CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Dah Dapat Syamsul Duduk Diam-Diam!"-Puteri Sarah Bengang Dengan Keluarga Kazar, Nafi Bayar Peguam Guna Duit Pak Mentua

10-2-2023 06:15 PM| Diterbitkan: Cari-Saiful| Dilihat: 3333| Komen: 13|Original author: Saiful

Description: Puteri Sarah Liyana nafi dakwaan kos guaman yang dilantik bagi menguruskan kesnya bersama Syamsul Yusof dibiayai oleh bapa mentuanya iaitu Datuk Yusof Haslam.
Puteri Sarah Liyana nafi dakwaan kos guaman yang dilantik bagi menguruskan kesnya bersama Syamsul Yusof dibiayai oleh bapa mentuanya iaitu Datuk Yusof Haslam.

Di IG, Sarah turut memuat naik tangkap layar perbualan mesej seorang individu menggunakan nama Naem Kaza yang mendakwa Yusof membayar kos guaman Puteri Sarah.



Foto: IG

Puteri Sarah menjelaskan bahawa tiada siapa yang menampung kos guamannya melainkan dirinya sendiri yang bekerja keras demi menuntut hak sebagai seorang isteri.

"SubhanAllah, jiwa-jiwa ini tak aman lagi ke? Saya masih di Dubai bergembira di sini dan netizen berkongsi perkara ini kepada saya.




"Allah tahu bagaimana saya bekerja keras menuntut hak saya. Allah tahu macam mana saya bekerja kuat mencari duit.

"Senang-senang sahaja belah sana bercerita kata peguam saya, Syamsul bapa mentua yang bayar," katanya.




Sarah menambah sekiranya pihak keluarga Ira tidak berpuas hati dengan dirinya mereka boleh berbincang melalui peguam.

"Kalau tak puas hati cakap dengan peguam saya. Mula-mula bapa, lepas itu kakak, ini abang pula. Lepas ini siapa pula yang nak keluar kenyataan?

"Satu keluarga ini dah kenapa? Dah dapat Syamsul duduk diam-diam. Dah kena perintah injuksi masih tak boleh berhenti lagi ke? Korang nak apa sebenarnya?" ujarnya.




Sarah memfailkan penceraian di Mahkamah Rendah Syariah, Jalan Duta Kuala Lumpur, pada 16 Januari lalu dan mahkamah menetapkan 7 Mac depan sebagai hari sebuatan kes.

Untuk rekod, Syamsul dan Sarah mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dan pasangan ini dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 5.

Pada 6 Januari lalu, Syamsul telah mendedahkan bahawa dia telah bernikah dengan Ira di Thailand berwakil walikan ayahnya, Kazar Saisi. -CARI



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nolya 10-2-2023 06:46 PM
Kpd PS, sebaik2nya jika ada statemen yg bersifat negatif, PS tak perlu melenting, serahkan kpd peguam untuk tanganinya.  Sabar dn diam je kerana semua itu adalah bentuk provokasi dn buli drp pihak Kazar. Mereka tau PS adalah insan yg sensitif  maka mereka sengaja kacau agar PS tak akan aman dn tenang.
Dibiayai, disponsori atau tidak drp pak mentua, kenapa sebok?  Itu bukan urusan lu (keluarga Kazar) persoalkannya.  Memangnya kenapa? Tak malu ke duk kecoh hal duit orang, dibayarkan ke tidak, apa urusan famili Kazar.
Quote kalchi 10-2-2023 09:30 PM
Yg netizen pon suka sgt hntr bnde mcmtu nk batu apikan dia. DM dia untuk apa, sakitkan hati org lg adoi dah tahu dia tgh nk sembuhkan hati lagi nak menambah bara
Quote Antifake 10-2-2023 11:00 PM
nolya: Kpd PS, sebaik2nya jika ada st ...
haah kan. Suka hati la duit sapa pon. Sebelah sana nak bising kenapa? Payah deal dengan orang cetek ni
Quote syidasaleh 11-2-2023 12:38 AM
Kalau pakai duit dato pun apa masalahnya. Adoiii la netizen. Benda mcm ni tak yah la sampai2kan. Yang tukang DM pun klu PS tu semekin ada masalah ke
Quote miss_strangers 11-2-2023 12:48 AM
Ali hitam boleh masuk geng dgn keturunan kazar...rempit Kelas belakang...boleh buat team...masuk MLM. Alitam, kazar, anak jantan kazar, ira rohingya..buat group ok. Pastu waktu retis jemputan, jemput sol je buat adegan gensterr...ira, melur, yazmin jadi cikaro
Quote Suchi 11-2-2023 10:05 AM
kalchi replied at 10-2-2023 09:30 PM
Yg netizen pon suka sgt hntr bnde mcmtu nk batu apikan dia. DM dia untuk apa, sakitkan hati org lg a ...

Kan sibuk je kacau mood org nak bercoti
Semak laa netizen penyibuk nih

Takde sapa2 ke nk DM sarah tu kata suh blok je netizen penyibuk yg suka cucuk2 org nih
Dah tau org tu tgk bercuti toksah duk kacau laaa

Better g sental bilik air kat umah tu drpd sebuk nk membatu api.
Quote starcity 11-2-2023 11:14 AM
Netizen pun satu. Rajin benor kau DM artis utk bg info. Banyak btl masa terluang kan. Dh mcm wartawan pun ada. Skrg ni ramai btl.manusia gila perhatian termasuk la netizen2
Quote starcity 11-2-2023 11:16 AM
Suchi replied at 11-2-2023 10:05 AM
Kan sibuk je kacau mood org nak bercoti
Semak laa netizen penyibuk nih


Kan. Baik kau gi masak utk suami & anak2 drpd 24/7 ngadap fon skodeng life retis. Dah mcm kepoci pun ada rupanya
Quote marchikobonzo 11-2-2023 11:18 AM
Litam & family kasar ni memang family dari nuraka yang akan jadi hencapan netizen sepanjang 2023 je la
Quote cikatilia 13-2-2023 11:14 AM
apa kata gaduh diama2 tup2 dah cerai aje tau nya
ni semua kompang2 kat org ramai susah juga ya
Quote becir 13-2-2023 11:55 AM
Sarah lepas ni takyahla layan DM from fans. kalau nak balas sgt statement belah sana, sindir je balik..patut cakap je kalau betul pun kenapa, jeles?
Quote Zeatyisaac 13-2-2023 08:08 PM
Netizen mana yang bodoh kongsi cerita dengan Puteri Sarah ni? Tak boleh biarkan Sarah enjoy dan happy dulu kee? Takyahlah lah kongsi, dia balik Malaysia nanti, dia pun boleh baca sendiri. Netizen manalah yang bodoh tu.
Puteri Sarah ke sana pun sebab nak melupakan semua ini sekejap, itupun tak boleh ke? Netizen bodoh ni, haishhhh.
Quote msdummy.2018 14-2-2023 11:30 AM
Zeatyisaac replied at 13-2-2023 08:08 PM
Netizen mana yang bodoh kongsi cerita dengan Puteri Sarah ni? Tak boleh biarkan Sarah enjoy dan happ ...

Probably netizen tuh forrumers dr sini...sb forrumers kat sini pun bnyk gak bodoh bw citee kuar kat insta kat sana tuh

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 05:45 AM GMT+8 , Processed in 0.049543 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top