CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Seram : 10 Jenis Pokok Tempat Hantu Suka Bertenggek

20-4-2016 11:54 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 49729| Komen: 62


Oleh : Dean BZ

Gambar hiasan



Tempat tinggal manusia sudah tentunya dirumah tetapi dimana pula tempat tinggal hantu?

Kebiasaannya rumah kosong atau rumah yang lama ditinggalkan sering dikaitkan dengan tempat hantu suka tinggal. Tetapi selain rumah kosong, gua dan kawasan perkuburan, beberapa jenis pokok ini adalah tempat "favourite" hantu suka bertenggek atau "menyewa". 

Mari kita tengok apakah jenis pokok yang sering dikaitkan dengan tempat hantu suka bertenggek.


1.Pohon Beringin
Pohon Beringin adalah tempat tinggal genderuwo, terutama beringin yang sudah tua dan berjanggut (akar yang tergantung), Jika kita mematahkan janggut beringin dan kebetulan ada genderuwo yang tinggal disitu, maka kita akan jatuh sakit dan jika tidak segera diubati oleh orang yang arif tentang makhluk halus maka nyawa menjadi taruhannya.


2.Pokok Sukun
Pokok sukun biasanya menjadi tempat tinggal pocong.


3.Pokok Ara
Pokok Ara sekilas tengok hampir mirip dengan pokok Beringin dan merupakan tempat tinggal bagi berbagai jenis hantu.


4.Pokok Kekabu
Pokok Randu atau Kekabu merupakan pokok yangg menjadi tempat tinggal kuntilanak/pontianak.


5.Pokok Ciku
Pokok Ciku adalah pokok tempat tinggal genderuwo dan kuntilanak, maka dari itu jika memasuki waktu Maghrib, hindari pohon ini kerana pada waktu itu hantu penunggu pokok ciku biasanya sedang berkeliaran.


6.Pokok Saga
Tidak diketahui menjadi tempat tinggal hantu apa dipokok ini tapi pokok ini dipercayai menjadi tempat tinggal hantu.


7.Pokok Asam Jawa
Pokok Asam biasanya menjadi tempat tinggal pocong atau kuntilanak terutama pokok yang umurnya sudah bertahun-tahun.


8.Pokok Pisang
Pokok pisang (pokok pisang yang bergerombol) merupakan tempat tinggal kuntilanak dan pocong.


9.Pokok Bambu/Buluh
pohon bambu menjadi tempat tinggal kuntilanak.


10.Pohon Nangka
Pokok Nangka juga biasanya menjadi tempat tinggal hantu.

Jadi, jika kita melalui pokok-pokok yang disenaraikan diatas pada waktu malam, jangan lupa berdoa agar terhindar dari gangguan makhluk halus.

Ini hanyalah kepercayaan dulu-dulu dan orang tua-tua sering berpesan jangan sesekali bermain atau kencing dibawah/berhampiran pokok-pokok diatas kerana takut tersampuk. Percaya atau tidak terpulang pada anda, tapi jangan habis semua pokok-pokok disenarai atas ditebang pula..itu kurang cerdik namanya. - CARI Infonet.




sumber -ceritamu.com

34

Bagus
18

Marah
43

Terkejut
14

Sedih
30

Lawak
20

Bosan

Friends Rank (159 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote jiwarasa 20-4-2016 12:03 PM

pokok cili xmau pulak dia duduk... takut pedas ke apa
Quote lasagna 20-4-2016 12:12 PM
jiwarasa replied at 20-4-2016 12:03 PM
pokok cili xmau pulak dia duduk... takut pedas ke apa

pokok cili rendah atau renek sgt uols.. bdn antu besaw..
Quote dubuk 20-4-2016 12:31 PM
pokok kundang
Quote UmbrellaCorps 20-4-2016 12:48 PM
dulu org kata pokok bunga tanjung... mak mertua aku siap marah2 lg bila aku nak tanam depan rumah bg teduh... sekarang dah tinggi besar, sekali sekala mari bau wanginya.. ermm alahai...
Quote jiwarasa 20-4-2016 12:54 PM
lasagna replied at 20-4-2016 12:12 PM
pokok cili rendah atau renek sgt uols.. bdn antu besaw..


betul jugak.. x terfikir pulak. sbab kan hantu benda x berjisim.so aku fikir dia boleh je dok atas apa pun
Quote lyza2474 20-4-2016 02:05 PM
sib baik kat rumah tu ada pokok mangga je

Quote manehnya 20-4-2016 02:25 PM
pokok sukun?

aduh.. sedap ja makan buah nya goreng
Quote irwansuhadi 20-4-2016 03:05 PM
kalau pokok sayur  kangkung, kenapa hantunya pula tinggal di putrajaya?
Quote ramaramu 20-4-2016 03:28 PM
pokok ketapang x masuk ke?
Quote ninja boy 20-4-2016 08:19 PM
zaman dah maju masih ada lagi hantu duk atas pokok
Quote Ipo 20-4-2016 08:20 PM
Bukan ke thread psl pokok hantu ni dah ada?
Quote tatirania 21-4-2016 06:22 AM
8.Pohon pisang
Pohon pisang (pohon pisang yg bergerombol) merupakan tempat tinggal kuntilanak dan pocong.


betul..pokok pisang tempat kesukaan bagi pocong..
Quote saladin780 21-4-2016 07:47 AM
pokok kaktus takde??
Quote miskay 21-4-2016 08:20 AM
pokok saga ni penuh dekat kem rumah aku
huhu
Quote fifie_olin 21-4-2016 08:55 AM
kt umah aku mmg ade pokok nangka
sblm ni kalo ade buah mmg dibungkus
tp skg x dibalut...lps tu buah dia byk sgt...
cantik2 plk tu...gemok2
pelik xde plk kesan kne tebuk binatang


Quote pr3ttytw33ty 21-4-2016 04:35 PM
umah kt kg ade pokok buluh yg btg kaler kuning tu. halus2 je buluh nye tp rimbun. mak ckp makhluk halus takut ngan pokok buluh ni.
Quote jiwarasa 21-4-2016 06:28 PM


itu hantunggu la sampai kiamat
Quote catalina 21-4-2016 10:36 PM
Dulu kawan cina cakap klu nak bawak hantu masuk umah/bilik ikat benang merah dari pokok pisang yg hampir ngan tingkap tarik sampai ke tingkap rumah kita. Pastu tunggu tgk aper yg datang...hehehe
Quote catalina 21-4-2016 10:57 PM
Edited by catalina at 21-4-2016 10:59 PM

Harum sundal malam dan Akar dani yang mewangi di waktu malam.

Dulu penah satu perawat cakap entiti minat pd pokok2 bunga yang wangi. Kalau tanam kat rumah, dia mmg suka sgt.

Lihat semua komen(62)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-10-2024 01:50 PM GMT+8 , Processed in 0.210501 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top