CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Cuba Mengedar Dadah, Dua Rakyat Malaysia Ditahan Di Bali

29-10-2016 01:03 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 5878| Komen: 22

Description: Pihak berkuasa Indonesia telah memberi maklumat rasmi mengenai penangkapan dua rakyat Malaysia terbabit yang berasal dari Selangor dan Negeri Sembilan kerana didakwa terbabit dalam pengedaran dadah di ...


sumber foto: http://www.thejakartapost.com/


Pihak berkuasa Indonesia telah memberi maklumat rasmi mengenai penangkapan dua rakyat Malaysia yang berasal dari Selangor dan Negeri Sembilan kerana didakwa terbabit dalam pengedaran dadah di Bali.

Memetik laporan Bernama, pengesahan itu dinyatakan oleh Duta Besar Malaysia di Indonesia, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim dalam satu kenyataan yang dikeluarkan kelmarin.

Menurut Datuk Seri Zahrain, pihak kedutaan telah menghubungi keluarga mereka di Malaysia bagi memaklumkan mengenai kejadian itu.

"seorang pegawai sukan dan seorang penuntut universiti telah ditahan di Lapangan Terbang Ngurah Rai di Bali setelah pihak berkuasa Indonesia menemui dadah lebih 100 biji pelbagai dadah jenis sintetik dan lebih 70 gram ganja dalam bagasi milik salah seorang daripada mereka." 


sumber foto: http://www.thejakartapost.com/

"Mereka kini ditahan di balai Polis Daerah Bali untuk siasatan lanjut dan pihak kedutaan setakat ini masih belum menemui mereka."

The Jakarta Post melaporkan, Ketua Kastam Ngurah Rai, Budi Harjanto berkata, kedua-dua lelaki rakyat Malaysia berumur 36 dan 22 tahun itu memasuki Bali dengan menaiki pesawat dari Kuala Lumpur. 

Mereka ditahan di bawah Pasal 133 Undang-undang Dadah 2019 yang membawa hukuman minimum lima tahun penjara dan denda Rp 1 miliar (RM300,000) jika disabit kesalahan.- CARI


17

Bagus
20

Marah
16

Terkejut
21

Sedih
19

Lawak
22

Bosan

Friends Rank (115 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote shamsadis 29-10-2016 01:21 PM
Kasik hukum bunuh
Quote exclusive_vvip 29-10-2016 01:47 PM
yg pegawai sukan tu mesti yg kiri tu sbb badan nampak sado..
Quote Decaffeinated 29-10-2016 02:01 PM
kesiannya.... synthetic drug je pun....

70g ganja ni kalau kat Amsterdam is a non-issue kot....

Quote harkktuih 29-10-2016 04:32 PM
Mohon hukum tembak jer
Quote missinpiece 29-10-2016 04:47 PM
Acaner lepas kt airport kl
Quote Changa 29-10-2016 05:00 PM
CARI-LTS replied at 29-10-2016 01:03 PM
sumber foto: http://www.thejakartapost.com/


Tembak jah sampai mati bangsat2 bodoh itu.
Quote pakis_hutan 29-10-2016 05:14 PM
Bali Duo! Haha.. tteemmbaaakkk
Quote pakis_hutan 29-10-2016 05:14 PM
Bali Duo! Haha.. tteemmbaaakkk
Quote imthegirl 29-10-2016 05:33 PM
Undang undang dadah 2019
Quote ronapink 29-10-2016 05:47 PM
tangkap dan bicarakan...
Quote MakcikBunga 29-10-2016 10:05 PM
700gm bukan 70gm
Quote hayati_hassan 29-10-2016 10:10 PM
dadah untuk kegunaan sdri kot
bukan byk pun ker wartawan salah tulis
Quote cecci84 30-10-2016 01:21 AM
tu dadah, bukan tepung
Quote nurul_akmar 30-10-2016 01:24 AM
Alahai. Baru 22 tahun.
Quote kambeng_masam 30-10-2016 04:35 AM
mereputlah anda si pendadah.
Quote sukacactus 30-10-2016 08:19 AM
Sorry la xkesian pun
Kesian kat family dia org sj la
Quote Peya 30-10-2016 08:29 AM
Kat klia bole lepas erk? Tido ke imegresen? Sll balik dr overseas mesti xde sesapa check. Imegresen sibuk bcakap n  bborak kat satu sudut. No wonderlah negro2 sll lepas bawak dadah kat msia ni. Kat imegesen bali, dorang check sampai bukak kasut.
Quote armin 30-10-2016 11:02 AM
Peya replied at 30-10-2016 08:29 AM
Kat klia bole lepas erk? Tido ke imegresen? Sll balik dr overseas mesti xde sesapa check. Imegresen  ...

Iols pegi indo tak kena cek pulak. Ada kenalan lepas jgk bwk bekal ke sana. Rasa ikut nasib la, dorg cek random. Nampak pulak mcm suspicious, kantoila.
Quote Peya 30-10-2016 11:54 AM
armin replied at 30-10-2016 11:02 AM
Iols pegi indo tak kena cek pulak. Ada kenalan lepas jgk bwk bekal ke sana. Rasa ikut nasib la, do ...

Aku x kene. Tp staff lelaki semua kene. Staff pompuan tselamat. Pompuan check biasa je. Tp masa g aussie, aku n kawan2 bertudung kene tahan. Pastu suh anjeng check luggage kita org. Ada satu budak lelaki melayu sorang kene bawak masuk dlm opis. tp seb baik lepas sbb aku jumpa dia balik kat luar airport. Imegresen aussie dia pickup randomly la kot

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 04:55 PM GMT+8 , Processed in 0.339875 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top