CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Mahathir Tidak Dapat Hadir Demo Tangkap MO1 Di Dataran Merdeka

27-8-2016 06:02 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 8505| Komen: 23

Description: Pihak polis mengarahkan peserta Himpunan #TangkapMO1 bersurai

6pm : Mahathir Tidak Dapat Hadir Demo Tangkap MO1 Di Dataran Merdeka

Sumber foto : malaysia-chronicle.com



DATARAN Merdeka sepatutnya menjadi lokasi utama perhimpunan Tangkap MO1 hari ini dengan kehadiran bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. 

Namun Tun Dr Mahathir Mohamad tidak hadir ke Himpunan #TangkapMO1, walaupun terdapat laporan mengatakan beliau akan hadir bagi memberi sokongan kepada program yang dianjurkan mahasiswa.

Memetik status dilaman sosial Facebook, Kelab Che Det, Mahathir sebenarnya kini sedang berada di Langkawi. Status tersebut di kemaskini beberapa jam yang lalu. Beliau bermalam terlebih dahulu di Pulau Pinang setelah menghadiri satu majlis di Ketereh sebelum bertolak ke Langkawi pada pagi ini.


Peserta perhimpunan dilaporkan mula bersurai. - CARI




Sumber - pru14.tv




4pm : Polis Arah Peserta Perhimpunan "Tangkap M01" Bersurai


Sebahagian peserta berdekatan Masjid Jamek. Foto oleh : KHAIRULL AZRY BIDIN


Pihak polis mengarahkan peserta Himpunan #TangkapMO1 bersurai kerana program tersebut melanggar Akta Perhimpunan Aman 2012.

Orang ramai yang berkumpul di Masjid Negara awal petang ini, digesa berbuat demikian kerana mereka dikatakan akan berarak ke arah Dataran Merdeka, di mana perhimpunan itu akan diadakan.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zainol Samah, berkata untuk mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini, orang ramai perlu bersurai. 

"Adalah menjadi satu kesalahan untuk mengambil bahagian dalam perhimpunan haram di bawah Seksyen 4 (2) (c) Akta," katanya lagi.

Peserta perhimpunan bagaimanapun dilihat mengabaikan arahan itu dan terus berarak ke arah Dataran Merdeka. 

Perhimpunan hari ini bertujuan mendesak tindakan diambil terhadap “Malaysian Official 1”, sosok misteri yang didakwa mendapat AS$731 juta wang “curi” yang berpunca daripada 1MDB? - CARI


Kredit video : kiniTV








Sumber - nst.com.my
13

Bagus
27

Marah
22

Terkejut
19

Sedih
17

Lawak
22

Bosan

Friends Rank (120 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kemaruk 27-8-2016 06:04 PM
nak tangkap sape ni??

kalau tanya peserta perhimpunan ni, sorang pon tak tahu sape MO1 tu

kalau tak tahu, nak tangkap camne
Quote shark 27-8-2016 06:48 PM
kemaruk replied at 27-8-2016 06:04 PM
nak tangkap sape ni??

kalau tanya peserta perhimpunan ni, sorang pon tak tahu sape MO1 tu



adik Bersih ke ni?
Quote oppol 27-8-2016 07:08 PM
Bila golongan pandai menjadi bodoh..
Quote syadq 27-8-2016 07:32 PM
Takde cara lain ke selain berhimpun? Sedih tgok.
Quote alesandra 27-8-2016 07:57 PM
sendu dah skrg...tak mcm dolu2......
Quote sabbath_shalom 27-8-2016 08:10 PM
alesandra replied at 27-8-2016 07:57 PM
sendu dah skrg...tak mcm dolu2......

Sejak PAS dah tak join je sis...  
Quote alesandra 27-8-2016 08:11 PM
sabbath_shalom replied at 27-8-2016 08:10 PM
Sejak PAS dah tak join je sis...

oowwhhhh puhleeezzzzzzzzzz
Quote sabbath_shalom 27-8-2016 08:17 PM
alesandra replied at 27-8-2016 08:11 PM
oowwhhhh puhleeezzzzzzzzzz

Geng jaga parking dah xda...PAN xda geng jaga parking.  
Quote dess402 27-8-2016 08:23 PM



tapi awatt madey tak mai  ??

takut kaa ..  tak yakin diri kaa  atau apa kaa  ??

ini apa punya leader ajak pie perang ..

tapi dia sendiri tak mai .





Quote brownstone 27-8-2016 09:51 PM
Sian jadi alat mahathir...motip x dpt hadir ...sedangkan dia sendiri dah tau himpunan ni awal lagi...itulah liciknya mahathir, dia juga pandai main proksi2 ni ...ingat yahudi je ke yg guna proksi???? Dapat beza dgan anwar yg ikhlas, turun juga tak payah beralasan bagai...
Quote brownstone 27-8-2016 09:52 PM
syadq replied at 27-8-2016 07:32 PM
Takde cara lain ke selain berhimpun? Sedih tgok.

Ade....sembang kat kedai kopi...hoping things will get better
Quote akusukaq 27-8-2016 10:01 PM
sabbath_shalom replied at 27-8-2016 12:10 PM
Sejak PAS dah tak join je sis...

itu sbb utama mengapa cai cai PAS kena maki.sedeh sendu je demo tanpa PAS.     
Quote kerunai 27-8-2016 10:51 PM
nampak sangat, tanpa PAS

pembangkang is NOTHING ...

selagi DAP tak mohon maaf kt PAS kerana banyak hina isele

selagi tu lah PAS tak akan join pembangkang ...

sifir mudah
Quote Lobai_Atheist 28-8-2016 01:10 AM
kemaruk replied at 27-8-2016 10:04 AM
nak tangkap sape ni??

kalau tanya peserta perhimpunan ni, sorang pon tak tahu sape MO1 tu

semua bahalol pi jadi kaldai ahli politaik  
Quote vandergooh 28-8-2016 01:35 AM
kerunai replied at 27-8-2016 10:51 PM
nampak sangat, tanpa PAS

pembangkang is NOTHING ...

Pigs dah suap 90 juta dari umno.. nak lawan buat apa lagik.... cium jer laa najib puas2..
Quote Jagendas 28-8-2016 07:50 AM
hambar nya
takde fru takde water canon
hambar hambar .
bersih jugak yg power
Quote cmf_kunyit 28-8-2016 09:43 AM
zaman dah berubah ,dengan BR1m yg diberi,rakyat semakin selesa megharungi kehidupan...
Quote aHoi83 28-8-2016 11:57 AM
Takde pic dr atas2 bangunan ke kali ni?
Quote silencekiller 28-8-2016 03:07 PM
Camne tak hambar.. lobai2 Malang pun tadak kali ni .. then, rakyat hanya betoi2 bangkit jika "perot kosong" jaa.. ni masing2 mulot jaa dok mengata idop sengsara seolah2 dah nak mampos xmakan 1 minggu.. padahal perot buncit jaa masing2.. zalim kununnn

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 04:36 AM GMT+8 , Processed in 0.316438 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top