CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Dayang Nurfaizah Tak Tahu Sampai Bila Boleh Menyanyi

10-2-2023 05:17 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1411| Komen: 7

Description: Dayang Nurfaizah memaklumkan bahawa dirinya akan setia menyanyi selagi kudrat dikandung badan.
Dayang Nurfaizah memaklumkan bahawa dirinya akan setia menyanyi selagi kudrat dikandung badan.

Katanya dia tidak akan mensia-siakan bakat kurniaan Allah SWT dan akan terus menyanyi selagi diberikan peluang termasuklah bertanding di acara berprestij, Anugerah Juara Lagu (AJL).


Foto: IG

“Selagi saya mampu, selagi boleh dan selagi peluang itu diberi kepada saya, kenapa nak bazirkan apa yang diberikan kepada saya?

“Bagi saya, kalau diberi peluang, gunakanlah ia dengan sebaik-baiknya. Sebab saya pun tak tahu saya boleh menyanyi sampai bila.

“Selagi ada kemampuan dan ruang diberikan kepada saya dan sentiasa ada sokongan daripada para peminat, why no? (mengapa tidak?),” katanya kepada Kosmo! Online.



Bertanding menerusi lagu berjudul Debu nyanyian bersama Amir Masdi pada AJL37 Ahad ini, Dayang, 42, berpendapat, tidak kira penyanyi baharu atau lama, setiap hari berlalu adalah proses pembelajaran.

“Sampai sekarang saya masih lagi belajar. Yang saya suka tentang AJL, kita boleh explore (pergi lagi mendalam) dari segi susunan muzik.



“Kalau tempat lain susah nak buat melainkan konsert. Kalau persembahan biasa nyanyi guna minus one sahaja.

“Kalau di pentas AJL, kita boleh buat macam-macam. Apa yang bermain dalam kepala, kita boleh realisasikannya dengan sebaik-baiknya,” ujarnya yang sudah 25 tahun berkecimpung dalam dunia seni suara.



AJL37 akan berlangsung dari Axiata Arena, Bukit Jalil pada Ahad ini membawa tema ‘Dimensi Muzik’ yang menyaksikan 12 finalis yang bakal berentap di pentas kemuncak anugerah berprestij tersebut.

Debu merupakan lagu ciptaan Mas Dewangga, Jova Devito, Firdaus Rahmat, Mike Chan, Karim Karam & Acap Salim. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote stokingpanas 11-2-2023 02:24 PM
Kami sayang dayang. Akan terus menyokong !
Quote LembingDayanti 11-2-2023 02:56 PM
bosan la dia ni tobe honest. patut pg america tu kat sini dah takleh go dah
Quote sleepandream 11-2-2023 04:11 PM
so nanti juri judge susunan muzik original ke yg dah diubahsuai?
dolu2 arwah adibah noor kata juri dah siap2 bagi markah utk lagu sebelum malam AJL...
apapon iols dah lupa lagu2 yg menang tahun2 sudah... lagu tolong ingatkan aku ana rafali pun lagi memorable noks

Quote rayna_raynes 11-2-2023 04:49 PM
sleepandream replied at 11-2-2023 04:11 PM
so nanti juri judge susunan muzik original ke yg dah diubahsuai?
dolu2 arwah adibah noor kata juri d ...

Susunan muzik malam final, demi keadilan gitu.

Yang kat SFMM susunan muzik asal


Quote supernaturalee 12-2-2023 12:10 PM
Break a leg dayang mlm ni


Quote zehra2 12-2-2023 12:14 PM
suka dayang. fikir positif je la.
tp jemputan nyanyi dia byk.je..
lagu lama sedap yg baru pun ok.
Quote orang_kampong 12-2-2023 06:51 PM
Good luck dayang malam ni

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

8-5-2024 05:54 PM GMT+8 , Processed in 0.050434 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top