saya sebutkan dalam video itu sedar dan merelakan tindakan saya," katanya mempertahankan diri.

Awal minggu ini hashtag #SurvivingCardiB mula bertebaran di Twitter menyamakan tindakan Cardi B dengan penyanyi R Kelly yang berdepan tuduhan keganasan sek.s. Malahan ada juga yang membandingkan Cardi B dengan pelakon komedi Bill Cosby yang dijatuhkan hukuman pada tahun 2018 kerana mengumpan dadah dan merogol ratusan wanita.

Kredit foto: Twitter
Persoalannya, adakah skandal ini akan memalapkan bintang Cardi B yang baru menjadi penyanyi rap solo wanita pertama memenangi Grammy untuk Album Rap Terbaik? Apa pendapat anda? -CARI
2

Bagus
2

Marah
3

Terkejut
2

Sedih
2

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (13 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote CiliPadiSedap 28-3-2019 01:28 PM
sesudu sawit mampu menghilangkan ketagihan ketum
Quote Orix 28-3-2019 03:46 PM
Nicki minaj tersenyum sinis agaknya
Quote buapakperut 28-3-2019 05:01 PM
sekarang pun bukannya sheol jari pendeta ka apa, lebih kurang ja cuma dah femes
Quote ikanmasin 28-3-2019 06:16 PM
nicki minaj tepuk tangan lah
Quote kroit92 28-3-2019 07:57 PM
*buat jenayah*

"Jangan kecam saya, saya bukanlah manusia sempurna."

macam ayat orang Malaysia dia ni
Quote RatuDunia94 28-3-2019 08:36 PM
Muka sheols mcm lutong..
Quote Zaien 2-4-2019 07:44 PM
nicki tepokkk tgnnnnnnn hahahaha
Quote kualibesi 13-8-2019 10:58 AM
semua vid die seksi.
Quote Foxey 24-8-2019 11:21 AM
Kira leh rival rapper lelaki dari segi crime la eh
Quote royaldanish 26-8-2019 06:04 PM
dh mcm dlm pilem
Quote beatgirlX 27-8-2019 02:31 PM
Kenapa sgn nikki
Quote dani-rox 28-8-2019 12:03 AM
this is what happen when you let pimp gangsters and their wh*res become rap artists.

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 09:26 AM GMT+8 , Processed in 0.055356 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top