View: 1627|Reply: 11
|
"Saya Lebih Suka Tengok Kereta Kosong, Bersih Tak Ada Sticker,"-Fizo Omar
[Copy link]
|
|
Fizo Omar antara individu yang gembira dengan pengumuman kerajaan apabila pemilik kenderaan persendirian tidak lagi perlu melekat cukai jalan di hadapan cermin kereta.
Fizo atau Wan Hafizol Wan Omar, 38, berkata, keputusan tersebut antara usaha baik kerajaan kerana selepas ini pemilik kenderaan tidak perlu bersusah payah menanggalkan pelekat berkenaan bagi menggantikan yang baharu kerana ia melecehkan.
Foto: IG
"Selamat tinggal cukai jalan, tak perlu dah lepas ini cukai jalan fizikal nak kena tampal di cermin kereta. Senang, jadi taklah kita susah payah nak tanggal cukai jalan terutamanya bila nak menukar yang baharu.
"Lesen fizikal pun tak perlu dah selepas ini. Semua digitalkan lebih senang. Jadi tak adalah kelam kabut nak cari lesen bila ada sekatan jalan," katanya menerusi Instagram miliknya.
Pada Jummat, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook mengumumkan pendigitalan Lesen Kenderaan Motor (LKM) dan Lesen Memandu Malaysia (LMM) Persendirian akan menyelesaikan aduan rata-rat pemilik dan pemandu kenderaan.
Mod paparan LKM digital (e-LKM) dan LMM digital (e-LMM) dilancarkan sebagai satu langkah pendigitalan dalam perkhidmatan teras Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
Dalam pada itu, Fizo turut memetik nama pelakon Azhan Rani yang sebelum ini memberikan cadangan bernas tersebut sekali gus membantu pihak kerajaan melaksanakannya.
Fizo turut mengucapkan tahniah atas tindakan pantas Anthony Loke, Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ), Ketua Pengarah JPJ iaitu Datuk Zailani Hashim berhubung keputusan tersebut.
"Dan juga yang memberi cadangan iaitu abang Azhan Rani yang mengemukakan isu ini sehingga dipandang kerajaan. Selepas ini tiadalah orang nak usya cukai jalan kita lagi," katanya.
Tambah Fizo, dia lebih suka melihat keretanya yang kini bebas pelekat kerana kelihatan bersih pada pandangan matanya.
"Saya lebih suka tengok kereta kosong, bersih tak ada sticker yang penting lebih memudahkan kita. Tapi yang penting cukai jalan dan lesen kena hidup cuma digital. Tahniah kerajaan Malaysia!" ujarnya. -CARI
Sumber: mStar Online
|
|
|
|
|
|
|
|
Aku pon sejenis tak suka benda2 sticker ni melekat kat mana2.. Aku geli sebenarnya.. Tapi polis trafic/ jpj semua dah dpt device nak check secara digital? Kang ada roadblock tiba2 cakap, dorg x der dpt LG device. |
|
|
|
|
|
|
|
Perawankota replied at 10-2-2023 07:42 PM
Aku pon sejenis tak suka benda2 sticker ni melekat kat mana2.. Aku geli sebenarnya.. Tapi polis traf ...
Aku pernah tertinggal lesen memandu. Polis cek guna device dorang je guna ic aku. Ada je dah lama. Kurang sikit berat beg. |
|
|
|
|
|
|
|
bagus la dah ikut perkembangan teknologi semasa...
negara maju lain memang dah takde tampal2 road tax tu...
iols menyampah sebab sticker tu murehen sangat, lekat2 habis tertinggal kesan... cabut2 terkoyak... ya ampun lagi utuh sticker haku print pakai printer rumah... |
|
|
|
|
|
|
|
DeLuna85 replied at 10-2-2023 08:13 PM
Aku pernah tertinggal lesen memandu. Polis cek guna device dorang je guna ic aku. Ada je dah lama. ...
Oklah mcmtu kan |
|
|
|
|
|
|
|
Sekarang dah boleh tak payah tampal2 eh? Elok lah. |
|
|
|
|
|
|
|
Yg ni pun nak bukak thread? |
|
|
|
|
|
|
|
Tujuan die up supaya org nmpk no plet kete die cantik
F1201
Kome ni x tegur pun. |
|
|
|
|
|
|
|
Asalkan tak buat kereta orang lain mcm reta sendiri sudahlah.
|
|
|
|
|
|
|
|
Roadtax tu dah lama mati,memang perlu dibuang pun |
|
|
|
|
|
|
|
Jimbet betul. Aku baru je lekat roadtax aku dkt kereta, 3 hari lepas |
|
|
|
|
|
|
|
Suka tengok Maryam, comel je. Semoga Fiza dan Mawar baik2 aje demi Maryam. Jangan dirosakkan emosi anaknyang comey itu. |
|
|
|
|
|
|
| |
|