CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Anak Sulung Aliff Syukri Kini Makin Hensem, Tinggi 182cm, "Bila Anak Bujang Lagi Tinggi Dari Abah Dia, Jenuh Tau Saiz Kasut Je Dah Saiz 47"

11-2-2023 11:00 AM| Diterbitkan: bubuk_bearbear| Dilihat: 11065| Komen: 92

Description: Ramai di kalangan selebriti kini sedang bercuti diluar negara, tidak ketinggalan juga usahawan terkenal, Dato Aliff Syukri dan isteri, Datin Shahida yang memilih Seoul, Korea sebagai destinasi percuti ...

Ramai di kalangan selebriti kini sedang bercuti di luar negara, tidak ketinggalan juga usahawan terkenal, Dato Aliff Syukri dan isteri, Datin Shahida yang memilih Seoul, Korea sebagai destinasi percutian bersama keluarga dan juga pekerja-pekerja.

Menerusi beberapa hantaran gambar dan video di laman Instagram, Datin Shahida berkongsi momen indah percutian selama 6 hari sempena meraikan pekerja-pekerja mereka.






Menariknya, beberapa keping gambar anak sulungnya, Ammar Ahyyan bersama ayahnya, Dato Aliff telah mencuri perhatian ramai.


"Bila anak bujang lagi tinggi dari abah dia. Jenuh tau saiz kasut je dah saiz 47. Satu hari makan 7 kali. Banyak nau modal besarkan #ammarahyan…Lepas ni nak marah kena dongak la tinggi dia dah 182 cm", tulisnya diruangan kapsyen.



Di ruangan komen rata-rata netizen terkejut melihat Ammar Ahyyan "membesar" dengan begitu cepat dan kini lebih tinggi daripada kedua ibu bapanya. Malah ramai yang memuji anak bujang itu semakin kacak dan meminta tips untuk tinggi dari Datin Shahida.


Dalam pada itu, Aliff dalam satu posting terbaru di Instagramnya meminta peminat meneka kemana pula destinasi percutian mereka yang seterusnya.


Untuk rekod, Aliff dan Shahida mendirikan rumah tangga pada Ogos 2007 dan dikurniakan lima orang cahaya mata iaitu Ammar Ahyan, Qadejah El Zahra, Ibraheem Adham, Yusoff Al Qardawi dan Raudah Arshiyah.


Pasangan ini turut menantikan kelahiran cahaya mata keenam tidak lama lagi. - CARI





Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote _kelly 11-2-2023 03:00 AM
takde org nak sondol alif ni ke

pertanyaan sekadar ikut trend semasa
Quote dudaberhias 11-2-2023 03:46 AM
_kelly replied at 11-2-2023 03:00 AM
takde org nak sondol alif ni ke

pertanyaan sekadar ikut trend semasa

bukan takde... tapi penyondol pun takut nak sondol dia kaka...bukan takut dek si bini tinshid tu tapi takut merana menonggeng kehausan sampai ke subuh nak tuntut faraid pun tak boleh sebab bakalan anak dara sampai ke tua takde anak melainkan pakai syringe...
Quote Suchi 11-2-2023 06:35 AM
Berapa tinggi Alif Syukri nih? Kemain tinggi anak dia 182 bakalan 190 gakla nnt nih

Quote dakewa 11-2-2023 06:36 AM
Kalau kaya camni, anak berderet2 baru seronokk tgkk. Tapi anak sulung dia tu nampak sejenis jejaka kacak yg bakalan menjadi seorg jejaka yg bertanggungjawab. Mana taknye, dari kecik dok jaga adikk and nmpk penyayang dgn adik2 heols. Membesar menjadi jejaka yg hebat ye ammar. Jgn jadi cam ayahmu, mulot potpetpotpet
Quote GegarVaganja 11-2-2023 07:07 AM
Dia ni budak yang
“Serbuk arang gigi d’herbs. Dua kali sehari. Dherbs. Dherbs”
Kau ni macam takde perasaan kan.
Ye ke?

Quote wikedsaikel 11-2-2023 07:23 AM
dudaberhias replied at 11-2-2023 03:46 AM
bukan takde... tapi penyondol pun takut nak sondol dia kaka...bukan takut dek si bini tinshid tu t ...

Elok je bakalan ke 6 keluar
Quote arwenlotr 11-2-2023 07:31 AM
Tips tinggi?
Quote Kurex 11-2-2023 08:00 AM
Rahsia tinggi? Tips? Dah tentu la dah belajar dalam subjek sains diwaktu sekolah menengah..
Quote chandrahusin 11-2-2023 08:02 AM
Nmpak berjenis anak2 ni
Lawa2 plk
Klu lalu kat fyp mmg aku layan
Baim tu kelakar
Ada nmpak org kutuk anak pempuan asik ckp org putih
Tp Mak dia jwb anak ada dislex ke apa ke
Paham la cenderung 1 1 je
Quote September14 11-2-2023 08:02 AM
Aah dh nnpk dah hensem dia…. Silap hb jd hero drama cuma kena cool je jgn jd serabut mcm si bapak
Quote weirdwaniey 11-2-2023 08:06 AM
Si ALip ni dgn anak2 dia, selalu serius je aku tgk dlm live. Kkdg garang.. Kkdg kesian tgk anak2 dia, da lewat malam pn dipaksa live lg.. kalau live dgn ibu dorg, nmpak anak2 takla stress and boleh gelak2..
Quote makcun14 11-2-2023 08:58 AM
Tapi iols memang perhati ,anak teruna jaman now ramai tinggi belaka padahal baru 14-15 tahun.  Tengok kawan anak buah meols terkejut i pakai heels pun tetap kena mendongak sembang ngan depa
Quote virgocircus 11-2-2023 09:07 AM
Anak buah iols yg girl pun tggi2...padahal mak ayah dia rendang je. Mmg faktor pemakanan pun ye. Mak dia rajin buat kuih n kek so budak ni byk mkn gandum. Negara barat n yereb sana kan mmg makanan ruji dorang gandum.
Quote brunesss 11-2-2023 09:12 AM
GegarVaganja replied at 11-2-2023 07:07 AM
Dia ni budak yang
“Serbuk arang gigi d’herbs. Dua kali sehari. Dherbs. Dherbs”
Kau ni macam takde ...

hahahahah ye lah tu si ammar.. lawak la bila ingat, apa punya bapak dah
Quote AWEKSAMURAI 11-2-2023 09:35 AM
Laki aku tggi 182cm jgak xde plak pakai size kasut 47 paling2 44 je ..
Quote my_irina 11-2-2023 09:40 AM
weirdwaniey replied at 11-2-2023 08:06 AM
Si ALip ni dgn anak2 dia, selalu serius je aku tgk dlm live. Kkdg garang.. Kkdg kesian tgk anak2 dia ...

yer setuju u ollls....siap marah2 anak dlm live...tak jaga langsung air muka anak2 tu...
muka dorang pun stresssssss jer...dgn muka jengkil alip tu...eiii naik menyampahhhh
tak tau la sekadar content or mmg real life cenggitu...tapi too much la...sian anak2 tgh membesar...
jgn nak torture internal emotions dorang gitu...just my 2cents hehe
Quote Realpeople17 11-2-2023 10:55 AM
Baka toklip ngan tinshida ni mnjadi la. Ank2 sume lawa2 rupa. Bayangkan da bsr nnti sume hensem and lawa. Yg sulung ni wpun gelap skit tp hensem je rupa dia. Mulut paling bijak si usop tu. Bijak and kelakar.
Quote hashashes 11-2-2023 11:56 AM
Biar betul size 47? Size 16? Tu dah Taraf2 kasut ronald McDonald Dh tu. Membongak je lah si syukri ni
Quote takkizawa 11-2-2023 12:25 PM
hashashes: Biar betul size 47? Size 16? T ...


Hayooo 47 size 13 kaka. I 185cm pakai 46-47 tengok cutting. Uk Size 11 1/2 atau 12. Kalau tanya i bagus kaki besar ni. Jgn kaki kecik. Nnti gemok sikit belum apa2 sakit lutut apa kebenda.

Lihat semua komen(92)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 08:51 AM GMT+8 , Processed in 0.372175 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top