CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Hampir 2,000 Pelajar Dikesan Terlibat Dadah Dalam Tahun Ini

19-12-2016 04:49 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 2134| Komen: 0

Description: Sepanjang tahun ini seramai 1,728 pelajar sekolah di seluruh negara yang membabitkan 1,716 pelajar lelaki dan 12 pelajar perempuan dikesan terlibat dalam kegiatan mencuba dadah.
Sepanjang tahun ini seramai 1,728 pelajar sekolah di seluruh negara yang membabitkan 1,716 pelajar lelaki dan 12 pelajar perempuan dikesan terlibat dalam kegiatan mencuba dadah.


Memetik laporan Bernama, Timbalan Menteri Pendidikan Datuk Chong Sin Woon memaklumkan pendedahan tersebut diperolehi berdasarkan siasatan hasil ujian urin oleh Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dan tangkapan yang dibuat Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Murid-murid yang dikesan terlibat mencuba dadah itu telah melalui sesi kaunseling dan program intervensi dengan kerjasama pihak AADK.”

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan asal Senator Datuk Prof Dr Sim Kui Hian yang ingin tahu statistik tentang isu dan masalah penyalahgunaan dadah dalam kalangan pelajar serta inisiatif yang dilaksanakan.

Menjelaskan perkara itu Sin Woon berkata, kementeriannya sehingga hari ini telah melaksanakan Program Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) di semua sekolah seluruh negara.


Program PPDa dilaksanakan menerusi empat strategi yang melibatkan bidang Pengurusan, Kurikulum, Kokurikulum dan Pembangunan sahsiah, tambahnya.- CARI

sumber foto: http://www.ismaweb.net/

16

Bagus
6

Marah
11

Terkejut
12

Sedih
10

Lawak
8

Bosan

Friends Rank (63 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 12:37 PM GMT+8 , Processed in 0.214330 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top