CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Seludup Dadah Guna Botol Mineral, Wanita Malaysia Ditahan Di Indonesia

1-11-2016 11:32 AM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 6496| Komen: 27

Description: Memetik laporan Jakarta Post, satu lagi sindiket pengedaran dadah antarabangsa yang membabitkan lima anggota termasuk seorang wanita warganegara Malaysia berjaya ditumpaskan pihak polis dan kastam Ind ...

sumber foto: http://assets.nst.com.my/


Setelah Presiden Joko Widodo mengisytiharkan Indonesia sebagai darurat dadah, kerajaan Indonesia kebelakangan ini giat memerangi aktiviti dadah di semua pintu masuk ke negaranya khususnya di lapangan terbang.

Memetik laporan Jakarta Post, satu lagi sindiket pengedaran dadah antarabangsa yang membabitkan lima anggota termasuk seorang wanita warganegara Malaysia berjaya ditumpaskan pihak polis dan kastam Indonesia pada 13 dan 14 Oktober lalu.

Menurut Timbalan Ketua Polis Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta, Risnanto, modus operandi sindiket itu adalah dengan menggunakan air dalam botol mineral yang mengandungi cairan metamfetamin.

"Setiap satu botol air mineral yan dirampas itu berukuran 1.5 liter dan jika kesemua 14 botol cairan metamfetamin itu dipanaskan ia berubah menjadi serbuk sabu seberat lebih 22kg."


Selain penahanan wanita Malaysia itu, polis dan kastam turut menahan dua wanita rakyat Indonesia yang baru mendarat dari Hong Kong dengan merampas 12 botol mineral yang juga dikemaskan dalam bentuk kotak sama.

Dalam pada itu, seorang rakyat Pakistan serta seorang rakyat tempatan yang berperanan sebagai penerima dan pengendali barang di lapangan terbang itu.

Kesemua mereka ditahan untuk siasatan lanjut dan akan didakwa mengikut Pidana Undang-undang Dadah yang membawa hukuman mati.- CARI
20

Bagus
26

Marah
29

Terkejut
31

Sedih
24

Lawak
21

Bosan

Friends Rank (151 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote oppol 1-11-2016 11:46 AM
Hmmm....
Donkey....
Quote ronapink 1-11-2016 11:48 AM
hahahahaha..

hebat wanita2 sekarang..
Quote ronapink 1-11-2016 11:48 AM
hahaha..

berani buat terimalah padahnya
Quote MH3703 1-11-2016 11:48 AM
INDON in the eyes of the world lagi
Quote batmana 1-11-2016 11:52 AM
keldai dadah ada 2

1. yg mmg bodo cm sorg student ipta yg kene tngkap kt china
2. mmg sindiket .
Quote sarahmirza 1-11-2016 11:57 AM

Sampai 14 botol haruslah ada ragu2..
Dah macam Indon tak jual air mineral pula.
Quote AmandaRollins 1-11-2016 12:01 PM
Mcm tiru duterte je c jokowi ni..so lps ni klu pg mana2 bcuti kt indon tu kurang la dgr "mushroom" kan..lg2 kat bali..ingtkn mushroom goreng..tp jokowi krgkn jgk la pelacuran kt indo tu..kata negara islam..so laksanain dong banteras inang2
Quote cancer_files 1-11-2016 12:09 PM
AmandaRollins replied at 1-11-2016 11:01 AM
Mcm tiru duterte je c jokowi ni..so lps ni klu pg mana2 bcuti kt indon tu kurang la dgr "mushroom" k ...

Tak de negara islam, majoriti je Islam...

Pertanyaan pelik, kenapa boleh lepas kat lapangan terbang Malaysia?
Quote damian_lee 1-11-2016 12:17 PM
cancer_files replied at 1-11-2016 12:09 PM
Tak de negara islam, majoriti je Islam...

Pertanyaan pelik, kenapa boleh lepas kat lapangan ter ...

aku kerap gak ulang alik antara KLIA2 dengan Bandara Surabaya ....
secara jujurnya .... kat KLIA2 punya check sangat la longgar .. macam naik bas Sani Express jer... hihihi
ini bukan kali pertama kes lepas kita punya airport ... tp airport negara lain x lepas
Quote shamsadis 1-11-2016 12:43 PM
kasik hukum bunuh je, esok lusa yang makan dadah tu pulak bunuh kita
Quote AmandaRollins 1-11-2016 01:38 PM
cancer_files replied at 1-11-2016 12:09 PM
Tak de negara islam, majoriti je Islam...

Pertanyaan pelik, kenapa boleh lepas kat lapangan ter ...

Mostly yg meols taw,klu bwk kluar dr departure country mmg lepas..tp bila da sampai arrival airport mmg xkn lepas punya..slalu tgk national geo or discovery channel true story tajuk lock up abroad..
Quote pyropura 1-11-2016 01:54 PM
cancer_files replied at 1-11-2016 12:09 PM
Tak de negara islam, majoriti je Islam...

Pertanyaan pelik, kenapa boleh lepas kat lapangan ter ...

for departure, yang masalah kalau ada bahan2 yang bahaya seperti explosives, acid, mercury dll., kalau cuma air biasanya security tak kesah sangat,
dia kantoi di indon pun sebab Customs jadi suspicious kenapa banyak sangat bawa air mineral ...

Quote nononcrux 1-11-2016 02:02 PM
sarahmirza replied at 1-11-2016 11:57 AM
Sampai 14 botol haruslah ada ragu2..
Dah macam Indon tak jual air mineral pula.

ingt pakai mineral bole lepas ke .. gelap mata kerana duit
Quote missinpiece 1-11-2016 02:07 PM
Mcm2 idea
Quote zeed 1-11-2016 02:08 PM
damian_lee replied at 1-11-2016 12:17 PM
aku kerap gak ulang alik antara KLIA2 dengan Bandara Surabaya ....
secara jujurnya .... kat KLIA2 ...

Pengalaman aku lak KLIA2 ketat giler last 2 weeks.. kasut aku pun kena bukak scan..kalau dulu diorg lepas je..
Quote damian_lee 1-11-2016 02:22 PM
zeed replied at 1-11-2016 02:08 PM
Pengalaman aku lak KLIA2 ketat giler last 2 weeks.. kasut aku pun kena bukak scan..kalau dulu dior ...

mungkin nasib kot ..... selama ni aku ok jer kat KLIA2 .... xdelah ketat mana
cuma sekali jer kena tanggal seluar .... selain itu aman2 jer
Quote sarahmirza 1-11-2016 02:31 PM
nononcrux replied at 1-11-2016 02:02 PM
ingt pakai mineral bole lepas ke .. gelap mata kerana duit

Boleh je..
Bawa 1-2 botol masuk luggage takde kot org syak apa2.
Tapi kalau sampai 14 botol, mestilah pelik juga.
Quote sarahmirza 1-11-2016 02:32 PM
zeed replied at 1-11-2016 02:08 PM
Pengalaman aku lak KLIA2 ketat giler last 2 weeks.. kasut aku pun kena bukak scan..kalau dulu dior ...

Kenapa kat Subang kalau dlm beg ada laptop pun kena bawa keluar?
Leceh betul nak keluar masuk laptop sekeping..
Quote zeed 1-11-2016 02:34 PM
sarahmirza replied at 1-11-2016 02:32 PM
Kenapa kat Subang kalau dlm beg ada laptop pun kena bawa keluar?
Leceh betul nak keluar masuk lap ...

Setiap airport cmtu kan.even overseas pun gitu uols..bertabahlah...

Lihat semua komen(27)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 08:15 AM GMT+8 , Processed in 0.062963 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top