CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Misteri Mengenai 5 Haiwan Yang Dipercayai Boleh Melihat Hantu

20-4-2016 11:03 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 9631| Komen: 0

Description: Hantu merupakan makhluk ghaib yang tidak boleh dilihat dengan mata kasar manusia...

Oleh : Dean BZ


Hantu merupakan makhluk ghaib yang tidak boleh dilihat dengan mata kasar manusia. Tetapi ada sesetengah manusia yang diberi anugerah dapat merasakan kehadiran makhluk ghaib.

Ada juga sesetengah orang boleh berinteraksi dengan makhluk ghaib terutamanya ketika merawat pesakit yang terkena gangguan makhluk halus.

Tidak hanya manusia yang bertuah sahaja dapat merasakan kehadiran makhluk ghaib, ada juga sesetengah haiwan yang dipercayai memiliki kemampuan untuk merasakan kehadiran makhluk ghaib di sekitarnya.

Haiwan-haiwan ini juga akan berkelakuan aneh ketika merasakan kehadiran makhluk ghaib di sekitarnya, sebagai petunjuk untuk manusia.


1. Kucing
Haiwan peliharaan yang banyak dipelihara manusia ini merupakan salah satu haiwan yang boleh melihat serta merasakan kehadiran makhluk ghaib di sekitarnya.Haiwan yang paling digemari kebanyakan orang ini akan berkelakuan aneh ketika melihat makhluk ghaib, seperti menerkam tanpa sebab, serta melihat ke suatu tempat sangat lama. 


2. Anjing
Selain kucing, anjing juga dipercayai dapat melihat serta merasakan kehadiran makhluk ghaib di sekitarnya. Diwaktu malam, anjing akan menyalak tanpa sebab saat melihat makhluk ghaib.


3. Ayam jantan
Ayam jantan juga merupakan haiwan yang boleh melihat serta merasakan kehadiran makhluk ghaib di sekitarnya. Meskipun ayam merupakan haiwan buta pada saat malam hari tapi, jika ada makhluk ghaib disekitarnya.. ayam dapat merasakannya. Biasanya, jika ayam berkokok di tengah malam, itu bererti ia merasakan kehadiran makhluk ghaib di sekitarnya.


4. Cicak
Haiwan kecil yang selalu ada di dalam rumah atau pun ruangan ini dipercayai juga dapat merasakan kehadiran makhluk ghaib disekitarnya. Jika cicak tiba-tiba saja berbunyi, itu bererti cicak sedang melihat makhluk ghaib di sekitar ruangan atau rumah tersebut.


5. Burung gagak
Jika di Indonesia burung gagak di percayai sebagai tanda  kematian seseorang, di Eropah pula burung gagak dipercayai boleh melihat makhluk ghaib disekitarnya. Masyarakat Eropah percaya bahawa jika burung gagak ini mengeluarkan bunyi-bunyi aneh, itu bererti ia sedang melihat makhluk ghaib disekitarnya.
 
Nah, itulah dia lima haiwan yang dipercayai boleh melihat serta merasakan kehadiran makhluk ghaib di sekitarnya. Ini hanyalah kepercayaan sesetengah masyarakat saja dan masih menjadi misteri samada benar atau tidak, jadi anda boleh memilih untuk percaya atau tidak. 

Buat pembela kucing, jangan pula anda tak keruan bila kucing anda tiba-tiba mengiau ditengah malam..mungkin juga si kucing anda sedang lapar atau kucing anda benar-benar takut kerana melihat................muka anda seperti hantu. - CARI Infonet.



15

Bagus
13

Marah
17

Terkejut
18

Sedih
13

Lawak
20

Bosan

Friends Rank (96 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 07:37 PM GMT+8 , Processed in 0.043357 second(s), 22 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top