CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Trump Janji Segera Usir Pendatang Asing Jika Angkat Sumpah

28-8-2016 12:32 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 4850| Komen: 37

Description: WASHINGTON: Calon presiden Republikan, Donald Trump, berjanji akan mula mengusir..

Oleh : Dean BZ

CALON presiden Republikan, Donald Trump. - Foto Reuters


WASHINGTON: Calon presiden Republikan, Donald Trump, berjanji akan mula mengusir golongan pendatang tanpa izin sebaik mengangkat sumpah menduduki Rumah Putih. 

"Pada hari pertama, saya akan segera mula mengusir pendatang tanpa izin dari negara ini, termasuk menghalau ratusan ribu penjenayah yang dibebaskan dalam komuniti Amerika Syarikat oleh pentadbiran Presiden Barack Obama dan calon presiden Demokrat, Hillary Clinton," katanya di Des Moines, Iowa. 

Clinton berkhidmat sebagai Setiausaha Negara Amerika ketika penggal pertama Obama. Bakal presiden seterusnya akan mengangkat sumpah pada 20 Januari. 


"Saya akan membina tembok besar, melaksanakan e-pengesahan seluruh negara, menghalang pendatang tanpa izin mendapat kebajikan dan kelayakan dan membangunkan sistem pengesanan keluar masuk untuk memastikan mereka yang tinggal melebihi visa diusir segera," katanya. 

Hartawan dan bekas bintang realiti televisyen itu, memakai topi besbol berwarna putih, berkata jika tidak menguat kuasakan tarikh akhir visa, Amerika akan mempunyai sempadan terbuka. 

"Undian untuk Trump adalah undian mendapatkan negara yang ada undang-undang, undian untuk Clinton adalah undian untuk sempadan terbuka," tegasnya. 

Trump juga merayu undian penduduk kulit hitam, berjanji membantu mereka mencari kerja. 

"Setiap kali penduduk Afrika Amerika, atau rakyat lain, hilang kerja kepada pendatang tanpa izin, hak rakyat Amerika sudah dicabul," katanya. 

Terdahulu, Donald Trump sering dikecam dan tidak disenangi ramai kerana sikapnya yang sering mewujudkan Islamphobia. - CARI



Sumber - AFP

8

Bagus
17

Marah
14

Terkejut
15

Sedih
6

Lawak
10

Bosan

Friends Rank (70 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ringkas 28-8-2016 12:41 PM
Usir ja. Tengok apa jadi kat Malaysia, jenayah makin hari makin tinggi disebabkan kehadiran pendatang yang dah dapat PR dan beranak pinak.
Quote zeed 28-8-2016 03:20 PM
So boleh usir bini dia sekali?
Quote munchkin 28-8-2016 03:45 PM
zeed replied at 28-8-2016 03:20 PM
So boleh usir bini dia sekali?

Hahaha
Quote MekArchana 28-8-2016 03:53 PM
Kemain nak buat tembok besar khenn.
Quote deathacker 28-8-2016 04:00 PM
Tump ni dah menang jd  presiden ke? ketinggalan keretapi pulak
Quote kemaruk 28-8-2016 04:40 PM
bangkem sokong donald trump
Quote Artemesiaa 28-8-2016 05:00 PM
Cakap orang business memang cam tu ala raja lelong hasilnya ikut nasib le nanti
Quote Nenasketum 28-8-2016 06:25 PM
deathacker replied at 28-8-2016 04:00 PM
Tump ni dah menang jd  presiden ke? ketinggalan keretapi pulak

US presidential election 8th November 2016. Motip aku hafal date  
Quote oppol 28-8-2016 07:07 PM
Usir jangan tak usir...
Datang negara orang bawa perangai sial mereka...
Quote dcruins 28-8-2016 07:13 PM
Tup tup tup, kedua-dua calon gagal jadi President sebab berlaku sesuatu yang tak terduga, Obama declare darurat, dia berkuasa lagi sampai darurat tamat....
Quote RatuDunia94 28-8-2016 07:48 PM
Ala baru verangan nk migrate ke states...
Quote boyagombak 28-8-2016 07:57 PM
Donald Duck kwek kwek kwek ni bukan main lagi nak uair sana sini, anti islam yg terang-terangan. Kalau dia naik dasar US akan jd lebih teruk, Zionist akan dapat bnyk lg bantuan, silap siket akan declare war alarm. Harap Clinton akan menang jk tdk doniya akan jd lg teruk dek penangan Donald Duck mulut puaka
Quote kemaruk 28-8-2016 08:02 PM
boyagombak replied at 28-8-2016 07:57 PM
Donald Duck kwek kwek kwek ni bukan main lagi nak uair sana sini, anti islam yg terang-terangan. Kal ...

boleh bagi bukti yang mengatakan trump anti islam?
Quote finesse 28-8-2016 08:23 PM
Minta2 kartun ni wat la episod khas ttg dakwaan doj... nak tahu plot twist yg akan dtg..  
Quote giyomi 28-8-2016 08:35 PM
harap2 pemimpin negara ni pon ada visi cam dia. Meluat tul aku tgk foreigners ni kat sini, pulak tu berlagak cam negara depa.
Quote mesmerize 28-8-2016 08:37 PM
RatuDunia94 replied at 28-8-2016 07:48 PM
Ala baru verangan nk migrate ke states...

ai rasa migrate secara legal trump tak kisah kot sis
dia tak suka immigrant yg masuk us secara haram kot
Quote RatuDunia94 28-8-2016 08:58 PM
mesmerize replied at 28-8-2016 08:37 PM
ai rasa migrate secara legal trump tak kisah kot sis
dia tak suka immigrant yg masuk us secara ...

Kalo scr halal sah2 la iols x layak cuolszahh...  
Quote dani-rox 28-8-2016 09:00 PM
Saya akan membina tembok besar, melaksanakan e-pengesahan seluruh negara, menghalang pendatang tanpa izin mendapat kebajikan dan kelayakan dan membangunkan sistem pengesanan keluar masuk untuk memastikan mereka yang tinggal melebihi visa diusir segera


kalo ai rakyat US, haruslah terpesona dgn janji acik Trump nih. You go pakcik

Quote Atifan 28-8-2016 09:03 PM
kalau kt malaysia..sure menang sbb org menyamps dgn pemimpin yg dok bawak masuk suku sakat dia

Lihat semua komen(37)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 01:49 AM GMT+8 , Processed in 0.257424 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top