CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Apakah Albert Einstein Seorang Penganut Syiah ?

20-4-2016 10:22 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 3168| Komen: 0

Description: Selama ini ramai yang tidak mengetahui agama apakah yang dianuti oleh Albert Einstein,

Oleh : Dean BZ

Albert Einstein


Selama ini ramai yang tidak mengetahui agama apakah yang dianuti oleh Albert Einstein, sehingga ada yang beranggapan bahawa Einstein adalah penganut Atheis.


Pejabat berita Iran (IRIB) pernah mengeluarkan sebuah berita yang menyatakan bahawa Albert Einstein adalah seorang penganut Syiah.

IRIB mencari dan mengumpul dokumen-dokumen rahsia Albert Einstein yang merupakan seorang ahli fizik teori berbangsa Jerman dan yang seorang ahli sains teragung pada abad ke-20. Dokumen yang ditemui menunjukkan bahawa Albert Einsten adalah penganut Syiah.

Ayatollah Al-Udzma Sayid Hossein Boroujerdi


Berdasarkan laporan situs Mouood.org, Einstein pada tahun 1954 dalam suratnya kepada Ayatollah Al-Udzma Sayid Hossein Boroujerdi, Marja besar Syiah ketika itu, menyatakan :

"Setelah 40 kali saya surat-menyurat dengan anda (Ayatollah Boroujerdi), kini saya menerima agama Islam dan mazhab Syiah 12 Imam".

Einstein dalam suratnya itu menjelaskan bahawa Islam lebih utama berbanding seluruh agama-agama lain dan menyebutnya sebagai agama yang paling sempurna dan rasional. 

Ditegaskannya, "Jika seluruh dunia berusaha membuat saya kecewa terhadap keyakinan suci ini, nescaya mereka tidak akan mampu melakukannya walau hanya dengan membersitkan setitik keraguan kepada saya".

Einstein dalam karya tulisan terakhirnya bertajuk Die Erklarung (Deklarasi) yang ditulis pada tahun 1954 di Amerika Syarikat dalam bahasa Jerman menelaah teori relatifitas ayat-ayat Al-Quran dan ucapan Imam Ali bin Abi Thalib AS dalam kitab Nahjul Balaghah.

Dalam karya tulisannya itu, Einstein menyebut penjelasan Imam Ali AS tentang perjalanan mi'raj Rasulullah ke langit dan alam malakut yang hanya dilakukan dalam beberapa saat.

Adakah benar Albert Einstein seorang penganut Syiah? Hingga kini masih menjadi tanda tanya walaupun telah dibuktikan dengan berbagai kenyataan. - CARI Infonet




Sumber : un1x project

16

Bagus
12

Marah
19

Terkejut
10

Sedih
13

Lawak
8

Bosan

Friends Rank (78 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 08:35 AM GMT+8 , Processed in 0.031660 second(s), 22 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top