CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Saya Lebih Suka Tengok Kereta Kosong, Bersih Tak Ada Sticker,"-Fizo Omar

10-2-2023 05:38 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1711| Komen: 11

Description: Fizo Omar antara individu yang gembira dengan pengumuman kerajaan apabila pemilik kenderaan persendirian tidak lagi perlu melekat cukai jalan di hadapan cermin kereta.
Fizo Omar antara individu yang gembira dengan pengumuman kerajaan apabila pemilik kenderaan persendirian tidak lagi perlu melekat cukai jalan di hadapan cermin kereta.

Fizo atau Wan Hafizol Wan Omar, 38, berkata, keputusan tersebut antara usaha baik kerajaan kerana selepas ini pemilik kenderaan tidak perlu bersusah payah menanggalkan pelekat berkenaan bagi menggantikan yang baharu kerana ia melecehkan.


Foto: IG

"Selamat tinggal cukai jalan, tak perlu dah lepas ini cukai jalan fizikal nak kena tampal di cermin kereta. Senang, jadi taklah kita susah payah nak tanggal cukai jalan terutamanya bila nak menukar yang baharu.

"Lesen fizikal pun tak perlu dah selepas ini. Semua digitalkan lebih senang. Jadi tak adalah kelam kabut nak cari lesen bila ada sekatan jalan," katanya menerusi Instagram miliknya.



Pada Jummat, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook mengumumkan pendigitalan Lesen Kenderaan Motor (LKM) dan Lesen Memandu Malaysia (LMM) Persendirian akan menyelesaikan aduan rata-rat pemilik dan pemandu kenderaan.

Mod paparan LKM digital (e-LKM) dan LMM digital (e-LMM) dilancarkan sebagai satu langkah pendigitalan dalam perkhidmatan teras Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Dalam pada itu, Fizo turut memetik nama pelakon Azhan Rani yang sebelum ini memberikan cadangan bernas tersebut sekali gus membantu pihak kerajaan melaksanakannya.



Fizo turut mengucapkan tahniah atas tindakan pantas Anthony Loke, Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ), Ketua Pengarah JPJ iaitu Datuk Zailani Hashim berhubung keputusan tersebut.

"Dan juga yang memberi cadangan iaitu abang Azhan Rani yang mengemukakan isu ini sehingga dipandang kerajaan. Selepas ini tiadalah orang nak usya cukai jalan kita lagi," katanya.



Tambah Fizo, dia lebih suka melihat keretanya yang kini bebas pelekat kerana kelihatan bersih pada pandangan matanya.

"Saya lebih suka tengok kereta kosong, bersih tak ada sticker yang penting lebih memudahkan kita. Tapi yang penting cukai jalan dan lesen kena hidup cuma digital. Tahniah kerajaan Malaysia!" ujarnya. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Perawankota 10-2-2023 07:42 PM
Aku pon sejenis tak suka benda2 sticker ni melekat kat mana2.. Aku geli sebenarnya.. Tapi polis trafic/ jpj semua dah dpt device nak check secara digital? Kang ada roadblock tiba2 cakap, dorg x der dpt LG device.
Quote DeLuna85 10-2-2023 08:13 PM
Perawankota replied at 10-2-2023 07:42 PM
Aku pon sejenis tak suka benda2 sticker ni melekat kat mana2.. Aku geli sebenarnya.. Tapi polis traf ...

Aku pernah tertinggal lesen memandu. Polis cek guna device dorang je guna ic aku. Ada je dah lama. Kurang sikit berat beg.
Quote dudaberhias 10-2-2023 08:27 PM
bagus la dah ikut perkembangan teknologi semasa...

negara maju lain memang dah takde tampal2 road tax tu...
iols menyampah sebab sticker tu murehen sangat, lekat2 habis tertinggal kesan... cabut2 terkoyak... ya ampun lagi utuh sticker haku print pakai printer rumah...
Quote Perawankota 10-2-2023 09:04 PM
DeLuna85 replied at 10-2-2023 08:13 PM
Aku pernah tertinggal lesen memandu. Polis cek guna device dorang je guna ic aku. Ada je dah lama. ...

Oklah mcmtu kan
Quote jambatannetizen 11-2-2023 01:16 AM
Sekarang dah boleh tak payah tampal2 eh? Elok lah.
Quote matjerk 11-2-2023 01:17 AM
Yg ni pun nak bukak thread?
Quote slyfynx 11-2-2023 03:23 AM
Tujuan die up supaya org nmpk no plet kete die cantik
F1201
Kome ni x tegur pun.
Quote sharlenetexas 11-2-2023 03:56 AM
Asalkan tak buat kereta orang lain mcm reta sendiri sudahlah.


Quote jejaka_hensem 11-2-2023 04:00 AM
Roadtax tu dah lama mati,memang perlu dibuang pun
Quote Carcosa 11-2-2023 08:06 AM
Jimbet betul. Aku baru je lekat roadtax aku dkt kereta, 3 hari lepas
Quote Zeatyisaac 11-2-2023 10:15 AM
Suka tengok Maryam, comel je. Semoga Fiza dan Mawar baik2 aje demi Maryam. Jangan dirosakkan emosi anaknyang comey itu.

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

8-5-2024 05:32 PM GMT+8 , Processed in 0.660837 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top