CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lagi Pegawai Berpangkat Datuk Ditahan SPRM, Kali Ini Felda

25-1-2017 09:45 AM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 3232| Komen: 3

Description: Terbaru di mana empat pegawai dan seorang bekas pegawai Felda ditahan di sekitar Lembah Klang hari ini kerana disyaki terbabit dalam penyelewengan projek ternakan ikan Sturgeon bernilai RM47.6 juta.
Sepertimana yang dikatakan pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berjanji setiap minggu akan ada satu kes penangkapan kegiatan rasuah yang membabitkan mereka yang berjawatan tinggi atau dipanggil sebagai 'ikan jerung'. 


Terbaru di mana empat pegawai dan seorang bekas pegawai Felda ditahan di sekitar Lembah Klang hari ini kerana disyaki terbabit dalam penyelewengan projek ternakan ikan Sturgeon bernilai RM47.6 juta.

Memetik laporan Bernama, sumber SPRM berkata, seorang daripada mereka adalah pegawai kanan bergelar Datuk, seorang bekas pegawai (yang menyandang jawatan tinggi), seorang bertugas di luar negara, seorang pegawai terbabit projek penternakan ikan itu dan seorang lagi penolong pegawai tadbir.

“Mereka dipercayai telah menyalahgunakan kedudukan mereka untuk kepentingan sendiri.” 

Sumber SPRM itu berkata, dalam satu mesyuarat pada Januari 2013, Lembaga Pengarah Felda telah meminta suspek yang menyandang jawatan tinggi itu supaya menyediakan laporan terperinci berhubung pelaburan projek berkenaan untuk dibentangkan.


Sumber itu berkata, suspek berkenaan sebaliknya menubuhkan Felda Carviative Sdn Bhd (FCSB) pada Januari 2014 tanpa pengetahuan Lembaga Pengarah Felda, Bahagian Perundangan dan Bahagian Kewangan Felda.

Suspek kemudian menandatangani satu perjanjian bernilai US$45 juta (RM146.25 juta) dengan sebuah syarikat penternakan ikan sturgeon di Korea tanpa pengetahuan Lembaga Pengarah Felda, katanya.

Sumber itu berkata, siasatan awal SPRM mendapati projek itu tidak mendapat kelulusan daripada Jabatan Alam Sekitar Pahang dan pembayaran mula dibuat kepada syarikat Korea berkenaan seminggu selepas FCSB ditubuhkan.- CARI

sumber foto: Isma


23

Bagus
31

Marah
23

Terkejut
12

Sedih
26

Lawak
19

Bosan

Friends Rank (134 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sebu 25-1-2017 10:34 AM
Kalau dah orang bawah pun buat tahi inikan orang atas2 yg besar2
Quote kentel 25-1-2017 11:01 AM
da ade da pon t s loo oiii...2 lg tered...sambung jelah...


https://mforum.cari.com.my/forum ... ead&tid=1029966

https://mforum.cari.com.my/forum ... ead&tid=1029955
Quote izanagiarcana 25-1-2017 11:58 AM
rasuah kat M'sia masihlah sikit kerana orang sikit daripada kat INDOG, makan wang rasuah ialah sesuatu yang wajib, bahkan anggauta daripada KPK ( SPRM version indog) ramai jer makan wang suap dan rasuah, tahniah la pak cik, salam daripada jiran indon raya

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 11:42 AM GMT+8 , Processed in 0.066599 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top